Jan 17, 2009

Nabi Adam vs Nabi Isa a.s.

Assalamualaikum, seorang ustaz di sekolah ana berkata bahawa Nabi Adam 'Alaihissalam diciptakan daripada tanah dan kemudian dia membezakan antara Nabi Isa dengan Nabi Adam. Dia berkata bahawa Nabi Isa lebih mulia kerana diciptakan daripada Ruh Kudus (Ruh Yang Mulia), adakah kenyataannya ini benar?

****************
Fakta bahawa nabi Adam daripada tanah adalah benar, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: "...dan Adam daripada tanah." (HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dan lain-lain. Ia dihasankan oleh Al-Albani dan Al-Arnout).

Manakala nabi Isa pula telah ditiupkan rohnya oleh malaikat kepada ibunya Maryam lalu mengandungkan baginda.

Namun perbezaan cara kejadian kedua-duanya tidak membuktikan salah seorang lebih mulia daripada yang lain. Tiada nas yang mengisyaratkan kepada tanggapan seperti itu, sebaliknya ia hanyalah sangkaan akal juga nafsu manusia tanpa petunjuk wahyu. Malahan ia juga bertentangan dengan firman Allah:

"...dan kami tidak membeza-bezakan seorangpun antara para rasul..." (Al-Baqarah:285).

Oleh itu tindakan seseorang itu yang mendakwa perbezaan adalah perbuatan memandai-mandai dalam urusan agama. Ia adalah tercela. Pelakunya perlu bertaubat.

Wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment