Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramaiorang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya " Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. " Diselidiki amalan si polan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar ke semuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa
kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
Wassalam
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga
------------------------------------------al-Jawab:
Cerita Abu Bakar asSiddiq membunuh ular yg keluar dari kain kapan adalah tidak ada asal usyulnya....mungkin disebarkan oleh pencipta2 kisah2 misteri yg bergiat cergas dalam majalah misteri yang popular sekarang... Begitu juga tatacara kencing dan membasuh kencing bagi lelaki dan wanita juga batil dan tidak ada asalnya dari asSunnah.
Sanad posting ini juga meragukan: dari Muhammad ali, dari rashida shida, dari Dr Mashitah Adam...kesemua mata rantai sanadnya tidak dikenali. WA
thtl utk
Lajnah Fiqh & Penyelidikan AFN
0 comments:
Post a Comment