Dec 23, 2008

Baca Surah Dalam Hati Tanpa Wuduk

a'kum,

saya ingin bertanya seandainya kita mahu membaca di dalam hati surah surah pendek seperti 3 Qul contohnya semasa membuat kerja kerja pejabat yang ringan seperti menaip sebagainya dan tujuan membaca surah surah itu untuk ketenangan diri dan mengingati Allah, perlukah kita berada di dalam keadaan berwuduk atau tidak? Sebab kadang-kadang ,kalau boleh bila ada saje peluang untuk membaca surah surah tersebut di dalam hati dapatlah dilakukan terus. Bukanlah bermaksud hendak mengambil wuduk itu menyusahkan tapi agak sukar untuk berada di dalam keadaan wuduk sentiasa bukan? Harap dapat membantu. Terima kasih


Salam

Membaca Al-Quran sama ada dlm hati atau dimulut tidak memerlukan wuduk.
Ianya tidak ada halangan.

a. Yang paling afdhal ialah membaca alQur'an dgn berwudhu'. Tapi ijma' fuqaha' boleh membaca alQur'an tanpa wudhu'. Ijma' ini disahkan oleh Imam Nawawi (Syarah Muslim:4/38; alMajmu': 2/76)

b. Boleh membaca alQur'an kecuali orang berhadath, haidh, janabah, berada di janban (toilet) dan permandian (shower room)( Imam Ibn Hazm, Maratib alIjma'-no 32)

Wallahualam, jawapan diatas adalah petikan dari soal jawab Al-Ahkam.
Rajin2lah menjenguk arkib.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment