Dec 11, 2008

Siri 31: Fiqh Thaharah 10 - Najasah

FS1-Siri 31: Fiqh Thaharah 10 - Najasah

Sambungan: Pengecualian dari Hukum Bangkai

b. Bangkai binatang yang tidak mempunyai darah yang mengalir seperti semut, lebah dan semisalnya (keluarga serangga), maka ia adalah suci. Al-Sayyid menukilkan kata-kata Ibn Mundzier (w. 318H), ia hampir mencapai ijma’ kecuali suatu pendapat dari madzhab Syafi’iy akan kenajisan binatang tersebut. Tahqiq: Prof Dr Wahbah azZuhaili (kelahiran Syria, 1932, profesor di Universiti Damsyiq dalam kitabnya yang besar nilainya, Fiqh Islami wa adillatuh, Jld 1) berkata ia dari kitab Syaikh Khatib Syarbini, Mughni Muhtaj (1/78). Namun kalau kita semak dalam kitab Imam Nawawi (alMaqosyid), al-Ishfahani (Matan Taqreeb), ia adalah sebaliknya, yakni suci. Apatah lagi kerana terdapat hadith lalat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dari Abu Hurairah, maka khilaf inipun terhapus.

إذا وقع الذباب في إناء أحدكم فليغمسه كله ، ثم ليطرحه ، فإن في أحد جناحيه شفاء وفي الآخر داء


Terjemahnya: “Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, maka benamkanlah (keseluruhan lalat itu ke dalam air) dan kemudian buangkanlah (bangkai lalat) itu. Kerana sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyembuh manakala pada sebelah yang lain terdapat penyakit.” [alJaami’ al-Sahih # 5732, kitab Tibb] Rumusan: Fiqh Syafi’iyah menajiskan binatang-binatang yang tidak berdarah, manakala fiqh sunnah mensucikan.

c. Apa yang berasal dari bangkai seperti tulang, tanduk, bulu, rambut, kuku dan kulit adalah suci dan tidak ada dalil menyatakan najisnya. Bantahan al-Albani: Dalam Tamam alMinnah, syaikh Albani membantah kenyataan al-Sayyid kerana kulit bangkai adalah najis. Sepatutnya kenyataan al-Sayyid ditulis seperti berikut,”apa yang berasal dari bangkai seperti tulang, tanduk, bulu, rambut dan kulit (selepas di samak) adalah suci. Kulit bangkai adalah najis kecuali selepas proses samakan (tanning) menghasilkan kulit (leather). Kata al-Albani, dalil kenajisan kulit mentah ialah hadith riwayat Muslim: “kulit bila disamak akan menjadi suci”. Anihnya kata al-Albani, al-Sayyid mengemukakan hadith Ibn Abbas yang memberi indikasi najisnya kulit (mentah/yang belum disamak):

Dalil hadith #58: Dari Ibn ‘Abbas ra, katanya: “ Kambing yang disedeqah kepada maula (hamba) Maimunah RA, tiba-tiba mati. Kebetulan RasuluLlah saw lewat, maka sabdanya,”kenapa tidak kamu ambil kulitnya disamak agar dapat dimanfaátkan?” “Bukankah itu bangkai?”ujar mereka. Nabi bersabda,” Yang diharamkan ialah memakannya.” [HR alJama’ah kecuali Ibn Majah yang dalam riwayatnya menyebut “Dari Maimunah”, sementara dalam riwayat al-Bukhari dan an-Nasa’iy tidak disebut soal samak.”] Takhriij/syarah: hasan sahih, misalnya alBukhari, #1492, kata al-Albani, kemungkinan hadith al-Bukhari inilah yang menjadi dasar kenyataan al-Sayyid bahawa kulit adalah suci (walaupun tanpa samak) tapi hadith ini dikhususkan dengan hadith Muslim, bahawa kulit mentah mesti disamak dulu barulah menjadi suci.

Dalil kesucian tulang dari bangkai ialah kata-kata azZuhri (Muhammad Bin Muslim Shihab azZuhri, w.123H), bahawa ulama-ulama salaf mengambil tulang bangkai untuk dijadikan sisir (sikat) dan dijadikan minyak (riwayat al-Bukhari). Tahqiq: kita tidak temui dalam al-Bukhari, tapi dalam kitab syaikhul Islam Ibn Taymiyah, antaranya dalam Tafsir Ibn Taymiyah, Daqaiq atTafasir, 2/11, cetakan Syria) dan Majmuu’Fatawa, jld 21/96.

Dalil hadith #59: Dari Ibn Abbas ra: ketika ia membaca ayat 145 surah al-An’am. Lalu ia membuat ulasan (fiqh al-aayat),”yang diharamkan itu hanyalah larangan memakan dagingnya. Adapun kulit, air kulit , gigi, tulang, rambut dan bulu, maka ia halal.” [HR Ibn Mundzier dan Ibn Abi Hatim] Takhriij/tahqiiq: Sunan Daruqutni (1/127), al-Albani menilainya sebagai dhaí’if kerana perawinya, Abu Bakar alHizli adalah dhaíf (adDha’ifah Silsilah, # 1289). Rumusan: Fiqh Syafi’iyah menajiskan apa yang diperolehi dari bangkai

Kemudian al-Sayyid membicarakan pula mengenai produk tenusu orang musyrik khususnya kaum Majusi yang mendiami sebahagian Iraq dan Farsi. Maka sepatutnya al-Sayyid memberi nombor d.

d. Susu dan produk tenusu (keju, mentega, lelemak haiwan) orang Majusi/musyrik. Ketika tentera Islam menawan Iraq dan Farsi, mereka memakan hasil tenusu keluaran orang Majusi, maka Salman yang kemudian menjadi Gabnur di Madain membacakan hadith:

الحلال ما أحل الله في كتابه ، والحرام ما حرم الله في كتابه ، وما سكت عنه ؛ فهو مما عفا عنه

Terjemahnya: “Sesuatu yang halal adalah apa yang Allah halalkan dalam Kitab-Nya, sedangkan yang haram adalah apa yang Allah haramkan dalam Kitab-Nya. Adapun yang tidak disebutkan merupakan sebuah kelapangan.” [HR Abu Daud, atTermidzi, dihasankan oleh al-Albani, sahih Sunan atTermidzi, # 1726] Syarah: Maka hukum keju, mentega, dan produk tenusu orang kafir yang berasal dari haiwan yang tidak disembelih secara syariát diperdebatkan oleh fuqaha’. Imam Ibn Taymiyah membuat ulasan, bahawa keju, mentega dan produk tenusu orang musyrik adalah haram menurut madzhab Syafi’iy kerana pepsin (dalam bahasa arabnya ‘infihah’) yang digunakan dalam pembikinan produk tenusu yang diambil dari haiwan tanpa sembelih adalah bangkai. Manakala madzhab Hanafi membolehkan berdasarkan fatwa Salman al-Farisi ketika menjadi Gabnur Madain (Iraq dan Farsi) berasaskan kaedah fiqih yang masyhur dalam fiqh Hanafi: al-istihalah (perubahan dzat) dan istihlak (larut dzat) (Majmu’Fatawa lil Syaikhul Islam, 21/102-104. Pendapat ini dipilih oleh Syaikhul Islam dan Dr alQaradawi (Fiqh Taharah, /36-37)

e. Mayat Manusia. Ini juga tidak dibahaskan oleh al-Sayyid. Mayat manusia adalah bangkai menurut fiqh Hanafi (Dr Wahbah, Fiqh Islami), tapi suci menurut Syafi’iyah dan jumhur. Al-Qardhawi (Fiqh Taharah) memilih pendapat jumhur bahawa mayat manusia baik Islam atau kafir adalah suci. Dalil-dalil kesucian mayat manusia ialah:

Dari Hudzaifah, ان المسلم لا ينجس (Innal muslim la yanjuus, atau Bahawasanya (tubuh) muslim itu tidak najis) HR alJama’ah kecuali al-Bukhari dan Termidzi, walaupun disebut khusus muslim tapi sebenarnya mencakupi semua mayat demikian pendapat Jumhur kecuali maliki dan dzahiri (al-Qardhawi)

0 comments:

Post a Comment