Dec 12, 2008

Siri 51:Fiqh Thaharah 30 – Sunan al-Fithrah

FS1-Siri 51:Fiqh Thaharah 30 – Sunan al-Fithrah سنن الفطرة

Walimah (kenduri) khitan dan pesta hiburan di dalamnya


Walimah khitan atau dalam tradisi arab dinamakan 'Al-Ghadirah' yang diadakan sempena majlis khitan anak. Menurut Dr Nasih Ulwan (Tarbiyah al-Awlad) ia adalah disyari'atkan.

Bila diajukan kepada Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, beliau menjawab: "Ianya dibolehkan bagi sesiapa yg ingin melakukan dan (diharuskan juga) meninggalkan kpd sesiapa yg tidak suka". Beliau menjelaskan dengan pendetailan:
"Para sahabat tidak membuat kenduri khitan atau membuat undangan (jemputan) makan kenduri sempena khitan. Manakala di kalangan ulama' ia diperselisihkan: ashab atau sahabat2 Imam Ahmad ada yg membenci, ada memberi kelonggaran (rukhsah) dan ada juga yg menyukainya." [Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam, 32: 206-307]
Rumusan: Dalam madzhab Hanbali, ada tiga pendapat, dibenci, diharuskan dan digalakkan.

Tahqiq oleh dua syaikh: Syaikh Salim Ali Rasyid al-Syubli dan Syaikh Muhammad Khalifah Muhammad al-Ribah (dua murid syaikh al-Albani di Syria) mendapati kenduri sempena khitan atau walimah al-Ghadirah adalah tidak disyari'atkan sama sekali kerana tiada satu nas pun yg mendokongnya.

Rumusan: Kenduri khitan adalah adat sahaja dan bukan anjuran dari syari'at.

Mengadakan hiburan sempena Majlis Khitan:

Hukumnya harus, asalkan ia dalam batas-batas hiburan menurut Islam, tujuannya utk menghiburkan kanak2 yg dikhitan supaya mereka dapat suntika semangat untuk menahan kesakitan. Imam Bukhori dalam ASdab al-Mufrad (#1247) menceritakan Ummu alqamah telah mengadakan majlis khitan anak2 saudaranya dna bertanya kepada Aisyah, apakah boleh dia mengundang penghibur utk datang ke majlis khitan anak2 saudaranya, maka Aisyah berkata, " boleh".

Rumusan: Majlis khitan yg dimaksudkan dalam atsar di atas bukanlah ada walimah atau kenduri, cuma majlis khitan sahaja. Di Negara kita diadakan kenduri khatan dan diselitkan sekali hiburan spt marhaban dan berzanji. Jikalau bait2 puisi atau rangkap2 berzanji itu baik maksudnya dan tidak melampaui batas dalam memuji RasuluLlah S.A.W , maka sudah tentu dibolehkan berdasarkan atsar Aisyah tadi.

Tamat.
TBC sunan fitrah no 2
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

0 comments:

Post a Comment