Apa hukum jual beli binatang peliharaan seperti kucing, ikan, kura-kura, burung... etc.. serta dalilnya..
juga apa hukum membela binatang tersebut..
Jazakallah atas jawapan yang diberikan.
*********************************
Wassalamualakum
1. Industri haiwan peliharaan ni tidak dilarang, dalilnya jelas:
قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللّهِ الَّتِيَ أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالْطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ
AQT 7:32 "Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik?"
2. Dalil Hadith, Bukhari (5778) Muslim (2150) Anas menceritakan Nabi saw datang kerumahnya dan bercakap dgn adiknya (Abu Umair), Nabi saw bertanyakan apa jadi pada 'nughair' (burung peliharan) miliknya. Ini menunjukkan Nabi saw tidak melarang pemeliharaan burung.
Lajnah Daimah dan Ifta' KSA (13/38) memfatwakan harus hukumnya jualbeli dan memelihara haiwan peliharaan asalkan ia termasuk haiwan yang diiktiraf oleh uruf sebagai baik. Tidaklah termasuk haiwan eksotik spt harimau, ular, biawak dsbnya. WA
-----------------------
ibnrusyd
terjumpa dlm Bulughul Maram, Kitab Buyu', Hadith tentang Wang Penjualan Kucing dan Anjing.
عن أبي الزبير قال: سألت جابرا رضي الله عنه عن ثمن السنور والكلب فقال : زجر النبي صلی الله عليه وسلم عن ذلك
رواه مسلم والنسائي وزاد اِلا كلب صيد
Dari Abu al-Zubair ra, ia berkata,
"Aku bertanya kepada Jabir ra tentang harga kucing dan anjing," Dia menjawab, "Nabi saw melarang hal itu."
HR Muslim dan al-Nasa'i
Tapi al-Nasa'i menambahkan, "Kecuali anjing pemburu."
Jadi, adakah berdasarkan hadis ini kucing termasuk binatang peliharaan yg dilarang jual beli?
Mohon pencerahan.
---------------------
thtl
Founder
al-Jawab:
Imam Ibn Qayyim syarah hadith ni dlm Zaad alMa'ad (4/302). Jumhur kata ia adalah makruh, kerana pengharaman dalam hadith adalah makruh. Yang kata haram ialah Ibn Mundir dan Thawus.
ini adalah hal2 keduniaan, seperti nabi saw pernah melarang penduduk Madinah mengawinkan spora korma supaya hasilnya lebat, akhirnya baginda menarik balik larangan itu. Tapi hari ni utk mengimpot baka2 kucing yg baik dari luar negara tentulah melibatkan kos, misalnya persian cat, kucing mesir, dsbnya. WA
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*
0 comments:
Post a Comment