May 24, 2011

Beza Antara Janji dan Nazar

Postby VHoutenJr »
apa beza ketiga-tiga perkataan tuh??

Contoh :

1. aku berjanji akan belanja dia makan...
2. Aku berazam akan belanja dia makan..
3. Aku bernazar akan belanja dia makan...
4. Aku AKAN belanja dia makan...

Cmner.? ader beza ker semua tuh??

WA


*******************************
Postby kamin »
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan yg sdr VHoutenJr kemukakan dengan kadar yang mampu, Insyaallah.

(1) Janji (promise)- Seorang yang dikatakan Mukmin dipegang atas janjinya. Dengan kata lain, orang Islam itu akan mengotakan apa yang telah dijanjikannya. Sifat ini yang membezakan diantara orang beriman dengan orang MUNAFIK. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Amr ra. bahawa Nabi saw bersabda:-

  • "Empat sifat jika ada pada seseorang ia adalah munafik, barangsiapa yang ada salah satu yang empat, mempunyai sifat munafik melainkan meninggalkannya : Apabila bercakap, ia berdusta; apabila berjanji ia memungkirinya; apabila bersumpah ia mengkianatinya; apabila bertengkar ia melampau batas" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #2327, Muslim #58].

Seorang yang tidak menunaikan janjinya dengan sengaja maka ia telah melakukan satu dosa, melainkan ia lupa atau terhalang. Diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Nabi saw bersabda :

  • "Allah telah mengampunkan ummahku akan kesalahan mereka, atas kelupaan dan apa yang dipaksa keatasnya" - [hadith riwayat Ibn Majah #2045, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Jaami' #1836]

(2) Nazar (vow) - sumpah yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan ibadat, bukan bernazar nak belanja makan; ini janji. Contoh nazar: "Sekiranya penyakit aku baik, aku bernazar akan melakukan puasa sunnat 7 hari"; "Aku berjanji kepada Allah akan menunaikan Haji tahun ini". Ibn Wahb berkata, diriwayatkan dari Sufyan al-Thawri dari Firaas, dari Al-Syu'bi: Jika seseorang berkata "Aku berjanji kepada Allah....." maka ini dikatakan NAZAR (Abu Bakr al-Jassaas,fi Ahkaam al-Qur’aan (3/208. Jumhur ulama' menyatakan bahawa hukum nazar ini adalah Makruh. Dari hadith riwayat Abu Hurairah ra:

  • "Jangan kamu bernazar, kerana sesungguhnya nazar tidak boleh mengubah qadar sesuatu, apa yang dilakukan ialah mengambil sesuatu dari orang yang tamak" -[Hadith riwayat al-Bukhaari #6609, Muslim #1640].

Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi didalam Sharh Muslim menasihatkan bahawa:

  • "Orang beriman hendaklah mengelakkan dari melakukan perkara yang Nabi saw larang. Barangsiapa ingin mentaati Allah, maka biarlah dia melakukannya tanpa nazar"

Barangsiapa yang tidak menunaikan nazarnya, maka ia dikenakan kifarah. Kifarahnya adalah membebaskan seorang hamba, atau memberi makan atau pakaian kepada 10 orang miskin, atau barangsiapa yang tidak mampu melakukan semua itu hendaklah ia berpuasa 3 hari. Firman Allah swt:-

  • "Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur." -[al-Maa'idah 5:89]

(3) Azam (determine)- Azam juga dikenali dengan Niat yang kuat untuk melakukan sesuatu. Jika seseorang itu berazam untuk melakukan kebaikkan, ia sudah dikira sebagai ganjaran. Akan tetapi jika seseorang itu berazam untuk melakukan maksiat (dan belum melakukannya lagi), ia tidak dikira sebagai dosa. Sabda nabi saw:

  • "Allah akan mengampunkan Ummahku atas apa yang terlintas fikiran mereka, selama mana ia tidak melakukannya atau berkata mengenainya"

Kesimpulannya, janji ialah sesuatu perkara yang mesti ditunaikan pada masa yang tertentu dengan manusia yang lain. Mengingkari janji merupakan satu dosa, dan ia merupakan salah satu dari sifat munafik. Manakala janji dengan Allah, dikenali dengan nama Nazar. Mengingkari janji ini dikenakan kifarat. Azam pula ialah niat yang kuat didalam hati. Tidak melakukannya tidak dikira dosa.

WA, wassalam

9 comments:

Anonymous said...

Salam,
Ustaz,saya ingin mendapat kepastian tentang niat didalam doa ketika solat.
Contohnya setiap kali solat,saya berdoa kepada Allah supaya permudahkan urusan jualan rumah saya.dan dalam doa saya itu saya berniat supaya Allah tetapkan hati saya jika beroleh rezeki itu saya ingin menggunakan sebahagian dari wang itu untuk membayar sebahagian hutang2 saya kerana memang tujuan saya jual rumah itu untuk mengurangkan hutang2 dalam usaha saya membebaskan diri dari dosa riba.Dalam hati saya berniat untuk menyelesaikan hutang yg bakinya masih banyak.Tetapi apakah hukumnya jika saya mendahulukan hutang yg bakinya paling sedikit dan selebihnya saya buat simpanan untuk waktu2 kecemasan.Adakah niat asal saya itu wajib ditunaikan?Saya rasa macam tidak wajib tapi saya ragu2...

Admin said...

bergantung kepada niat dalam hati anda, adakah semata-mata berniat atau berazam sungguh-sungguh.

nazar sebenarnya disandarkan kepada niat untuk melakukan satu ibadah bagi mendapat keredhaan Allah, misalnya lepas jual rumah awak bernazar untuk puasa 3 hari, atau lepas jual rumah anda bernazar untuk menunaikan umrah atau haji. Ini diibaratkan janji kita kepada Allah jika tidak mampu dilaksanakan hendaklah membayar kafarah.

Anonymous said...

ustaz,saya ada setu pertanyaan...suatu hari saya dan teman lelaki sy di timpa masalah...saat tu saya tidak tah mahu meminta pertolongan dengan siapa lagi melaikan allah s.w.t...saya berdoa "ya allah seandainya masalah ini berakhir dengan baik,saya selamat dari orang2x yang cuba memeras ugut kami,serta teman lelaki saya selamat dan kami pulang dengan keadaan baik,aku berjanji akan memutuskan hubungan dengannya dan tidak akan berhubung dengan nya lagi"..selepas itu doa saya mungkin dikabulkan olehnya...kami pulang dgn selamat...saya cuba untuk melaksanakan janji saya tetapi hati saya masih juga keliru dan teman lelaki saya tidak dapat menerimanya dan memohon saya menarik balik kata2x itu...setelah itu saya perasan doa saya seolah2x berbaur niat untuk memutuskan silatulrahim antarA maknusia...jadi janji saya ibarat x baik untuk dilaksanakan...macam mana tu ustaz?

Admin said...

dah dijelaskan di atas ini janji untuk memutuskan hubungan...

nazar ialah sumpah untuk melakukan suatu ibadah tanda taat kepada Allah seperti puasa atau sedekah dan lain-lain. WA

Anonymous said...

Bolehkah kita bernazar ketika ada haid?

Ayu Nurazhari said...

Salam
Ustadz,saya mau bertanya. Sebelum saya mendapat pekerjaan saya bernazar "gaji pertama saya akan memberikan uang senilai Rp. 200,000. kepada seseorang". Ketika saya menerima gaji pertama uang saya tidak cukup untuk memberi uang itu kepada org tersebut. Insyallah untuk gaji yg ke 3 saya bisa memberi uang kepada org tersebut. Yang saya tanyakan apa hukumnya apabila nazar kita belum dlaksanakan?trims..

idhamhilman said...

assalamualaikum ustaz...saya ingin bertanya baru baru ini saya ada berdoa selepas solat dengan ayat Ya Allah aku berjanji pada Mu sekiranya aku mengandung aku sanggup batalkan perancangan aku ke sabah dalam masa terdekat nih.sekarang saya menunda perancangan tersebut ke bulan 3 akan datang,apa pandangan ustaz

Anonymous said...

fghjgjhjmhmhmhm

Nur Amalina Azmi said...

assalammualaikum..apa hukumnya bersumpah atas nama allah ketika marah..cthnya 'demi allah sy tak nak ade anak dengan awak' jika sy ingin berpuasa selama 3 hri bagi menebus nazar tersebut..apamah niat puasa tersebut? trima kasih

Post a Comment