Dec 16, 2008

Solat Sunat Lepas Nikah

Salam
Ustaz ada tak sembahyang dua rakaat(sunat) selepas majlis akad nikah.
sebab saya comfused.Kalau ada,bagaimana dengan niat tu.. :chepa



Salam

Tidak ada solat khusus yg dinamakan solat sunat nikah. ia hanya solat sunat yg umum sahaja, dilakukan secara berjama'ah oleh pasangan baru itu. (Albani, Adabul Zifaf) Amalan solat sunat dua raka'at itu adalah amalan para sahabat, antaranya Abi Dzarr ra yg mengajar seorang pemuda bernama Abi Asied yg baru berkahwin dan Ibn Mas'ood ra yg mengajar seorang lelaki bernama Abu jarir supaya solat dua raka'at bersama isterinya (secara berjama'ah) sebelum bersama.

Amalan ini hanya disokong oleh satu hadis Ibn Mas'ud (HR Ibn Abi Syaibah dgn isnad hasan) yg menyatakan sunat solat dua raka'at bersama isteri di malam pertama di mana suami menjadi Imam kepada isteri. Tujuan solat itu memohon keberkatan Ilahi terhadap perkahwinannya. WA

0 comments:

Post a Comment