Dec 21, 2008

Dividen KWSP

Apabila pengeluaran wang kwsp dibuat, saya dapati saya menerima duit pokok dan juga dividen. Di sini saya ingin tahu tentang hukum menggunakan dividen itu. Adakah ia dikira riba atau sebaliknya. Tambahan lagi kita mengetahui kwsp sebelum ini ada melabur di tempat-tempat yang tidak mengikut syariat.(Betulkan saya sekiranya saya silap)

SOALAN 1

Quote:
Di sini saya ingin tahu tentang hukum menggunakan dividen itu. Adakah ia dikira riba atau sebaliknya.

Salam

.... kalau ikut logik akal saya, istilah "dividen" macam halal aje.. tapi kalau istilah "faedah", tentu berbau "riba" dan tentulah tak halal kan? Tapi tak taulah kalau saja-saja guna nama yang mulus-mulus ....... sabar ye tunggu jawapan daripada al-ahkam!!

SOALAN 2

Quote:
melabur di tempat-tempat yang tidak mengikut syariat


........ ini lagi pening, kena banyak pakai ijtihad ni... kena sahkan betul-betul bahawa syarikat-syarikat di mana KWSP melabur tu betul-betul tidak syari'... kena cek dengan pendaftar syarikat ... kena teliti nama-nama syarikat dan aktiviti teras, aktivti sampingan... kena tengok anak-anak syarikatnya, syarikat sekutu dan aktiviti-aktivitinya dan bermacam-macam lagi.... ini juga membabitkan kepentingan awam....silap-silap boleh menjejaskan "keselamatan negara" ... ini kena halusi betul-betul ni.... walhasil tengoklah macam mana syeikh kita di al ahkam jawab nanti .. sabar yer...

WA

Wassalam

Salam


t/kasih, abg jawana.

Berikut ini adalah petikan dari jawapan syeikh thtl:
Soal#4: KWSP
Nama: Nadia
Pekerjaan: pendidik
Majikan: JPN
Daerah: BM (PNG)
Soalan: apa hukum faedah KWSP. Adakah termasuk riba' atau sebaliknya. Dan bagaimana membayar zakatnya.
----------------------
Jawab:
Setakat hari ini KWSP adalah se buah institusi yg masih diurus secara konvensional dan pencarum tidak ada pilihan untuk menentukan pelaburannya. (Nor Mohd Yakcop (penasihat kewangan Malaysia), Sistem kewangan Islam di Malaysia, 1996); mengenai sebarang bentuk pelaburan konvensional juga tidak dikecualikan melainkan dikenakan zakat juga mengikut setengah fuqaha' antaranya Syaikh Muhamad Abu Zahrah dan Dr Yusof Kassim dalam Khulasah Ahkam Zakah atTijarah


1 comments:

anisnadea said...

Salam..di manakah jawapan bagi soalan2 di atas?
Mungkin ramai yang ingin tahu.

Post a Comment