Dec 19, 2008

Sembelih Guna Elektrik

Assalamualaikum...

Kalau dilihat pada hari ini dengan teknologi yang serba moden... Sembelihan binatang menggunakan elektrik dan yang seumpamanya. Di sini, saya ingin bertanya... Adakah perkara sebegini dibenarkan oleh Islam? Dan adakah sembelihan tersebut boleh dimakan? Apa hukumnya di sisi Islam? semoga Ustaz dapat menjawabnya. :eyecrazy

Sekian, Terima kasih.

Berikut saya memetik Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fiqh Islam sedunia :

"Pada sessi yang ke 10 Majlis Fiqh Islam di Liga Dunia Islam yang berlangsung di Mekah dari hari Sabtu, 24 Safar 1408H / 17hb Oktober 1987 hingga ke Rabu, 28 Safar 1408H / 21hb Oktober 1987, isu penyembelihan binatang dengan menggunakan kejutan electrik telah di perbincangkan.

Setelah bermunaqasyah mengenai isu tersebut, majlis bersetuju mengenai perkara berikut :

Pertama, jika bintang itu masih hidup setelah kejutan eletrik dab kemudiannya ia disembelih, maka sembelihan menurut syariah Islam, maka ia halal dimakan. Kerana umumnya firman Allah swt :

حرمت عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل لغير الله به والمنخنقة والموقوذة والمتردية والنطيحة وما أكل السبع إلا ما ذكيتم

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas..."[Al-Maidah:3]

Kedua, jika binatang tersebut mati semasa kejutan elektrik sebelum ianya disembelih, maka ia adalah bangkai, maka haram di makan. Pada umumnya firman Allah swt :

حرمت عليكم الميتة
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai…" (Al-Ma’idah: 3)

Ketiga, mengenakan Voltan yang tinggi keatas binatang sebelum ianya disembelih merupakan satu penyiksaan kepada binatang. Islam melarang menyiksa binatang dan melaku ihsan dan merahmatinya. nabi saw bersabda :

إن الله كتب الإحسان على كل شيء ، فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة ، وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة ، وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته
"Sesungguhnya Allah swt telah segala sesuatu; maka jika kamu bunuh mereka, bunuhlah dengan cara yang baik dan apabila menyembelih mereka, sembelihlah dengan cara yang baik. Setiap seorang dari kami hendaklah menajamkan pisau, dan biarkan binatang sembelihan mati dengan baik"

Keempat, Jika binatang tersebut didedahkan kepada kejutan elektrik yang rendah yang tidak menyebabkan binatang itu tersiksa, dan ia dilakukan unutk meringan kesakitan dan mengawalnya semasa penyembelihan, adalah mengapa pada syara' melakukannya, asalkan ia dipersetuji oleh umum"

***kami paparkan teks original dibawah**
--------------

Kesimpulannya, pada dasarnya Kejutan eletrik akan menyebabkan penyiksaan yang teruk keatas binatang. Walaubagaimana pun, jika kejutan electrik adalah diparas rendah agar ia tidak menyiksa binatang, maka bolehlah ia digunakan.

Sebagai tambahan, jika binatang ini masih hidup setelah kejutan electrik, maka ia boleh disembelih dan di makan. Akan tetapi jika ia mati akibat kejutan maka tidaklah boleh ianya di makan.

Majlis Fatwa Al-Azhar mengatakan :

"Jika Mesin electrik tersebut memenuhi kehendak penyebelihan dan syaratnya, dan pisaunya tajam yang boleh memotong urat ditempat yang di sembelih, maka ia boleh digunakan didalam penyembelihan sebagaimana menggunakan pisau. Walaubagaimana pun, jika mesin tersebut membunuh binatang dengan kejutan eletrik atau asphyxia atau dngan cara lain yang tidak memenuhi kehendak Islam, maka daging tersebut tidak boleh dimakan."

wallahu 'alam

0 comments:

Post a Comment