Dec 30, 2008

Upacara Doa Seharian

Assalamualaikum...

Di pejabat saya setiap hari diadakan bacaan doa secara berjemaah sebelum bermulanya sesi pekerjaan. Apa yang musykilnya,,, ada beberapa orang sahabat saya tidak mengangkat tangan untuk berdoa malah melakukan kerja lain semasa orang lain berdoa. Menurutnya cara berdoa tersebut adalah tidak betul dan menyerupai orang Kristian serta tidak mengikut sunah Nabi kerana dilakukan secara berdiri dan menjadi rutin harian. Minta penjelasan tuan sama ada bacaan doa boleh dilakukan secara berdiri dan berjemaah serta menjadikannya sebagai rutin harian?

-----------
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Tidak ada halangan daripada syarak untuk berkumpul dan berdoa secara jemaah, iaitu seorang melafazkan bacaan doa secara umum, dan yang lain mengaminkan doanya.

- Tetapi dengan syarat amalan itu tidak dijadikan amalan tetap seperti setiap hari, atau seminggu sekali, atau sebulan sekali, atau setiap kali selepas solat fardhu, atau setiap kali sebelum memulakan sesi pembelajaran atau apa-apa aktiviti, atau apa2 yg berbentuk tetap.

- Imam Ahmad bin Hanbal ditanya: Adakah ditegah suatu kumpulan berkumpul sambil mereka berdoa dan mengangkat tangan mereka?
Jawab Imam Ahmad: Aku tidak menggapnya suatu yg dibenci, jika mereka tidak berkumpul secara berterusan.

- Adapun menjadikannya sebagai suatu adat yg diulang-ulangi pada waktu2 tertentu, maka ia termasuk dalam perkara bidaah.

Wallahu A'lam

rujukan:
Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqeem oleh Ibn Taimiyyah 1/305

0 comments:

Post a Comment