Salam
Mungkin soalan ini boleh dikira soalan ulangan.
Saya cuma ingin tahu pegangan panel ahkam sendiri, berhubung kenajisan babi. Adakah babi termasuk najis berat? Umum mengetahui yang babi adalah najis.
Mazhab Shafie menghukumkan babi najis BERAT walaupun tiada dalil yang menyebut begitu, cuma Allah menyebut yang babi itu najis. Diharamkan penggunaan darinya, bererti menggunakan kasut, berus, jaket ataupun apa-apa dari babi adalah haram. Tetapi dari segi kenajisannya yang menimbulkan kemusykilan. Bahagian manakah yang najis dan perlu disucikan sekiranya terkena anggota badan atau pakaian.
Wassalam
--------
Assalamulaikum,
Saya mengambil petikan dari buku:
(Drs Aliy As'ad, Terjemahan Fathul Muin, m/s 83)
mengenai bab najis anjing dan babi.
Termasuk najis:
Anjing, Babi, keturunan masing2 dalam tunggal jenis (jenisnya sahaja atau asal jenisnya)atau berkahwin dengan binatang lain.
(dalam Fathul Muin tidak diterangkan najis jenis apa kedua2nya ini, anjing dan babi(yakni tidak diterangkan sama ada dia najis mughollazoh ke atau bukan? )
Pada m/s 88,89
"Barang yg terkena najis sejenis anjing bisa suci kembali, adalah hanya dengan cara mencucinya 7 x basuhan setelah ain najisnya hilang. Sekalipun baru hilang setelah berkali2, dan dalam hal ini dihitung satu kali,
satu diantarannya air dicampur debu tayamum secukup air menjadi keruh, dan air 7 basuhan itu masing2nya dapat meratai tempat di mana terkena najis. "
Disambung lagi pada kitabnya yg sama m/s 89:
"Malik dan Dawud berpendapat:
Anjing adalah suci. Air sedikit yg terjilat anjing tidak menjadi najis. hanya sanya wadah/bekas terjilat anjing wajib dicuci, semata-mata kerana ibadah (bukan kerana najis).
(huraian: kerana nabi suruh sucikan sahaja dan tak cerita bahawa itu najis... )
Oleh itu kesimpulannya dalam kitab Fathul Muin sendiri tidak menerangkan bahawa babi dan anjing termasuk najis mughallazoh dan juga tidak diterangkan bahawa terkena babi dibasuh dengan cara 7 x basuhan spt jilatan anjing.
Wallahu A'lam.
----------
Salam
Kenajisan babi di dlm mazhab syafie diqiyas kepada anjing yakni menyucikan dgn 7 kali air suci dan air tanah(riwayat bukhari dan muslim dari Abu Hurairah)
Imam Malik menolak qiyas ini.
Tidak dalil yang meriwayatkan tentang kenajisan babi. Cuma menyebut babi itu haram dimakan.
Rujukan:
Fiqhus Sunnah
Fiqh Islami, Al-Juz Awwal wahbah zuhaili
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salam
Adakah kita perlu menyamak sekiranya tersentuh produk-produk seperti sabun, gel wangian, produk kosmetik dll yang menggunakan unsur-unsur yang diperbuat daripada khinzir yang telah mengalami proses kimia seperti gelatin, glycerin, tallow dab sebagainya?
Post a Comment