akum, saya nak tanya ada tak perbezaan antara infaq dan sadaqah??ada org kata sadaqah lebih umum manakala infaq lebih khusus....mcm mana yerk...
***********************
definisi Infaq menurut al-Jurjani,
الإنفاق هو صرف المال إلى الحاجة
perbelanjaan harta untuk keperluan (lihat: التعريفات, 1/57)
takrifan ini lebih luas berbanding zakat, dan merangkumi sedekah, nafkah dan sebagainya. Ia umpama alat untuk menyampaikan harta menurut keperluan.
adapun lafaz sedekah dalam hadis Muaz ketika beliau diutus ke Yaman, ia membawa maksud zakat. Prof Dr Wahbah Zuhaili, mentafsirkan maksud sedekah menurut hadis itu sebagai, sedekah wajib (Fiqh Islami, 1996, hlm.751)
begitu juga lafaz sedekah dalam ayat 60, surah at-Taubah membawa makna zakat dan hukumnya telah dimaklumi adalah wajib sebagaimana termaktub dalam rukun Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment