Dec 23, 2008

Teman Wanita Bagi Gambar

Salam
Saya telah berkenalan dengan seorang wanita melalui chating dan bercadang untuk mengawininya sekiranya ada jodoh.Sekarang, saya masih berkawan dulu dengannya.Kemudian,saya telah minta gambar daripada dia untuk saya lebih mengenali dia dari bentuk rupa paras dan dia pun telah bagi gambar dia kepada saya.Jadi,Soalannya, Apakah hukumnya?Dan minta nama-nama kitab rujukan untuk saya rujuk.Sekian.
Wassalam


Salam

Islam tidak melarang cinta dan kasihsayang. "Dijadikan indah pada manusia kecintaan pada apa-apa yg diingininya yaitu perempuan.." Ali Imran: 14
Walaupun Islam tidak menghalangnya, tapi Islam memantau dan membuat pagar-pagar cinta agar tidak menjerumuskan pasangan itu pada kecelakaan.
perihal memandang pasangan masing2, jika ada tujuan syara'iy seperti melihat wanita untuk dijadikan isteri, ia diharuskan. Jika saja-saja tanpa tujuan, maka sudah tentu diharamkan. Berikut dalilnya:

Dari alMughirah ra, " adakah kamu melihat (bakal tunang kamu)? jawab alMughira," Belum." Sabda Nabi saw," Lihatlah perempuan itu kerana dgn melihat membuka jalan kasihsayang antara kamu."[HR Bukhari-Muslim]

Namun melihat berulang kali itu pula ditegah:
Dari Ali ra," Wahai Ali, janganlah kamu susuli pandangan pertama dgn pandangan yg seterusnya, sesungguhnya pandangan pertama adalah milik kamu, tapi pandangan kali kedua bukan lagi milik kamu."[HR Abu Daud dan atTermidhi]

Sekian. WA

Wassalam

P/S: Kitab rujukan mungkin boleh diberikan oleh panel fiqh yg lain. WA.

Rujukan

SJ-2509: Gambar Kekasih

0 comments:

Post a Comment