Dec 16, 2008

Aurat Dengan Abang Ipar

Assalamu'alaikum,
1.Adakah boleh seorang wanita membuka tudung kepala(menampakkan rambut) di rumahnya sendiri apabila abang iparnya(suami kakaknya) dan juga adik iparnya(adik kepada suaminya) berada di rumahnya.
2.Saya ingin meminta kepastian daripada situasi ini:
Seorang wanita menyewa sebuah rumah dengan rakan-rakanya yang juga seorang wanita.Adakah terdapat larangan mendedahkan kepala(tidak bertudung) kepada rakan serumahnya yang lain dan sejauh manakah batasan aurat yang boleh didedah.

Terima kasih.



Salam

Soalan 1:
Aurat wanita dengan abang ipar ialah sebagaimana dengan lelaki bukan muhrim. Dalil: Al-Quran, surah an-Nur ayat 31.

Oleh kerana abang ipar itu muhrim sementara, maka diberi sedikit kelonggaran berupa tidak perlu memakai stokin (bagi madzhab jumhur yg menetapkan kaki itu aurat) dan dima'afkan jika terselak lengan ketika melakukan kerja-kerja spt kerja dapur (atas alasan kesulitan).

Soalan 2:
Aurat sesama wanita adalah “ apa-apa yang ada di antara bahagian pusat hinggalah ke peha “ . Maka selain itu tidak menjadi masalah. Ini bermakna rambut itu bukan aurat antara sesama wanita.

3 comments:

Anonymous said...

kalu antara ipar lelaki ngn ipar perempun cmne??(kire nye biras)

Anonymous said...

lagilah tak boleh, asalkan xde darah daging atau hubungan menantu atau mertua dan tidak lupa juga susuan

Anonymous said...

minta admin letakkan ikon share...maan yg baik boleh kita kongsikan dengan orang lain..

Post a Comment