Jan 17, 2009

Konflik Berlainan Mazhab

Assalamualaikum Ustaz,

Mazhab yg berlainan dalam Islam memberi pendekatan yang berbeza dlm sesuatu topik. Jadi, kita di Malaysia yg mengamalkan mazhab Syafie juga berada dalam kelompok warga yg mengamalkan mazhab lain. (ayah safie' emak Hanafi contohnya). Jadi, sekiranya timbul apa2 konflik, contohnya dalam solat / rujuk cerai, bolehkan seorang individu memilih utk menggunakan pandangan mazhab berbeza dari yg 'diamalkannya'.

Minta perjelasan ustaz ttg bab memilih2 mazhab sesuai dgn kejadian sesuatu insiden. Terima Kasih.

******************
Assalamualaikum.
Kita dituntut oleh syarak untuk menuruti nas iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah pendirian para imam mazhab yang empat serta yang lainnya. Sungguhpun begitu para ulama mazhab merupakan wasilah bagi orang awam memahami nas, kerana bukan semua orang mampu berijtihad dan memahami nas dengan begitu sahaja.

Pengamalan yang tepat ialah berpegang kepada pendapat yang paling kuat hujahnya di kalangan para ulama ini, bukan berpegang secara membuta tuli. Namun adakalanya, kita terpaksa berpegang kepada pendapat mazhab yang kurang kuat bukan kerana nafsu, tetapi disebabkan halangan-halangan tertentu. Mudah-mudahan diterima Allah.
Dalam pengamalan individu kita bebas (berdasarkan ilmu yang dipelajari) untuk memilih pelbagai pandangan yang ada sekalipun berbeza dengan masayrakat setempat. Tetapi dalam hal yang melibatkan perundangan seperti nikah cerai, pandangan hakim yang membicarakan kes adalah diambil kira.

Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment