May 25, 2011

Bolehkah Menukar Nazar?

SJ-16-0017 : Tukar nazar

Postby puteri83 » Jul 6th, '08, 20:21
Sahabat saya telah bernazar untuk melakukan nazar sekiranya memperolehi sesuatu yag dihajati, tetapi baru-baru ini dia menyatakan ingin menukar nazarnya itu dengan satu ibadah dalam bentuk lain pula...adakah beliau dibolehkan menukar nazarnya...


********* JAWAPAN **********
Postby al-jawhar »

Secara asasnya , nazar yang telah diucapkan , hukumnya adalah wajib ditunaikan. Seseorang yang bernazar hendaklah melaksanakan nazarnya mengikut apa yang diucapkan semasa melakukan nazar, selagi mana nazar tersebut bukan kepada perkara-perkara maksiat atau dosa kepada Allah swt.

Maka , dalam persoalan di atas , sahabat saudari tersebut wajib menunaikan nazarnya sepertimana yang telah diucapkan , sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Hajj , ayat 29 :

“dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka”

Pertukaran nazar hanya dibolehkan apabila kita menukarnya kepada suatu nazar yang lebih baik daripada sebelumnya , sebagaimana pendapat Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya ‘Al-Ikhtiyarat’ , m.s 329 :

“Asal (hukum) sekiranya seseorang menetapkan suatu tempat yang tertentu dalam nazarnya , iaitu ingin bersedekah atau membina sebuah masjid pada tempat tertentu , maka wajib baginya untuk menunaikan nazarnya pada tempat tersebut (sebagaimana yang diucapkan) selagi mana tidak ada larangan syarak , melainkan sekiranya ia ingin menukarkan nazarnya dibuat di dua tanah haram (makkah dan madinah). Maka perbuatan tersebut tidak mengapa (dibolehkan)”

Jelas dalam pendapat Ibn Taimiyyah tersebut mengatakan bahawa pertukaran nazar yang dibuat untuk suatu tempat / perkara yang lebih baik daripada sebelumnya , adalah dibolehkan. Begitu juga halnya , jika seseorang benazar ingin berpuasa pada hari selasa , maka ia boleh menukar puasanya pada hari Isnin , kerana berpuasa pada hari Isnin adalah lebih baik dan perkara yang memang disunnahkan Oleh Rasulullah saw.

Walaubagaimana pun , terdapat pendapat ulama yang mengatakan dibolehkan kita untuk menukar nazar atas alasan sesuatu yang dikira sebagai dharurat/keuzuran seperti tidak mampu untuk melaksanakan nazar tersebut , atau terdapatnya sebarang masyaqqah dan kesukaran dalam melaksanakannya. Maka pada ketika itu dibolehkan untuk kita menukar nazar tetapi dikenakan kaffarah Yamin.

WA

Ruj :

Al-Kaffarah fi dhaui al-Quran wa al-sunnah , As-Syaikh Dr.Mailuudi bin Jam’ah , Mu’assasah Ma’arif , Beirut. Cetakan 2002.

Al-Ikhtiyaarat al-Fiqhiyyah Li syaikhul Islam Ibn Taimiyyah ,Abul Hasan Ali bin Muhamad bin Abbas Al-Hanbali , Maktabah Riyadh al-Hadisah.

9 comments:

Anonymous said...

Bolehkah kita bertukar nazar. cnth(' saya bernazar ingin botakkan rambut tetapi saya ingin menukar kepada berpuasa') Adakah boleh?

Admin said...

Nazar yang sebegini dibenarkan kerana menukar kepada suatu nazar yang lebih baik...

Anonymous said...

Assalamualaikum.
saya punya sebuah contoh kasus. saya tidak akan menonton TV sejak saat ini hingga sepuluh tahun kedepan asalkan jika saya punya anak, anak saya lahir dengan sehat wal afiat. sedangkan sampai saat ini saya blm hamil, apakah nazar ini tetap harus di laksanakan? atau saya harus bagaimana?

Dan selama 1 thun sejak sumpah ini terucap saya sudah 20 kali nonton TV, apakah saya harus membayar kafarat sebanyak 20 kali? atau cukup satu kali?

Apakah selanjjutnya tiap kali saya nonton TV yg berarti saya melanggar nazar saya harus membayar kafarat memberi makan 10 fakir miskin?

Terimakasih jawaban anda

Wassalamualikum wr wb

Anonymous said...

Bolehkah saya menukar nazar saya daripada berpuasa kepada bersedekah?

Unknown said...

Assalamualaikum.. Saya seorang wanita. baru-baru ini saya ada bernazar saya akan botak kan kepala saya jika Allah makbulkan doa saya.. Alhamdulillah doa saya didengari oleh Nya dan saya membotakkan kepala saya.. Bolehkah saya bernazar macam ni ??

anantra putra said...

Ntap

Unknown said...

assalamualaikum.. sy nk bertanya.. sebelum ni sy ada bernazar jika peroleh wang jualan rumah hendak menanam pokok mangga di masjid tp bila surau di taman sy ingin memasang karpet jd boleh tak sy bertukar nazar dr menanam sepohon pokok mangga kepada memberi wang bg wakaf karpet di surau dengan nilai harga sepokok ataupun diwakafkn lebih dr nilai harga sepokok. terima kasih

Handayani said...

Assalamualaikum, saya mau nanya saya bernazar jika sidang saya berjalan dengan lancar saya akan berpuasa besok, tapi saya tidak lakukan. Apakan boleh nazar puasa saya diganti di hari lain ?

Unknown said...

Assalammualaikum..sya dh bnazar nk wat kenduri arwah..tp pkp xleh nk wat..leh x sya gantikn dgn sedekah mknan je...trima kasih

Post a Comment