Jan 25, 2009

Masuk Tempat Ibadah Penyembah Berhala

salam,

apa hukum masuk ke tempat peribadatan non-muslim ? gereja, temple dll..

WA

*******************************
jawapan:

doc Imran:
Menurut fatwa lajnah daa'imah, haram kecuali kerana maslahah syar'iyyah seperti berda'wah kepada mereka.

Ibn Jibriin menyebut bahawa mengunjungi tempat ibadah mereka akan memberi gambaran tentang ramainya penganut agama mereka dan terdapat unsur seolah-olah kagum dengan perbuatan syirik mereka.

Mengikut Dr. Naasir Sulaiman pula beliau berhujjah dengan suurah at tawbah ayat 108 tentang masjid dhiraar.

Beliau mengatakan bahawa jika memasuki masjid dhirar pun dilarang maka masuk gereja lebih-lebih lagilah (min bab awla).

Alasan yang beliau berikan termasuklah kerana gereja dibina untuk menderhakai Allah dan orang yang memasukinya cenderung melakukan perkara yg diharamkan.

Namun begitu, menurut Fatwa Islamonline tak mengapa melancong melihat gereja. Mereka berhujjah antaranya dengan perbuatan ibn 'Abbas solat di dalam gereja yang tidak mempunyai gambar (sahih bukhari, abwaab al masaajid)

'Mengikut pensyarah hadith ini, solat ibn 'Abbas berlaku kerana mahu mengelakkan hujan. (dan bukannya suka-suka seperti orang yang pergi melancong ke tempat syirik dsbgnya)

Perbuatan sahabat Nabi saw masuk ke gereja semuanya kerana ada perkara rasmi seperti jemputan pemimpin besar dan sebagainya. Tiada pula kerana hendak melancong.

0 comments:

Post a Comment