Dec 16, 2008

Hukum Onani Dalam Mazhab Syafie

Salam
adakah haram jika membuat onani sedangkan kita didalam mazhab syafie? Wassalam
View user's profile Send private message



Salam

Hukum onani pada Syafi'iyah adalah haram.

Penjelasan tambahan:
Syafi'iyah bermaksud aliran fiqah yg diasaskan berdasarkan kaedah Imam Syafi'iy dalam mengeluarkan hukum-hukum amali Islam dari nas-nas. Bila kita menyebut onani adalah haram mengikut Syafi'iyah, ia bermaksud apa yg asah atau azhar dalam madzhab tersebut yang tidak semestinya dari mulut Imam Syafi'iy sendiri, mungkin dari penerus dan penegak madzhab itu, antaranya al_Imam alGhazali, al_Imam anNawawi, alImam Jalaludin asSyuyuti atau ramai lagi yg memutuskan yakni Haram hukum onani itu di sisi madzhab mereka. Jika anda terpaksa melakukannya kerana menjaga diri anda dari terjebak dgn maksiat, maka anda boleh berpegang pula dgn pendapat Hanafiah dan Hanbaliah dan sebahagian sahabat dan tabi'in (Ibn Abbas, Mujahid, alHasan dan alHusain) yg membolehkan berbuat demikian.

0 comments:

Post a Comment