FS-Siri 28: Fiqh Thaharah 7 - FAQ
FS #28: F_Taharah 7 - Isu-isu lumrah yang selalu dibangkitkan seputar permasalahan air.
#1: Air laut. Sebahagian orang enggan menggunakan air laut untuk bersuci atas alasan kemasinan air laut dan berandaian ia tidak sesuai untuk bersuci.
Jawab: Alasan dan persepsi begitu adalah suatu kekeliruan kerana air laut itu hukumnya suci. Dalilnya, telah kita berikan sebelum ini:
“Ianya (air laut) suci dan bangkainya halal.” [Riwayat Khamsah dari Abu Hurairah] Takhrij/tahqiq: statusnya sahih. Khamsah atau Imam hadith berlima ialah Ahmad (7192) disahihkan oleh Ahmad Syakir, Abu Daud (83), atTermidzi (69), anNasa’iy (59), Ibn Majah (386), dinilai sahih oleh al-Albani, al-Irwaa’ (13), silsilah alSahihah (480)
#2: Air tergenang. Sebahagian orang pulak enggan bersuci menggunakan air yang lama bergenang , seperti dalam bekas-bekas lombong, kolam atau sumur, di mana air itu telah berubah bau, warna dan rasanya kerana banyaknya tumbuhan di dalamnya, namun air itu masih mutlak dan suci.
Jawab: Sebenarnya ijma’ ulama’ bahawa air itu tetap suci dan sah bersuci dengannya. Berkata Ibn Mundzier, telah ijma’ semua ahli fiqih (kecuali Ibn Sirin) bahawa boleh bersuci dengan air yg tergenang walaupun telah berubah bau, warna dan rasanya, namun ia tidak dicemari najis. (Ibn Mundzier, alIjmaa’, ms 19)
#3: Bangkit dari tidur. Ada sebahagian orang bila bangkit tidur lantas mencelup tangannya ke dalam bekas air atau bejana atau kolah yang digunakan untuk berwudhu’.
Jawab: Perbuatan ini menyalahi sunnah, kerana beliau bersabda:
وإذا استيقظ أحدكم من نومه فليغسل يده قبل أن يدخلها في وضوئه فإن أحدكم لا يدري أين باتت يده
Terjemahnya: “ apabila salah seorang dari kamu bangun dari tidurnya, maka janganlah memasukkan tangannya ke dalam bejana sehingga ia terlebih dulu mencucinya 3X, kerana ketika tidur ia tidak tahu letak tangannya.” [HR alBukhari,#157, KSA, juga sahih Muslim] Jika rumah seseorang menggunakan paip air, tidak ada masalah yang timbul. Namun status kesucian air yg dicelup itu tetap suci.
#4: Urus air mesjid. Kebanyakan mesjid umat Islam membiarkan saja paip-paip bocor tanpa diperbaiki termasuk paip dalam tandas. AJK Mesjid membiarkan air mengalir setiap hari tanpa rasa bersalah melepaskan nilai air yang begitu bernilai.
Komentar: Air adalah nikmat yang harus disyukuri dan dijagai sepanjang masa dan tidak sesekali dibiarkan ia terbuang begitu saja sedangkan bil air ditanggung oleh ahli qaryah. Tindakan membiarkan air itu membazir adalah suatu bentuk kufur nikmat.
Dalilnya: “ Tidakkah kami perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran?” AQT 14 (Ibrahim): 28
#5: Air musta’mal dalam madzhab nusantara. Di Malaysia, rata-rata dalam buku-buku feqah dan perukunan bilasaja membicarakan bab air, niscaya akan muncullah istilah air mustakmal. Apakah jenis air ini kuat sandarannya?
Jawab: Berkata Syaikh allamah Muhammad Ibn Uthaimiin (syarh alMumti’ ‘alaa Zaad alMustaqni’, 1/44), pendapat yang benar ialah pembahagian air hanya kepada dua macam sahaja: air suci dan air najis. Adapun air musta’mal (air suci tapi tidak menyucikan) tidak disebut dalam syari’at. Ini juga pendapat Prof Dr al-Imam Yusof alQaradawi, ‘Namun tidak ada dalil mana pun yang menunjukkan akan kebenaran pendapat ini.” (Fiqh Thaharah/52 (Indon). Ini juga pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmoo’ Fatawa, 21/25-27, Riyadh) dan pendapat pilihan allamah Muhammad Sadiq Hasan Khan (Raudhah Nadiah syarh Durar alBahiyyah 1/58)
#6: Perigi yang terjatuh najis. Bagi masyarakat Islam yang masih menggunakan perigi terutama di pendalaman, kekadang perigi itu terjatuh najis berupa bangkai tikus, anjing, ayam, dan haiwan ternakan yang lain atau binatang buas yang mati di dalamnya. Apakah yang harus dilakukan?
Jawab: Prof al-Qardhawi menjelaskan:
1. Jika air itu tidak berubah dari sudut kesuciannya (warna/rasa/bau), maka yang diperlu dilakukan ialah dibuang sahaja bangkai dari dalam perigi itu tanpa perlu mengepam keluar airnya.
2. Jika air sudah berubah, maka airnya juga hendaklah dipam/ditimba keluar dari perigi sehingga sifatnya kembali pulih seperti sediakala.
#7: Syaikh Ali Tanthawi dari Arab Saudi (w. 1999) diajukan soalan, bagaimana sumber air yang berada berhampiran dengan tempat kumbahan atau tempat simpanan najis (septic tank)
Jawab: Hendaklah mendapat bantuan dari ujian makmal jabatan alam sekitar atau seumpamanya kerana ia adalah cara yang tercanggih di zaman kita. Di zaman Imam Ibn Qudamah, lebihkurang 750 tahun yang lalu, pernah diajukan kepada beliau soalan seperti ini. Lalu beliau menyuruh orang yg bertanya memasukkan minyak tanah ke dalam tempat simpanan najis tersebut. Jika sumber air berhampiran tempat najis itu berbau minyak tanah, ini bermakna sumber air bawah tanah sudha tercemar dan air yang diperolehi dari kawasan itu adalah najis. Nasihat saya, lebih baik jika kita tidak mengambil air dari sumber yang berhampiran dengan punca najis. [Majmu’ fatawa ali tantawi, Darul Minaret, Jeddah, 1990]
Itulah contoh FAQ dalam masalah air. InsyaAlalh kita akan sambung dalam Sahih Fiqh Sunnah dan syarahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment