Dec 16, 2008

Hukum Tidak Bertaklid Mana-mana Mazhab

Salam
Apakah hukumnya kita tidak mahu bertaqlid pada mana-mana imam dan mazhab seperti mazhab hafi ,hambali,syafie,dan maliki....

Kita hanya berpegang pada apa yang dikatakan nabi sahaja...ini kerana pada zaman nabi, tidak ada mazhab-mazhab seperti yang kita ketahui, mereka semuanya berpegang pada hukum yang dikeluarkan nabi sahaja....
apa pendapat al ahkam.


Wa'alaikumussalam

Terima kasih kpd sdr Tholiban yang rajin bertanya dan berinteraksi dengan pihak Al-Ahkam dan sdr Desaputra diatas link arkib Al-Ahkam. Banyak juga telah dibincangkan oleh Al-Ahkam mengenai persoalan Taqlid dan sebagainya, baik didalam ruangan Fiqh, Fatwa, Diskusi Umum dsb. Sdr boleh menggunakan carian Arkib bagi tujuan tersebut.

Bagi meringkaskan cerita, kita ambil ringkasan cerita dari artikel yang ditulis oleh bekas Mufti Saudi, Shiekh Ibn Utsaimin, didalam buku kecilnya yang bertajuk : Perselisihan antara ulama (sebab dan persetujuan darinya) {الخلاف بين العلماء للشيخ ابن عثيمين }

---------------

Jika seorang Islam itu mempunyai pengetahuan yang membolehkan beliau membandingkan pandangan-pandangan ulama berdasarkan dalil/bukti dan untuk memilih yang mana satu yang lebih benar (tarjih diantaranya), maka ia wajib melakukannya, kerana Allah memerintahkan kita merujuk kepada Al-Quran dan Hadith jika terdapat perselisihan tersebut, firmannya :

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. "[al-Nisa' :59]

Maka ia merujuk perselisihan ini kepada Al-Quran dan Sunnah bani saw, dan apa yang kelihatan rajih (benar), berdasarkan dalil, maka sesungguhnya wajib ia mentaati dalil tersebut, dan ia boleh merujuk kepada qaul-qaul (perkataan) ulama bagi membantunya memahami dalil.

Akan tetapi jika seorang Islam itu tidak mempunyai pengetahuan/ilmu yang cukup bagi membolehkan ia mengambil keputusan atau tarjih keatas pandangan-pandangan ulama', maka ia harus kembali bertanya kepada ahli ilmu, dimana ilmunya dan keterlibatannya dengan agama yang diamanahkan, dan mengikuti nasihat atau fatwa-fatwa yang mereka berikan. Firmah Allah swt :

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

"maka bertanyalah kamu kepada Ahli Ilmu jika kamu tidak mengetahui. " [al-Anbiya’ :7]

Ulama telah mengatakan bahawa :

على أن مذهب العامي مذهب مفتيه
"Mazhab orang awam ialah mazhab muftinya".

Jika pandangan mereka berbeza, maka hendaklah mengikuti mereka yang lebih dipercayai dan paling banyak ilmu pengetahuannya. Ini seperti orang yang sedang menghadapi sakit, maka dia akan mencari mana-mana doktor yang lebih dipercayai dan tinggi ilmu pengetauannya agar dia dapat pergi kepadanya, kerana doktor tesebut mempunyai kebarangkalian yang tinggi memberi rawatan yang baik jika dibandingkan dengan doktor-doktor lain. Adalah sangat penting berada didalam keadaan yang selamat didalam permasalahan agama!

Adalah tidak dibenarkan bagi seseorang islam mengikuti pandangan ulama yang bersesuaian dengan kehendaknya jika ia bertentangan dari dalil/bukti, atau mencari fatwa dari mereka yang kita rasakan lebih ringan dari segi fatwa mereka.

Maka haruslah ia berada dipihak yang selamat apabila berhadapan dengan masalah agama, dan bertanyalah ulama yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan paling takut kepada Allah.

-wallahu'alam-

Rujukan :

Shiekh Utsaimin. Al-Khilaaf bayna al-'Ulama' (Asbaabuhu wa Mawqifuna minhu). Riyad : Muassasah Utsaimin, 2001. ms 26
Shiekh Utsaimin. Al-Khilaaf bayna al-'Ulama' (Asbaabuhu wa Mawqifuna minhu). url : Sheikh Al Utsaimeen

1 comments:

Unknown said...

salam ustaz kalau kita dipaksa ikut kata2 isteri dgn bertaklik jatuh ke talak contonya kalau awak bersms lgi dgn perempuan tujatuh talak maka ita pn ikut tanpa setuju dan redho cuma ambik hati si isteri je

Post a Comment