Jan 17, 2009

Apakah Itu Uzlah?

assalamualaikum..

1 - apekah itu uzlah?

2 - apekah beze uzlah / suluk / bertape dan lain-lain..

3 - apakah hukum-hukumnye?

4 - bagaimanekah tatacarenye?

jazakallahu khairan..

*********************
Wassalamualakum

al-Jawab:

1. uzlah maksudnya memencilkan diri atau mengasingkan diri dari kelompok majoriti manusia, misalnya kaum Muktazilah ialah suatu kelompok orang Islam yg mengasingkan diri mereka dari ASWJ.

2. Uzlah vs suluk vs bertapa

Kesemuanya bertemu maksud pada "mengasingkan diri dari orang banyak"

uzlah mengasingkan diri kerana kefahamannya berlainan dgn orang ramai
suluk mengasingkan diri dari orang ramai untuk meningkatkan iman dan amal bersama sesuatu tareqat

bertapa mengasingkan diri dari orang ramai untuk mempelajari sesuatu ajaran sesat

3. Hukum2:

a. uzlah ditegah kerana kita tidak boleh meninggalkan ASWJ, manakala uzlah yg dibenarkan ialah i'tikaf dan bangun malam sahaja (tahajjud)

b. suluk juga ditegah kerana banyaknya aliran tareqat yg tidak menepati ASWJ, ditakuti dgn bersuluk itu akan membawa anda kepada bid'ah dan kesesatan

c. bertapa adalah diharamkan secara mutlak kerana ia adalah ajaran Buddha.

4. Tatacara:
Uzlah yg dibenarkan ialah:

1. Zuhud, anda hidup di alam serba materialistik tapi jiwa anda tidak dipengaruhi oleh material. Anda di hidup di zaman penuh maksiat dan kejahatan manusia, tapi anda tidak terpengaruh dari kejahatan tsb

2. I'tikaf, terutama 10 terakhir Ramadhan adalah suluk dan pertapaan yg dibenarkan.

3. Tahajjud yakni bangun malam ketika org lain dibuai mimpi juga adalah suatu bentuk suluk dan pertapaan yg dibenarkan...

4. Jika zaman menjadi semakin teruk dan fitnah memuncak, diharuskan uzlah atau memisahkan diri dari masyarakat. Namun kata al-Ghazali, terus hidup dan berjuang membersihkan masyarakat itu tetap lebih aula dan dituntut dari lari beruzlah ke gunung2 atau ke pendalaman.

sekian

0 comments:

Post a Comment