Dec 23, 2008

Lafaz Kinayah (Sindiran)

Salam

Saya turunkan situasi berikut untuk memohon jasa baik panel sekalian memberi respon.

Seorang suami telah bertengkar dengan isterinya sehinggakan keadaan menjadi semakin rumit. Semasa pertengkaran si suami telah berkata di depan isteri, " Nampaknya kita tidak boleh hidup bersama lagi". Namun si isteri tidak mendengar ucapannya itu kerana sedang menangis teresak-esak. Sedangkan si suami ketika itu berniat cerai.

Adakah sah penceraian tersebut?. Untuk pengetahuan ahli panel, si isteri hanya tahu perkara tersebut kemudian dan diceritakan sendiri oleh suaminya tadi.

Salam

Jawab Ulangan:

Lafaz di atas adalah lafaz kinayah (sindiran/kiasan) dan memerlukan NIAT. Jika anda berniat cerai, maka jatuhlah talak. Jika peristiwa itu berlaku dalam keadaan yg tegang dan kemarahan yg memuncak, maka talak itu tidak sah di sisi ahli tahqeeq spt Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan Syaikh Syaltut. Tapi jika kemarahan itu sederhana dan akal masih jelas dan ia tahu apa yg ia niatkan dan risikonya, maka jatuhlah talaq. Ataupun ia hanya gerakan hati yg bercampur was-was atau anda dalam keadaan keliru, maka ia tidak dikira sbg niat. Dalilnya," Umatku dibebaskan kerana keliru, lupa atau mereka yg terpaksa." Hadis hasan menurut anNawawi (Fiqh Sunnah)
Pada pandangan kami sepintas lalu dari maklumat ringkas anda, talaq belum jatuh dalam situasi begini.

Jika anda keliru dan tidak pasti maka hendaklah dilapurkan di pejabat Pendaftar Nikah utk mendapatkan nasihat mereka. Ini kerana perceraian yg sah di Malaysia ialah lafaz cerai yg dilafazkan di kamar pendaftar nikah. Lafaz di luar pejabat qadhi akan disoalsiasat oleh mereka dan kemungkinan akan didenda jika melanggar peraturan. Nasihat kami, cerai dan nikah hendaklah dijauhi dari dimainkan dgn lafaz2 kinayah. Jika anda benar2 serius dan mendapati ia jalan terakhir, maka hadirlah di pejabat qadhi dan lafazkan (lafaz cerai resmi) di sana dgn tenang dan lapang. WA

2 comments:

Anonymous said...

jika si suami bg mcej camni "jangan risau,lepas nie takda nak buat pape dah kt awak(seks)",tu dikira camne?

Unknown said...

Salam, apa pandangan mazhab hanafi berkaitan tatu kekal

Post a Comment