Dec 19, 2008

Istihadah

jika seorang wanita itu keluar darah selepas seminggu suci, adakah itu dipanggil istihadhoh? terang tentang istihadhoh.

Salam

Apakah itu darah istihadah?

Dari Aisyah ra," sesungguhnya ia (istihadhah) adalah perdarahan akibat radang mulut rahim (cervix) dan bukan haidh."[hadis riwayat bukhari]

Darah istihadah ialah darah penyakit yg keluar dari hujung urat yg berada di bawah rahim perempuandiwaktu selain waktu haid dan nifas yang terpanjang, baik darah ini keluar mengiringi darah haid atau tidak.

Ia juga adalah darah yg keluar urang dari tempoh haid yg paling kurang ataupun darah yang keluar sebelum umur haid. Tidak disyaratkan darah istihadah itu keluar dari org yg telah sampai umurnya.

Dari Fatimah binti Abi Hubaisy, beliau ddatangi darah istihadah, lalu Rasulullah saw bersabda, "Darah haid ialah darah berwarna hitam biasanya dikenali oleh kaum wanita, bila begitu keaaannya, hendaklah anda berhenti dari menunaikan solat. Jika darah tersebut sebaliknya(tidak berwarna hitam), maka hendaklah anda berwudhu' dan menunaikan solat, kerana ia merupakan darah istihadah."[Hadis riwayat Abu dawud]

Merujuk hadis di atas, perempuan yg mustahadah, wajib mengerjakan solat. Mereka ini tergolong dalam golongan orang yg uzur.

Kembali kepada persoalan di atas:
Quote:
jika seorang wanita itu keluar darah selepas seminggu suci, adakah itu dipanggil istihadhoh?


Kaum perempuan mengeluarkan tiga jenis darah :
Haidh, nifas dan/atau istihadzah.

Haidh adalah darah berjadual, selalunya dalam lingkungan 7-10 hari sebulan. Jika haidh tidak teratur, bermakna haidh itu baru bermula (wanita mencapai usia baligh atau hormone perempuan itu belum stabil. Kaum hawa mengenali darah ini melalui warnanya (kehitaman) dan bau yg hanyir dan tengit serta ia agak pekat.

Istihadah ialah darah penyakit (rahim, pangkal rahim atau faraj yg berpenyakit, warnanya ialah merah kekuningan dan ia keluar secara berterusan.

Manakala nifas ialah darah yg ada hubungan dengan kelahiran saja.

Maka dari definasi dan klasifikasi ini, jika darah itu memenuhi sifat-sifat haidh, walaupun ia keluar semula selepas 7 hari, maka ia haidh. Jika darah ini konsisten keluar, maka adalah darah istihadzah. WA.

Sila rujuk URL di bawah:
SJ- 1719: [U] Haid tidak lawas

SJ-1921: Istihadhah & Ketumbuhan

SJ-1685: Haid

Wassalam

Rujukan:
Himpunan Isu-Isu Fiqh Terpilih
oleh Ustaz Basri Ibrahim

0 comments:

Post a Comment