Salam
Adakah sama pahala bersugi dengan kayu sugi dan memberus gigi seperti biasa?
terima kasih.
_________________
Salam
berikut petikan jwpn dari Ust Pendekar.
----
Bersugi pula adalah sunat hukumnya sebagaimana hadis yang ada diriwayatkan oleh Al-Aimmah Al-Kibar seperti Al-Bukhari (rh) , Muslim (rh) dan Malik (rh) perbuatan bersugi itu adalah sunnah yang sunat hukumnya. Maknanya : Bersugi dengan apa jenis alat sugi pun dan apa jenis ubat sugi ( ubat gigi ) adalah sunnah.
Dan orang yang cuba meniru 100 % cara Rasulullah s.a.w berpakaian dan bersugi – hingga menggunakan kayu sugi – berkopiah, menggunakan minyak wangi dan sebagainya - ianya tetap mendapat pahala SUNAT , kerana perasaan cinta kepada Baginda s.a.w sudah membuahkan pahala , apatalah lagi andainya dicuba mengikuti cara dan tatacara hidup dan kelakuan baginda s.a.w !!!.
-----
Sila lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut:
SJ-1711 : Rampai : Berserban, Ikut Sunnah, Pakaian Muslimah, Muzik, Hadis & Isteri Bantu Suami
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment