Dec 16, 2008

Hukum Menghilangkan Tahi Lalat

Salam

ustaz apakah hukum membuang tahi lalat???adakah ia mengubah ciptaan allah?

Wassalam



وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))


SU – 00044 : HUKUM MEMBUANG TAHI LALAT

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Petapa ( mudah-mudahan tidaklah lama pertapaanmu disebabkan umat Islam memerlukan kita semua untuk memajukan agama ini ) . :super

Soalan di atas lebih comel kalau dikemukakan begini :

“ Sebagai mana kita maklumi bersama , mengubah ciptaan-ciptaan Allah itu adalah haram . Oleh itu adakah membuang tahi lalat itu dianggap haram juga kerana adanya unsur-unsur mengubah ciptaan asal yang dicipta oleh Allah Ta’ala ? “ .

JAWAPANNYA :

Soalan seperti ini sudah pernah kami jawab di :

SJ – 2244

Oleh kerana jawapannya sudah ada di dalam SJ ( Soal Jawab ) tersebut , maka kami hanya menjawabnya di sini secara ringkas .

Mengapakah hendak dibuang tahi lalat itu ? .

Kalau ia terletak di muka ( contohnya ) adakah ia menghodohkan muka sehingga menyebabkan tuan empunya diri berasa malu ataupun sentiasa merasa rendah diri ? . Contohnya tahi lalat itu agak besar saiznya ( drp biasa ) dan ia pula terletak di tengah-tengah hidung ? . Disebabkan tahi lalat itu orang selalu mentertawakan si empunya diri sehingga digelar “ badut sarkas “ .

Adakah tahi lalat itu boleh menyebabkan kesukaran bagi tuan empunya diri ? . Contohnya , tahi lalat itu terletak di bawah alis mata sehingga mengganggu penglihatan .

Adakah tahi lalat itu besar dan berapa pula di kawasan bibir sehingga menyebabkan sukar untuk si empunya diri makan ? .

Jika YA , maka tidaklah mengapa tahi lalat itu dibuang kerana ianya :

1 – Sama ada mendatangkan aib ( malu ) pada si empunya diri ataupun menyebabkan ia merasa rendah diri . Ataupun :

2 – Ia menyebabkan penyakit ataupun kesukaran .

Namun semuanya itu mestilah dilakukan :

1 – Dengan niat untuk merawat bukannya bertujuan untuk menipu ataupun menggoda . Ertinya niat haruslah baik .

2 – Ia disahkan oleh pakar-pakar perubatan sebagai perlu dibuang kerana ia mendatangkan kesukaran ataupun penyakit .

Sila rujuk kembali Soal-Jawab yang lepas untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
29 / Safar / 1424 H
01 / Mei / 2003 M

31 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum....sy mempunyai tahi lalat bukan dari sejak lahir tetapi ia ketika sy berumur 3-5 tahun....dan sy ingin bertanya adakah berdosa jika sy ingin membuang tahi lalat sy????

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Bagaimana rasa rendah diri itu boleh menyebabkan kita berniat nak membuang tahi lalat itu? Adakah disebabkan orang memandang rupa parasnya terlalu hodoh sehingga dirinya tidak dipandang orang

Admin said...

w'salam
begitulah maksudnya kalau tahi lalat itu kedudukannya atau jumlahnya luar biasa yang mana muka tuannya dilihat hodoh oleh orang lain, dengan itu juga menyebabkan tuan punya diri jadi malu untuk berurusan dengan orang lain diluar. Dalam keadaan ini harus dibuang dengan niat rawatan. WA

Anonymous said...

assalamualaikum,
sy mempunyai tahi lalat yg di sebelah hujung mata kiri rapat ke hidung menyebabkan saya di ejek semasa di kolej dan oleh kerana itu nama ejekan itu lekat sehingga mereka memanggil sy dengan name itu ,,,bolehkah sy membuangnya kerana sy malu

Admin said...

untuk mengelakkan malu kerana kedudukkan tahi lalat kat situ bolehlah dibuang dengan niat untuk rawatan... WA

Anonymous said...

assalamualaikum, saya punya banyak sekali tahi lalat di muka, dan seiring bertambahnya umur saya, tahi lalat saya terkadang semakin banyak, apakah boleh tahi lalat saya dihilangkan karena alasan itu?

Anonymous said...

t

Anonymous said...

assalamualaikum..sy mmpunyai tahi lalat yg besar di muka..tahi lalat ni menyebabkan sy sgt rendah diri dr dlu smpai skrg..sy kadang2 malu utk bertemu org dan sy slalu xyakin dgn diri sendiri disebabkan tahi lalat ni..bila keluar org slalu memandang sy disebabkan tahi lalat ni dan kdg2 sy fkr org mengejek sy sbb mereka gelak2 n ada pernah mereka yg xdikenali memerli sy dgn menyentuh ttg tahi lalat di shopping complex..boleh ke sy buang tahi lalat ni?

Anonymous said...

assalamualaikum..kes sy sama spt cth diatas..tahi lalat di tgh btg hidung,saiz agak besar dan sering menjadi bahan gurauan di kalangan masyarakat..org yg x dikenali pun sering memerli sy..kalau niat sy utk membuang tahi lalat utk menghilangkan rs malu bila berhadapan dengan org ramai n utk menambah kecantikan,apakah hukumnya??

Anonymous said...

assalamualaikum...saya ingin bertanya,adakah salah jika saya membuang tahi lalat diwajah saya?kerana saya dapati tahi lalat saya semakin banyak di wajah saya sebelah kiri sehinggakan rakan2 dan adik beradik saya mengiranya setiap kali berbual dgn saya...hampir 11 biji tahi lalat di wajah kiri saya..adakah dosa jika saya membuangnya?

Anonymous said...

hmm.sye ad tahi lalat kt muke.tapi tahi lalat tu agak trlindung bile sye pkey tdg.then tahi lalat kt muke sye tade byk mne.dlm lingkungn 5 j.tpi 2 j y besar.then ramey kwn2 hostel sye slalu prli psl tahi lalat sye.tahi lalat sye nyh kl0 org tgk dye,tetibe dye rase gtl.b0leyh ke sye buang tahi lalat nyh?

Anonymous said...

Assalammualaikum ustaz...saya ad tahi lalat di dahi menyebabkan saya berasa malu kepada orang disekeliling dan sering tidak berasa yakin kepada diri...adakah dosa jika saya membuangnya??

Anonymous said...

assalamualaikum...ustaz.,saya ada tahi lalat betul2 kat dahi...kwn saya sering menyejek sy keling...boleh ke saya hendak membuang nye??sekian

Anonymous said...

salam Ustaz..tahi lalat sy besar dan hidup..terletak di hidung (tepi)..seperti India yg menindik hidung.. sy rasa ia semakin besar..dan kadangkala ditumbuhi pula bulu... saya merasa amat malu..dan sering ditegur/diusik ttg itu..Saya bbrp kali ingin membuangnya tapi takut menyalahi hukum.

Anonymous said...

salam Ustaz . saya ada tahi lalat di pipi kiri. berdosa tak saya membuangnya?

Anonymous said...

Assalamualaikum,ustaz.saya mempunyai tahi lalat di atas hidung dan juga di lubang idung.saya mempunyai niat utk membuangnya.sy ingin bertanya ttg cara atau produk yg halal utk membuang tahi lalat ?

Anonymous said...

Salam ustaz.Sye ade tahi lalat di pipi kanan sye...setiap hri sye gi mne-mne ngan kwn sye mreke msti mengejek sye,sye juge brase sngt malu.Bolehkh sye membuang nye?

HA said...

Salam. Bolehkah membuang tahi lalat di muka walaupun kecil tapi clear? Walaupun kecil tetap mendatangkan rasa malu dalam diri. Orang sekeliling pasti akan memandangnya. Apakah hukum membuangnya? I'm confiused. Tqvm

Anonymous said...

salam.saya mempunyai tahi lalat hidup di tepi mata.namun,ia tidaklah menjejaskan penglihatan saya.tetapi orang selalu mengejek saya.apakah hukum jika membuangnya..?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Apakah Hukum Membuang tahi lalat secara tak sengaja? ttapi saya menipiskan tahi lalat secara asal nye hitam pekat di badan dan muka...
Apakah hukumnye bila kita tak sengaja?

Anonymous said...

apakah yg boleh saya lakukan,saya ada tahi lalat di muka sebanyak 3, dan memalukan saya dan membuatkan saya asyik memakai makeup untuk cover tahi lalat walaupun ke sekolah.. adakah ianya berdosa jika saya membuangnya?

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz.....saya mempunyai tahi lalat di belakang bahu kiri....ada sesetengah orang mengatakan itu tandanya banyak memikul beban dalam hidup.sejauh mana kebenaran tersebut saya tak pasti.saya ingin meminta penjelasan dan nasihat dari ustaz.bolehkah saya menghilangkan tahi lalat tersebut? dan apa hukumnya?

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,saya mempunyai tahi lalat di atas bibir sebelah kiri.ada yang mengatakan itu bermakna tidak mempunyai duit atau harta.sejauh mana kebenarannya? apakah hukumnya jika saya menghilangkan tahi lalat tersebut?

Anonymous said...

encik/cik, kalau setakat tahi lalat BELAKANG BAHU, tak payah la buang...sape pandang and x mendatangkan malu pon...maaflah tuan2 kat ATAS tu...sila tanya soalan yg berkualiti sikit boleh x

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya mempunyai tahi lalat di dekat hidung( antara hidung dan mulut). Ianya merisaukan saya sbb melalui pembacaan saya, tahi lalat boleh dikatakan sentiasa membesar. Saya merasa rendah diri bila brhadapan dgn orang skeliling. Patutkah saya hilangkan tahi lalat ni? Terima kasih, ustaz.

Anonymous said...

sy mmpunyai dua tahi lalat iaitu di bwh mate dn di bwh hidung(betul2 kat tgh) ia menyebabkan sy malu nak brckp dgn org jd bolehlah sy mmbuangnye????

Unknown said...

Sy mempunyai satu tahi lalat yg berada di tepi mata saya apa kah saya boleh membuang nya

Unknown said...

Saya mempunyai satu tahi lalat di sebelah mata (terletak di bahagian tengah garisan hidung) saya ada niat untuk membuangnya , kerana kwn saya menggelar saya sebagai tambi dan mengaibkan saya. Adakah hukum nya haram jika saya membuang tahi lalat tersebut? Tqvm

Anonymous said...

Asslm . sy nk tny bdosakah klau sy buang tahi lalat sy sbb ia mmbwa perangai bruk dlm dri sy . sy pnh tbca sttment yg thi lalat sy ad maksud mudah terasa hati . dgn itu sy slalu gaduh dn xbrtgur spa dgn org . an then sy rsa rndah dri n xde kykinn dri dri sy . so prlukah sy buat smua tu? Klau bleh skadar utk kecil pm xpe . sy mlu smkin umur mnngkt ia smkin bsr.

Anonymous said...

Sya pula ada tahi lalat hidup pd pipi kiri sya.. Smakin hari, kwn2 asik menegur tahi lalat sya semakin mmbesar.. Ya sya malu, hilang keyakinan, walhal kwn2 sya yg lebih cntik dri sya jga ad tahi lalat, tapi brsaiz kecil.. Ya mreka mmg cntik dgn tahi lalat mrrka tpi bukan sya.. Sya sndriri xtahu niat sya ntuk kecilkn tahi lalat sya ni haram atau dibolehkn..

Post a Comment