Jan 22, 2009

Membaca Salamun Qaula Mirrabbirrahim

adakah perbuatan membaca "salamun qaula mirrabbirrahim"(surah yassin:58) sbyk 3 kali di bolehkan? adakh ianyer sunnah?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply
Berkata Ibn Abbas (tafsir Ibn Katheer), Allah sendiri akan mengucapkan salam kepada ahlil Jannah (penghuni Syurga) ketika mereka memasuki syurga buat pertama kali. Ia juga disebut dalam surah alAhzzab: ayat 44

Mengenai fadhilat dan kaifiyat menyebutnya 3X, kita semak dalam beberapa kitab, antaranya alManar alMunif oleh Ibn Qayyim, tidak ada akan kaifiyat ini. Kami mengesyaki kaifiyat baca Yassin ini direka oleh kaum zindik utk menggalakkan manusia membaca Yasin malam juma'at, ketika orang nazak, ketika mayat terbujur, ketika ziarah kubur dan ketika berdukun.

Asalnya perbuatan membaca Yasin beramai-ramai dgn suara keras itupun sudah bid'ah agama, maka jika ditambah dgn kaifiyat bacaan yg tidak sunnah, maka bertambahlah bid'ahnya.

(Dr Muhammad Musa Nasyr, alBahts wal istiqra' fi Bida'il Qur:an/52)

2 comments:

ahmad sponge said...

Kami mengesyaki kaifiyat baca Yassin ini direka oleh kaum zindik utk menggalakkan manusia membaca Yasin malam juma'at, ketika orang nazak, ketika mayat terbujur, ketika ziarah kubur dan ketika berdukun..ayat ni xde dlm al quran n hadis ke...

ahmad sponge said...

Boleh tenangkn dgn lbh tperinci tak..

Post a Comment