Dec 16, 2008

Puasa Ganti Dan Puasa Sunat

adakah boleh diniat kedua-dua sekali dalam suatu masa.



Salam

Masalah ini ada disebut di dalam kitab-kitab utama mazhab Syafi'i. Dan, di kalangan mereka sendiri berselisih pendapat tentang boleh atau tidaknya.

--------

Sebuah kitab kecil mazhab Syafi'i Fathul Mu'in, ada menukilkan perselisihan pendapat antara para ulamak Syafi'i:

(Furuk): Telah berfatwa sekumpulan ulamak mutakhir bahawa berhasil pahala puasa Arafah (atau puasa pada hari-hari lain yang disunatkan), dengan jatuh puasa fardu padanya. (Fathul Mu'in Bi-Hamisy I'anah al-Thalibin, Syeikh Zainudin al-Malbari, vol. 2, hal. 271)

Contoh: Jika seseorang itu berpuasa qadhak dan ia dilakukan pada salah satu hari yang disunatkan berpuasa, maka akan mendapat pahala kedua-duanya jika diniatkan kedua-duanya. Mereka mengqiyaskan dengan sembahyang tahiyatul masjid.

Contoh cara niat Puasa enam dan puasa gantian: Didahulukan niat puasa wajib (qhada' ramadhan yang ditinggalkan) dengan disertaikan niat puasa enam shawal tersebut.

Namun ini dibantah oleh sebahagian ulamak, antaranya ialah al-Asnawi. Katanya, jika seseorang itu berniat puasa wajib sahaja, maka hasil puasa wajib. Jika dia berniat kedua-duanya (berpuasa wajib dan sunat), maka tidak dapat apa-apa pun. Mereka menganggapnya tidak sah.

-------------------------

Alasan golongan yang menolak
Firman ALlah Taala:
"Dan tidaklah diperintahkan mereka, melainkan menyembah Allah, serta mengikhlaskan ketaatan kepadaNya." (Al-baiyinah:5)
Maksud `mengikhlaskan' ialah mengikhlaskannya amal yang diperintahkan menurut cara yang diperintahkan.

Abu Yusof sahabat imam Hanafi berkata: Barangsiapa sembahyang ketika musafir dua rakaat (qasar) dengan meniatkan zohor dan sunat, atau barangsiapa mengqadha' puasa Ramadhan dengan meniatkan qadha' dan puasa sunat, hasilnya, baginya qadha' sahaja dan batallah puasa sunatnya (tidak beroleh pahala).

-----------

Kesimpulan:
1. Segolongan ulamak mutakhir dari kalangan al-Syafi'i membolehkan berpuasa dengan niat qadhak dan sunat. Hasil kedua-duanya. Mereka qiyaskan dengan sembahyang tahiyat masjid.
2. Sebahagiannya menolak, bahkan batal puasanya. Mereka bandingkan dengan sembahyang qasar zohor diniatkan fardu zohor dan sunat sekaligus.

2 comments:

Siti Aisyah 5884 said...

Yang mana satu betul?

Siti Aisyah 5884 said...

Assalamualaikum!
Kalau orang Mu'alaf macam saya ni terus jadi keliru dengan fakta ni semua. Sila beri penjelasan.

Terima kasih.
Siti Aisyah

Post a Comment