saya tak tahu lah kalau mslh ni dah diutarakan...saya cuma nak tahu apakah hukum sebenarnya wanita yg membuat teknik rebonding/meluruskan rambut...hal ini sedemikian kerana wanita itu mempunyai mslh rambut kusut dan tidak terurus...tapi wanita ini tetap menjaga auratnya...
sekian terima kasih...
********************
Wassalam
تغيير الشعر بغير السواد لا حرج فيه وكذلك استعمال مواد لتنعيم الشعر المجعد والحكم للشباب والشيوخ في ذلك سواء إذا انتفت المضرة وكانت مادة طاهرة مباحة أما التتغيير بالسواد الخالص فلا يجوز للرجال والنساء لقول النبي صلى الله عليه وسلم الله عليه وسلم : ( غيروا هذا الشيب واجتنبوا السواد ).
Tidak menjadi kesalahan menggunakan teknik REBONDING atau sebarang teknik lain utk meluruskan rambut asalkan tidak dgn tujuan tabarruj dan tidak menghalang wudhu' (Fatawa Lajnah aldaa'imah 5/168).
1 comments:
assalamualaikum...
saya ingin bertanyakan satu soalan, berkenaan rebonding. kawan sy telah membuat rawatan rebonding. pada asalnya dia berpendapat bahawa rebonding boleh dilakukan kerana niatnya yang hanya ingin menguruskn rambut dgn lebih baik krn mempunyai masalah rambut yang sukar untuk diurus.tetapi setelah membuat rawatan tersebut, dia mendapat tahu bahawa rebonding adalah haram disisi islam kerana mengubah ciptaan Allah swt. oleh itu, apa yang perlu dilakukan untuk diperbetulkan semula? adakah dia perlu memotong kesemua rambut yang telah direbonding tersebut?
Post a Comment