assalamualaikum wbt..
saya ada satu kisah dan ingin pendapat semua dari segala aspek terutama dari segi hukum syarak. harap dapat perhatian..
pada suatu hari, saya sedang dalam perjalanan ke suatu tempat yang agak jauh dari rumah saya. disebabkan tiada sesiapa yang dapat menghantar saya, saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki seorang diri dan hanya memohon perlindungan daripada Allah SWT. Dalam perjalanan, saya terkejut kerana tiba-tiba sebuah kereta kancil
berwarna merah memperlahankan keretanya dan berhenti beberapa meter dari saya. Macam kenal. Saya punya hanya meneruskan perjalanan hingga sampai dekat dengan kereta tersebut. Pemandunya memanggil nama saya. Rupa-rupanya, dia adalah rakan karib abang saya yang memang saya kenal.
Dia pun mengajak saya menumpang keretanya. Saya rasa tidak sampai hati untuk menolak dan saya pun menumpang keretanya sehingga sampai ke destinasi yang dituju.
Persoalannya, adakah patut saya menumpang kereta tersebut?
************
jawapan:
THTL-
wsm
Ini dinamakan situasi yg jarang-jarang berlaku dan jatuhlah ia dalamkeadaan yg keliru, perasaan terpaksa atau dia memang ada keperluan yg mendesak (kepada transportation). Ini kerana perempuan berjalan sorang-sorang sekarang ni pun amat merbahaya, jika tumpang orang yg dikenali pun boleh berlaku jenayah spt rogol dsbnya.
Dalam hal ini perempuan itu boleh memilih utk menerima pelawaan itu atau menolaknya dan menimbangkan mudharat dan maslahat. Ini pernah berlaku kepada Aisyah ra ketika berlakunya peristiwa Ifk atau Fitnah yg Besar, di mana Aisyah diiringi oleh seorang tentera kerana beliau ditinggalkan oleh pengusungnya. Dalam keadaan dharurat, boleh
menumpang. Manakala masyarakat yg melihat terikat dgn ayat AQ 24: 15-16 (mereka hendaklah bersangka baik bila melihat perempuan terpaksa menumpang kenderaan lelaki ajnabi). Ia tidak boleh dijadikan kebiasaan. (*Prof dr Abdul halim Abu Syuqqah, Univ Qatar, Tahreer alMar'ah/2/136) sahabat dan murid Dr Qardhawi.
Asma' bte Abu Bakar ketika dia pulang dari kebunnya yg agak jauh dari Madinah, terserempak dgn RasuluLlah saw yg menaiki unta, lalu baginda memerintahkan untanya berlutut supaya Asma' boleh menumpang unta itu. Tapi Asma' menolaknya kerana dia teringat suaminya azZubair yg amat kuat cemburunya. (Dikeluarkan oleh Bukhari dalam sahihnya bab Cemburu Jld 11/235 dan Sahih Muslim kitab: salam bab: boleh membonceng wanita lain yg kepayahan dijalanan Jld 7/11
* Rasulullah saw ditemani oleh seorang lagi lelaki Ansar di atas kenderaan yg berasingan (s2s)
sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment