APakah hukumnya apabila satu pasangan yg ber"sms" dengan ayat2 yg berbau seks..seolah2 sedang membuat perkara tersebut tetapi sebenarnya tidak sama sekali..cuma mmbayangkan dengan sms shj?..
harap2 faham soalan saya ni..
Salam
Islam telah menggariskan panduan pergaulan lelaki dan perempuan ajnabi. walaupun pada zaman dahulu tidak wujud teknologi sepertimana sekrang, hukumnya tetap sama. Berikut saya lampirkan jawapan THTL berkaitan isu berkait ini:
Chatting dari sudut bahasa awam bermaksud sembang-sembang kosong. Chatting yg menjadi kelaziman sejak dulu kala ialah chatting di kedai-kedai kopi dan warung; ada juga chatting atau sembang-sembang di Bistro, coffee-house dan tak kurang juga chatting di bar dan pub.
Hukum chatting internet ini tidak ada dalam alQur'an dan asSunnah kerana komunikasi baru ini adalah hasil ciptaan zaman muttakhir, sebelum ini ialah komunikasi telefon, ia berkembang kpd telefon cel, SMS dan sedikit lagi fonsel 3-G. Namun ia tertakluk pada hukum asal yakni perhubungan antara lelaki dan perempuan yg sentiasa tertakluk pada tujuan/motif dan wajibnya memelihara batas-batas syara'.
Hukum asal: komunikasi adalah keperluan manusia dan dalam zaman ini komunikasi menjadi suatu kemestian kerana wanita keluar ke dalam masyarakat melakukan pelbagai aktiviti hingga dalam urusan politik kenegaraan. Jadi komunikasi dgn tujuan yg baik tidaklah ditegah, baik urusan akademik, kerjaya dan mu'amalat yg lain.
Jika tujuan komunikasi itu sudah jelas, maka Islam meletakkan adab-adab komunikasi, antaranya tidak boleh unsur menggoda, manja dan membangkitkan syahwat, dalilnya alAhzab: 32. Maka jika chatting atau SMS atau dalam bentuk komunikasi 3-G yg tiada apa-apa tujuan, maka sudah tentu dianggap lagha (sia-sia) oleh Islam dan tidak digalakkan. Jika ditambah pula dgn unsur membangkitkan syahwat, maka sudah tentu haram pula.
Kebebasan generasi hari ini tidak terhad pada chatting sahaja, bahkan mereka keluar bebas bercampur dan bergaul di mall, kompleks beli belah tanpa ada apa-apa tujuan syara'iy. Ini semua suatu aktiviti yg ditegah oleh Islam. Maka atas kaedah syara': Sadd adzZara'iy (menutup pintu kejahatan), maka chatting yg dilakukan tanpa tujuan syara'iy adalah ditegah, kecuali chatting kepada sesama jantina dalam rangka perkenalan. Rujukan umum: alQardhawi, Mujtama' Islami allazi nansyuduhu (Masyarakat Islam yg kita impikan)
SJ-1028: chatting dgn ajnabee
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment