Siri #5: 15 Kaedah Sebelum Masuk dalam Fiqh Sunnah (8-10)
Kaedah #8: Kod-Kod al-Suyuthi (رموز السويوطي) dalam 'alJaami' alSaghiir' tidak dapat dipercaya.
al-Imam al-Suyuthi alSyafi'iy (w. 911H) adalah penulis kitab kompilasi hadith yg bernama ' al-Jaami' al-Saghiir' yg terdiri dari 10,031 hadith kesemuanya. Keistimewaan kitab alJaami' ialah ia pertama kali di susun menurut huruf hijaiyah (alfabet arab), menggunakan kod (rumuz) bagi para imam-imam hadith dan kod derjat kesahihannya (sahih, hasan dan dha'if).
Pengkodan kesahihan hadith-hadith dalam al-Jaami' tidak dapat dipercayai 100%. Adalah didapati Syed Sabiq menggunakan metod pengkodan alSuyuthi dalam kitab Fiqh Sunnah, maka ia juga tidak dapat dipercayai. Kelemahan alSuyuthi dalam mensahihkan hadith diakui oleh pensyarah kitab alJami' sendiri, iaitu alhafiz alMunawi (Faiduhul Qadir , syarh al Jaami' alSaghiir, maktabah Tijariyah alKubra, Cairo).
alMuhaddith al-Asyr al-Albani telah melakukan takhrij dan tahqiq kepada kitab alJaami' alSaghiir menjadi Sahih al jaami' dan Dha'if alJaami'. Terdapat hampir 1000 hadith (10%) maudhu' (palsu) dalam alJaami'.
Kaedah # 9: Diamnya alMundziri (سكوت المنذري) tidak mengukuhkan hadith dalam alTarghib.
alHafidz alMundziri (w. 656H) adalah pengarang kitab atTarghieb (mendorong beramal) wa tarhieb (ancaman berbuat tidak baik). Yang menjadi masalah ialah hadith2 yang didiamkan oleh alMundziri (hadith yang tidak dijelaskan oleh beliau akan derjat kesahihahnnya), maka Sayyid Sabiq menganggap hadith itu adalah kuat.
* al-Albani telah meneliti kitab atTarghieb dan telah diterbitkan versi tahqiq, Sahih dan Dha'if alTarghib.
Kaedah #10: Mengukuhkan hadith dengan banyaknya jalur (periwayatan) tidak bersifat mutlak.
Sudah almaklum dalam Uloom Hadith, bahawa sesuatu hadith yang diriwayatkan dari banyak jalur yg lemah akan menjadi kuat, walaupun setiap jalur (mata rantai sanad) itu secara tersendiri adalah dha'if. Berkata alMunawi, jika sesebuah hadith itu sudah parah, maka ia tidak bisa diperbaiki jika didatangkan banyak jalur jika keparahannya masih sama.
Cth: hadith yg masyhur dalam muqaddimah Matan arba'in anNawawiyah, "
Brangsiapa yang menjaga atas ummatku 40 hadith.."
Walaupun hadith ini banyak jalur periwayatannya, tapi ia tidak dapat dinaiktaraf menjadi hasan. tbc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment