Dec 11, 2008

Kaedah Sebelum Masuk dalam Fiqh Sunnh 14-15

Siri #7: 15 Kaedah Sebelum Masuk dalam Fiqh Sunnh 14-15)

Kaedah # 14: Wajib melaksanakan Hadith Sahih walaupun Tidak seorangpun yang melaksanakannya.

al-Albani mengutip pendapat asySyafi'iy dalam arRisalah (bab hadith Ahad), mengenai kes Diyat putus jari, di mana Khalifah Umar alKhattab ra memutuskan 15 ekor unta. Namun selepas Umar mendapat tahu bahawa Ali bin Amr bin Hazm ada mencatat surat RasuluLlah saw kepada penduduk Yaman, maka Umar mengikuti hadith ini walaupun ia belum pernah dilaksanakan sebelum ini.


"dan dalam satu jari di sana ada (diyat) 10 ekor unta"

matn [وفي كل إصبع مما هنالك عشر من الإبل)

Hadith Ali bin Amr ini mengandungi dua pelajaran:

a. diterimanya hadis bila ianya sahih

b. dilaksanakan segera walaupun ia belum diamalkan oleh seorang pun sebelum ini.

Kaedah # 15/Akhir: Perintah Syar'iy untuk seorang bererti perintah untuk semua.

Jika pelaksana hukum yang bijaksana (Muhammad saw) berbicara kepada satu anggota ummat atau mnenetapkan satu hukum ke atasnya bererti ketetapan hukum ini berlaku umum untuk semua masyarakat kecuali ada bukti takhsis (khusus) ia ditujukan kepada seorang itu sahaja.

Ini pendapat alSyaukani dan Ibn Hazm

Rumusan al-Albani:

Inilah 15 Kaedah usyul di bidang hadith dan fiqh, tapi sayang sekali Pengarang kitab Fiqh Sunnah tidak mahu terikat dgn kaedah2 ini atau acuh tak acuh dengannya. Catatan ini ditulis pada 04 Jun 1954 di kota Damsyiq, Syria (54 tahun dulu)

Maka selepas ini kita akan masuk dalam kitab Fiqh Sunnah. Sebaiknya para pengunjung setia al-Ahkam segera memiliki kitab terjemahan Fiqh Sunnah (14 jilid) untuk mengikuti siri syarah Fiqh Sunnah ini dengan lebih berkesan. Jika kesempitan wang, beli Jilid Satu dulu.

0 comments:

Post a Comment