Jun 25, 2009

Apa Hukuman Murtad

Pertanyaan mengenai hukuman murtad. Apakah procedure hukuman murtad? Apakah hanya yg menentang akan dibunuh tetapi yg murtad tidak menentang tidak akan dibunuh?

Minta pandangan dari ulama mazhab dan yg lain2nya kalau ada.

Di dahulukan dgn ucapan terima kasih.TJ

Jawapan (oleh Salafi2Sunnah):

wsm

1. Hukum murtad

Ia salah satu hukum jinayah Islam yg jika thabit, dikenakan hukum had.

Dalil:
a. "Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dlm kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat dan mereka adalah penghuni Neraka, kekal di dalamnya." AQ-2: 217 (terjemahnya)

b. Hadis-hadis.

i) Jalur Ibn Abbas ra, "Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia." (HR alJama'ah kecuali* Muslim)

{Ruj: Nailool Author: 8/2; Majma' azZawaid: 6/261} * alJama'ah = 7 Imam hadis yg muktabar: Bukhari - Muslim - Ahmad - Abu Daud- Ibn Majah - anNasa'iy - atTermidzi

ii) Jalur Ibn Mas'ood r.a., "Tidak halal darah muslim yg bersyahadah kecuali: (yang) membunuh manusia dgn sengaja, janda/duda yg berzina dan yang meninggalkan agamanya dan berpisah dgn jama'ah (ummah)."
(HR alJama'ah)

iii) Jalur Ibn Abbas,Abu Hurayra, Anas r.a., "Tidak halal darah seorang yg mengucap syahadah) kecuali seorang lelaki yg kufur setelah beriman, zina setelah merasai nikah atau membunuh tanpa alasan." (Sahih dikeluarkan oleh Abu Daud, annasa'iy dan Ibn Majah)

2. Jinayah Murtad mandatori Bunuh?

a. Ianya ijma' menurut Ibn Rajab alhanbali (Jami' alUlum wal Hikam, syarah hadis no 14, tahqeeq Syu'aib alArnauth)

b. Jumhur (majoriti) menurut catatan Ibn Hazm (alMuhalla:11/227); arRimli, alNihayah: 7/299), namun Jumhur ini merangkumi empat madzhab Mega.

Prosedur jenayah murtad

3. Takrifan hukum bunuh

Jumhur berpendapat semua wajib dibunuh (tanpa mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Kecuali Hanafi (alBada'iy :7/135) yang menetapkan wanita tidak dibunuh kerana memadai dengan penjara sehingga dia taubat.

Imam-Imam Salafi (Syaikhul Islam IT, asSyarim alMaslul, Tahqeeq Muhyiddin Abd Hamid, ms 368) menetapkan hukuman bunuh dikenakan kepada jenayah murtad diklasifikasikan kpd dua jenis:

a. murtad yg senyap dan personal
b. murtad yg disertai aktivitas memerangi Islam

Maka hukum bunuh dijatuhkan kepada yang (b), spt kemurtadan Salman Rusydie (tambahan s2s).

Dalil Ibn Taymiyah ialah Fiqh Umar alKhattab r.a. yg melaksanakan hukum murtad di zamannya (lihat Abd Razzaq, alMusyanif: 10/168 Atsar no 18707) ada unsur tolakansur Omar terhadap kaum murtad Iraq dan tidak memerintahkan mereka semuanya dibunuh sebelum dialog dan kaunseling.

4. Bentuk Hukuman mati:

Khalifah Ali bin Abu Talib ra ialah dibakar jika thabit (Nailool Author: Jld 8)

Fiqh Ibn Abbas r.a. tidak boleh dibakar kerana bertentangan dgn perintah nabi s.a.w. yang menegah di azab dengan azab Allah (api neraka)

Komentar Dr Qardhawi: jenis dan cara membunuh pesalah murtad bukan perinsip cuma teknikal (furu'iyah)

5. Prosedur jinayah murtad:

Teknik tarbiyah dan saikologi supaya bertaubat diutamakan oleh jumhur.

a. Jika thabit kesalahan murtad, pesalah akan dikaunseling dan dipinta bertaubat dalam tmepoh 3 hari. Jika masih enggan, maka akan dibunuh (Maliki, Syafi'iy dan Hanbaliah) [Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny: 9, ms 4 ke atas]

b. Menyuruh taubat bukan wajib cuma mustahab (baik dilakukan)..sebahagian Syafi'iyah dan sebahagian hanbaliah (asSyirazi, alMuhadzhab: 2/222)

c. Fuqaha' muttakhir
Imam Muhd Abu Zuhrah misalnya (alUqubah/195) mengkategorikan kesalahan murtad dari Muslim yang asli dan muslim convert (yg memeluk Islam dari agama lain). Jika Muslim yg asli tidak perlu diminta taubat dan jika muslim saudara baru, maka perlu diminta taubat dan diberi kaunseling. sekian


HafizFirdaus.com

0 comments:

Post a Comment