Jun 25, 2009

Lelaki Tak Boleh Berpakaian Kuning Merah

Bismillah

Wassalamualakum

Al-Jawab:

Pakaian berwarna kuning

Dalil yang menegahnya:

رأى رسول الله صلى الله عليه وسلم علي ثوبين معصفرين . فقال ( إن هذه من ثياب الكفار ، فلا تلبسها ) .
الراوي: عبدالله بن عمرو بن العاص المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 2077
خلاصة الدرجة: صحيح

riwayat lain:

رأى النبي صلى الله عليه وسلم علي ثوبين معصفرين . فقال ( أأمك أمرتك بهذا ؟ ) قلت : أغسلهما . قال ( بل أحرقهما ) .

Dari Abdullah putra 'Amru bin al-'Asy ra, bahawa bagimnda telah bersabda," Nabi S.A.W pernah melihatku memakai dua helai pakaian mu'asyfar (yg dicelup dgn dye berwarna kuning), lalu baginda bersabda, "Ini adalah pakaian orang kafir, maka janganlah kamu memakainya."

Fiqh al-Hadith: kata syaikh al-Islam Ibn Taymiyah, pakaian mu'asyfar (yg dicelup dgn pewarna kuning) di masa itu adalah pakaian yg identik dgn non-muslim (al-Albani, tasyabuh)

Manakala matan kedua hadith Abdullah ialah:
Nabi bertanya, "apakah ibumu yg menyuruh kamu memakai pakaian tersebut? Maka aku menjawab," apakah saya perlu mencucinya (menanggalkan warnanya)?" Nabi bersabda, "Baik bakar ajelah"

Keduanya dikeluarkan oleh Imam Muslim.

Hadith kedua ini lebih tegas dan keras, di mana Nabi menyuruh pakaian mu'asyfar berwarna kuning itu di bakar lebih baik...

Perbahasan fuqaha': Ia masalah khilafiyah

Jumhur (Maliki, syafi'iy dan Hanafi) berkata hukumnya dilarang jika dicelup dgn sengaja, jika asalnya sudah kuning, maka tidak apa-apaan..

Ibn Umar mengatakan hukumnya makruh

Sebahagian yg lain mengatakan, larangan itu cuma khusus utk para jama'ah Haji sahaja. (syarah Muslim oleh al-Nawawi, 14:54)

Pendapat yang rajih: Pendapat para Muhaqqiq spt Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, al-Albani dan fuqaha' bermanhaj sunnah kerana menngambil maksud hadith secara zahir, yakni ia menyerupai pakaian non-muslim dan ia pakaian perempuan atau feminity. Demikian penegasan Adnan Tarsyah, Maadzaa Yuhibbu an-Nabi S.A.W dan syaikh Abu Ubaydah Mashurah mhamud bin Salman, Koreksi Total Ritual Solat, PT Pustaka azzam


2. Pakaian berwarna merah Grrr

Dalil yg menjadi perbahasan panjang ialah yang ini:

ما رأيت من ذي لمة في حلة حمراء أحسن من رسول الله
الراوي: البراء بن عازب المحدث: الألباني - المصدر: الشمائل المحمدية - الصفحة أو الرقم: 3
خلاصة الدرجة: صحيح

"Dari al-Barra' bin 'Aazib ra: Tidak pernah aku lihat seseorang yg lebih kacak bila dia mengenakan pakaian berwarna merah." dinilai sahih oleh al-Albani ketika mentahqiq kitab syamail at-Termidzi.

Kata al-Hafidz Ibn Qayyim rh, ramai orang silap faham dgn istilah hadith, حلة حمراء di atas di mana mereka memahami sebagai pakaian merah murni atau pure red tanpa sebarang campuran dgn warna lain. Yang sebenarnya pakaian merah dalam hadith di atas ialah pakaian burdah Yaman, yakni warna asal nya ialah hitam, cuma ada dua garisan berwarna merah. Maka ia bukanlah pure red atau merah kesemuanya. Jika merah kesemuanya, maka ia dah tentu di larang. (al-Zaad, 1:139, edisi terjemahan Indon, Griya, 1:199)

Namun al-Syawkani membantah tahqiq Ibn Qayyim dgn mengatakan hadith itu kena difahami dgn bahasa arab yg standard. Hadith itu dgn jelas tidak membedzakan merah campuran dan merah murni, maka kenapa kita perlu mentakwil dgm burdah Yaman? (al-Nayl 2:92)

Pendapat yg rajih dgn menghimpunkan hujah al-Syawkani yg meluaskan dan pendapat Ibn Qayyim yg membataskan ialah:

Boleh memakai baju berwarna merah yang bercampur dgn warna lain, tapi elakkan warna merah asli atau pure red. Pakaian pure red ialah pakaian kesombongan. Demikian kata syaikh Abu Malik Kamal al-Sayyid Salim, sahih Fiqh Sunnah, 3: 25)

sekian Tamat.

0 comments:

Post a Comment