Postby hafiz85 »
bernazar tidak membuat sebarang dosa, adakah nazar tersebut terhapus apabila seseorang membuat dosa yakni melanggar nazar tersebut ataupun nazar tersebut tetap berterusan dan seseorang dianggap membuat dosa besar tiap2 hari..?
**************** JAWAPAN ******************
Postby kamin »
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan hafiz85 sekadar mana yang mampu, Insya-Allah.
Nazar anda (Aku bernazar tidak akan melakukan dosa) adalah nazar bersyarat/al-Mu'alaq, iaitu nazar yang di sangkutkan diatas sesuatu. Contohnya : Jika saya lulus peperiksaan, saya akan puasa 2 hari. Nazar tadi di sangkutkan dengan 'lulus peperiksaan'.
Jika kondisinya terjadi, maka anda hendaklah menunaikan apa yang di janjikan; iaitu membayar kifarah. Jika anda tidak memperbaharui nazar tersebut, maka tiadalah wujud nazar tersebut lagi. Lainlah kalau NIAT anda adalah 'tidak akan melakukan dosa selama-lamanya', maka berpanjanganlah nazar tersebut. Jika itu niat anda, maka eloklah dibatalkan sahaja nazar tersebut!
Disebabkan ulama' juga tidak menggalakkan melakukan nazar yang sedemikian, maka sebelum apa-apa berlaku, eloklah membatalkan sahaja nazar tersebut dengan Kafaarat Yameen / kifarat sebagaimana yang telah dijelaskan didalam thread yang lalu.
Sekian, wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Nak Tanya Ustaz, apa hukum org melakukan onani dgn org bukan muhrim dia (isteri) disebabkan isteri tidak lansung Malayan Selama 4 tahun? Sekiranya dosa apakah cara membayar kifarahnya?
Post a Comment