Halal.
walaupun landak itu dari species tikus (rodentia) tapi bukan semua species di bawah rodentia semuanya haram. Kerana dasar pengharaman ialah:
AQT 7:157 [...dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk]
Apa yg baik dan apa yg buruk itu kekadang datang dari nas (amat sedikit) dan yg selebihnya datang dari akal sihat dan adat budaya bangsa tsb.
Sejak dulukala, kaum kita makan landak dan ia bukanlah haiwan yg buruk (yakni memberi mudharat dan binatang yg kotor)
kura2 mmg tak boleh makan dalam madzhab syafi'iy kerana ia adalah haiwan dua alam (dia hidup di darat dan di dalam air sama banyak), dalam AQ dan as-Sunnah, tak ada istilah dua alam ni...
yang benar, kita tidak makan kura2 kerana ia tidak membangkitkan selera kaum kita...kita merasa jijik. itu je...
di Malaysia, kura2 memang dimakan oleh bangsa lain spt org China dan keturunan Siam.
Tenggiling atau ant-eater ni kalau kita terserempak dengannya atau kita menyentuhnya, ia secara otomatik akan bergulung. Kerana kulitnya bersisik keras, maka tujuan dia bergulung ialah sebagai protection.
Tenggiling tidak di makan oleh orang melayu, bukan kerana hukum tetapi kerana adat. Dalam hukum tak disebut apa-apa. Ini kerana kaedah menentukan halal/haram sesuatu makanan ialah banyak, antaranya perasaan jijik, dan kaedah yg paling masyhur dalam madzhab syafi'iy ialah standard makan orang arab kota. maksudnya, jika orang arab merasa jijik dgn sesuatu, maka ia dianggap haram.
"Artinya : Atau darah yang mengalir" [Al-An'Am : 145]
Sekalipun darah adalah haram, tetapi ada pengecualian yaitu hati dan limpa berdasarkan hadits Ibnu Umar di atas tadi. Demikian pula sisa-sisa darah yang menempel pada daging atau leher setelah disembelih. Semuanya itu hukumnya halal. Syaikul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan: " Pendapat yang benar, bahwa darah yang diharamkan oleh Allah adalah darah yang mengalir. Adapun sisa darah yang menempel pada daging, maka tidak ada satupun dari kalangan ulama' yang mengharamkannya". [Dinukil dari Al-Mulakhas Al-Fiqhi 2/461 oleh Syaikh Dr. Shahih Al-Fauzan]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment