Bismillah,
Assalamualaikum,
Apakah pandangan IQ mengenai pengamalan Ratib Al-Attas, sama ada secara berseorangan atau pun secara berjemaah?
Wassalamualaikum.
*****************
Maaf kerana soalan ini lewat dijawab.
Pihak IQ tidak mengeluarkan suatu pandangan khusus terhadap mana-mana amalan atau ratib atau yang seumpamanya. IQ juga tidak pernah mengenali apatah lagi mengamalkan Ratib al-Attas ini. Justeru tidak adil untuk memberikan hukuman tanpa mengetahui hakikatnya.
Apa-apa sahaja bentuk amalan yang bersandarkan petunjuk Rasul S.A.W adalah disokong manakala yang bertentangan dengannya hendaklah dibanteras.
Dalam persoalan doa, kaedah yang dipegang ialah:
1. Doa yang terbaik secara asasnya ialah doa dari al-Quran dan as-Sunnah, namun ia tidak bermakna berdoa hanya dihadkan kepada yang berasaskan al-Quran dan as-Sunnah sahaja. Ini kerana sunnah juga telah menunjukkan kepada keluasan dalam bab tersebut.
2. Oleh itu sesorang itu boleh bermunajat dan berdoa kepada Allah apa sahaja keperluannya selama mana ia tidak mengandungi dosa atau untuk memutuskan silaturrahim.
Dalam isu jampi:
1. Selama mana tiada unsur syirik atau menyanggahi syarak adalah dibenarkan.
Dalam bab wirid dan zikir:
1. Zikir yang paling afdhal selain ayat-ayat Al-Quran ialah lafaz (La ilaha illallah)
2. Kesemua zikir yang yang datang dari nabi itulah yang terbaik untuk diamalkan
3. Menetapkan kaifiat bacaan atau kadar bilangan juga fadhilat dan kelebihan satu-satu zikir mestilah bersandarkan kepada nas. Tanpa nas, dibimbangi termasuk dalam 'memandai-mandai dalam urusan agama'
Oleh itu sebarang ratib (tanpa mengira nama atau siapa pelopornya) adalah terikat dengan disipin yang ditetapkan oleh syarak. Benar atau tidak sesuatu amalan itu hanya dapat diukur dengan sejauh mana ia menepati nas-nas syarak yang sahih.
Wallahu a'lam.
_________________
ustaz Rasyid bin Idris
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam saudara. Persoalan saudara lebih baik dirujuk kepada habib2. Yakni kerana. Nas dan amalan2 yang tuan ingin lebih tahu mungkin lebih tepat sumbernya. Terima kasih kpada pihak yang menjawab juga. Diharap anda boleh bertanya terus dengan yang lebih arif tentang perihal rattib ini. Alhamdulillah..
Ratib alattas bukan sunnah Nabi SAW.
Post a Comment