***************
Kaedah yang masyhur untuk mengenali sesuatu itu perjudian atau bukan ialah:
هُوَ الذِيْ لَا يَخْلُو الدَاخِلُ فِيْهِ مِنْ أنْ يَكُوْنَ غَانِماً إنْ رَبِحَ ، أوْ غَارِماً إن خَسِرَ
Maksudnya: “(judi itu) apabila orang yang terlibat dengannya samaada menjadi orang yang menerima faedah apabila dia menang ataupun menerima kerugian jika dia kalah.”
Kesimpulannya, jika bayaran pendaftaran itu digunakan untuk habuan pemenang dalam pertandingan tersebut, maka ia termasuk di dalam perjudian.
Jika hadiah dari pihak ketiga yang menganjurkannya, maka pertandingan itu adalah harus.
wallahu a'lam.
1 comments:
Assalaam aleykom WBT.
Saya ingin mendapat komen dari Tuan ampunya blog :)
Setahu saya, sebahagian duit dari pendaftaran pertandingan memancing adalah utk (kalau x silap saya) utk pembelian hadiah, dan juga... mungkin utk keuntungan pihak pengajur (profit hasil inisiatif menganjurkan pertandingan)....
Jadi, oleh kerana sebahagian digunakan utk hadiah (habuan), jadi kiranya judi lah ye dok?
Saya masih konpius :) T kasih
Alfian
Post a Comment