Jan 17, 2009

Perkahwinan Anak Luar Nikah

salam ....

Disini ada BEberapa Soalan Yg Berkaitan Dengan Anak Haram ..

1- apakah Hukum Seorang anak Haram Mengahwini Bapanya tanpa DIa Mengetahui Bakal Suaminya itu bapanya
2- Dan Hukum Berkaitan Dengan Anak Haram Yg menikahi BapaNya Dan Ia Mengetahui bakal Suaminya adalah AyahNya

Terima KAsih

******************
Salam

Berikut jawapan Ust THTL...

--------
1. Jika anak luar nikah itu memang betul berasal dari lelaki yg kemudiannya bernikah dgn perempuan yg dizinainya dan kemudian anak itu lahir selepas 6 bulan tau lebih dari tarikh nikah, maka statusnya sama seperti anak yg lain selepas itu. Ia dianggap anaknya yg sah dan merupakan anak sulung kpd pasangan itu. Ia tidak termasuk anak luar nikah.

Yang dimaksudkan dgn anak luar nikah ialah anak yg lahir kurang dari tempoh 6 bulan selepas perkahwinan. Misalnya selepas 3 bulan kahwin, maka isterinya bersalin. Inilah maksud anak luar nikah dan menurut madzhab Syafi'iy, ia bukan muhrim, bapa tidak sah menjadi wali, dan boleh berkahwin dgn anak itu walaupun lelaki itu yg menghamilkan ibunya (di luar nikah) tapi makruh hukumnya menikahi anak zina hasil dari benihnya (alIqna' Abu Sujak Jld 3/356)

Pendapat Syafi'iyah ini dibantah oleh Pejabat Mufti Mesir (Darul Ifta' alMisriyyah), misalnya Fatwa Muhammad Abduh, 1932, Fatwa Hasan Ma'mun 1957, Fatwa Ali Jad alHaq 1981 kerana ia bercanggah dgn fitrah manusia, maka walaupun ia adalah anak zina (lahir di luar nikah) tapi boleh dinasabkan kepada ayahnya dan tidak boleh kahwin dan boleh diwalikan serta boleh mewarisi harta ayahnya. Ia juga bercanggah dgn ruh Islam yg membuka pintu taubat dan menggalakkan manusia kembali kepangkuan Islam jika tersasar. Ini adalah juga pendapat Hanafi.

2. Anak luar nikah (yang lahir kurang dari tempoh 6 bulan perkahwinan) boleh dinikahi oleh 'ayah biologinya' dgn hukum makruh menurut Fiqh Syafi'iy (ia terpakai di Malaysia sekarang) tapi dibantah oleh Rumah Fatwa Mesir dgn alasan yg kita berikan di atas. Allahu a'alam.

3 comments:

Anonymous said...

salam..
soalan
kalau anak itu lelaki boleh ke di BINkan atas nasabnya dan bagaimana prosedur yang harus kami lakukan??


terima kasih

Anonymous said...

As salam ustaz

Saya beberapa soalan...

1- Saya pernah berkata kepada isteri......

" barang 'ini' untuk awak dan barang 'itu' untuk saya ( barang merujuk kepada sesuatu barang).......

semasa diucapkan saya tidak berniat untuk menceraikannya tetapi merujuk kepada niat jika berlaku penceraian di masa akan datang itulah pembahagiannya...adalah talaq terjatuh.....barang - barang itu masih lagi diguna pakai secara bersama sehingga sekarang tetapi satu telah dibuang kerana telah rosak....

adakah hal ini termasuk dalam talak 'Takli'...........

2- Bolehkah dibatalkan lafaz talak 'Takli' jika telah diucapkan......bagaimanakah caranya?

3- Talak Kinayah akan berlaku jika mempunyai niat.....persoalannya, bilakah berlakunya niat itu, yang dikira sah sesuatu niat itu? Adakah semasa mengucapkan atau sebelumnya lafaz Kinayah? Jika tiada niat sebelumnya atau semasa mengucapkan lafaz kinayah, tetapi beberapa minit kemudianbaru timbul niat, adakah talak Kinayah dikira sah bagi keadaan itu?

4. Adakah jatuh talak jika dilafazkan didalam hati tanpa didengari oleh sesiapa pun?

5. Adakah sah rujuk semasa edah, jika lafaz rujuk juga di dalam hati sahaja?

saya mohon bantuan penjelasan ustaz

sekian, terika kasih.

Anonymous said...

saya nak bertanya...

Saya berkahwin dgn bekas isteri pada 25 Oktober 2011 ketika dia telah mengandung 2 bulan..kami berkahwin di thailand..x pernah langsung daftar kahwin di malaysia.. Atas sebab2 peribadi, saya menceraikannya pada bulan mei 2012..saya menceraikannya melalui telefon... anak kami dilahirkan cukup tempoh 6 bulan pernikahan.. masalahnya sekarang saya x mahu mendaftar perkahwinan dan penceraian di malaysia walaupun bekas isteri memaksa saya berbuat sedemikian.. adakah saya dikira bersalah disisi undang2 negara dan apakah hukuman yang akan saya terima.

Post a Comment