Jan 14, 2009

Khunsa

Assalamualaikum!
Harap Ustaz dapat bantu saya. Saya baru mendapat tahu seorang rakan saya yang mula cenderung kepada agama merupakan seorang khunsa. Dia lebih cenderung kepada ciri seorang lelaki seperti berpakaian, berjanggut dan sebagainya. Walaupun begitu setiap bulan darah haid keluar melalui kemaluannya seperti biasa. Bagaimana dengan masalah solah, iktikaf dll. Wassalam
-----

Salam

Khuntha atau mukhannath: Insan yang mempunyai 2 jantina (kemaluan).

Syeikh Muhammad Ali Hanooti (Islam Online) menyebut kedudukan khunsa dlm ibadat ditentukan oleh keaktifan jantinanya atau yang mana berfungsi. Sekiranya jantina kelakiannya (berfungsi) lebih kuat, maka hendaklah ia menjalani ibadah sebagai seorang lelaki. Sekiranya kecenderungannya terhadap wanita lebih kuat (kelaminnya), maka hendaklah ia mengikuti ibadah sebagai seorang wanita. Ini hendaklah mendapat pengiktirafan dari segi sudut perubatan.

Disebut dlm hadith Abu Dawood riwayat dari Aisyah dimana seorang mukhannath telah keluar masuk rumah isteri2 nabi. Pada mulanya mereka menganggap ia sebagai wanita tetapi bila terdapat tanda2 (lipatan pada perut) kelakian, maka Nabi S.A.W menyuruh para isterinya berhijab pada mukhannath itu.

Wallahua'lam.

3 comments:

Anonymous said...

salam..
di mana kita boleh mendapatkan rujukan buku mengenai khunsa..saya amat2 memerlukannya untuk membuat rujukan tesis..harap dapat bantu..terima kasih..

nabella said...

salam. . khunsa mmg ad haid erk?

org yg mncari jwpan said...

salam..sy xtau smada sy seorg khunsa @ tidak..ciri2 fizikal mmg kpada prempuan dan dtg haid,ttp dri kecil smp skrag,perasaan sy n perwatakn sy byk kpd seorg lelaki..ad bulu tmbuh dmuka seakn2 ad jmbg ttp tdk lebat n ad sdikit bulu jaggut dbwh mulut.sy suka brg2 lelaki dan yg pling keliru,sy suke apbila mlihat prempuan..dlm erti sy suke kpd prmpuan..hrp dpt bantu sy yg msih mncari jawpan..

Post a Comment