Jan 16, 2009

Haid Dan Istihadah

assalamualaikum...

1..boleh tak saudara jelaskan bila kah tempoh yg dikatakan seorang wanita itu dikatakan benar2 telah suci drpd haid..?

2..andaikata tempoh suci seorang wanita itu... kurang drpd 15 hari.. dan kemudian dia telah didatangi semula darah berwarna merah seakan2 darah haid.. adakah itu dikira istihadah? dan jika benar ianya istihadah... bagaimana kah utk mengira tempoh istihadahnya telah tamat... seandainya darah itu sentiasa keluar secara berterusan.... tanpa henti...

3..apakah perkara2 yg boleh dilakukan dan perkara yg dilarang oleh seorang wanita yg istihadah...?


princess capricorn
_________________
1.Para ulama berbeda pendapat dalam hal lamanya haid atau ukuran waktu keluarnya haid. Menurut Imam Mundzir, sekelompok ulama berpendapat bahawa haid tidak mempunyai batasan waktu minima ataupun maksima. Dengan demikian bila saja seorang wanita datang haid maka berlaku baginya hukum haid dan bila saja ia suci maka lepaslah dia dari hukum-hukum haid itu. Jadi apa yang anda alami ini adalah darah haid sedangkan darah istihadah atau darah penyakit adalah darah wanita yang keluar terus menerus tanpa henti kalaupun berhenti hanya sebentar. Untuk lebih jelas anda dicadangkan membaca buku tentang haid dan istihadah ini, kerana pembahasan dua darah ini agak panjang.

2.bagi madhhab Asy-Syafii tempoh haid yang paling kurang bagi seseorang perempuan ialah sehari semalam, paling sederhananya ialah tujuh hari tujuh malam dan tempoh paling lama sekali ialah lima belas hari. Darah yang keluar selepas itu tidak lagi dikira sebagai darah haid sebaliknya dikira sebagai darah istihadah atau darah penyakit.

ada juga dikalangan ulamak kebelakangan ini yang membezakan antara darah haid dengan darah yang bukan haid melalui rupa dan warna darah itu sendiri, sebagaimana yang dinakalkan oleh Sayyid Sabid dalam kitabnya Fikih As-Sunnah. Dalam situasi seseorang itu di datangi haid sebanyak dua kali sebulan, jika wanita tersebut dapat membezakan antara warna darah haid dengan dengan warna darah istihadah, hendaklah ia beramal dengan kemampuannya membezakan antara kedua warna ini.

jika ia tidak dapat mengeceam antara keduanya hendaklah ia mengikut bilangan hari yang paling panjang apabila seseorang itu didatangi haid iaitu selama 15 hari 15 malam. Dengan lain perkataan jika haidnya yang pertama kali datang ialah mencukupi tempoh haid yang paling panjang dalam madhhab Syafi'i iaitu selama 15 hari, maka darah yang keluar buat kali kedua itu bukan darah haid sebaliknya lebih dikenali sebagai darah istihadah atau darah penyakit.

yang terlibat dikehendaki bersuci, kemudian menyumbat alat kelaminnya dengan tuala pelekat seterusnya bersegera mengambil wuduk untuk menunaikan solat. Kesemua ini dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat.

12 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya muskil... swaktu datang haid ataupn nifas boleh kh becukur??? begunting rmbut???potong kuku???

aizuddin said...

Pernah dijawab oleh Ustaz THTL begini:

Hukumnya boleh. Begitulah kata allamah Sayyid Sabiq Mantan Rektor alAzhar dalam kitabnya Fiqh sunnah (1/100, cetakan Darul Fath, Cairo, edisi tahqeeq)

Sayyid Sabiq menggunakan hadis alBukhari dari Atha' (hadis mu'allaq*)
Dari Atha': " Orang junub itu boleh berbekam, memotong kuku dan rambut tanpa perlu berwudhu' terlebih dahulu." (Imam Ibn Hajar Asqolani, alFath 1/466)

JUga dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dalam alMusanif dari jalur Ibn Juraij.

* Mu'allaq = hadis tergantung kerana terputusnya dari awal sanad seorang atau lebih perawinya.

Hadis Mu'allaq alBukhari perlu dibuat kajian lanjut kerana kemungkinan sanadnya ada dalam hadis lain.

Anonymous said...

salam..sy wanita yg mengalami darah istihadah..sy ingin bertanya..jika seseorang wanita itu mengalami darah istihadah..boleh kah wanita tersebut bersolat jemaah..jika boleh..bagaimanakah caranya??

Anonymous said...

Assalamualaikum...
saya nak tnya...
apa beza air mazi,air mani dan keputihan?
bagaimana mahu membezakannya?

Anonymous said...

apakah boleh berhubungan ketika istihadah?

Anonymous said...

assalamualaikum.. nak tny, kalau kelaur drh seminggu selepas haid, adakah itu dikira haid?

ifeh said...

ustadz,haid saya g lancar 4 hari keluar darah 2 hari saya tdk keluar darah,saya ragu mknya 2 hari tu saya suci dan ikut sholat serta puasa,,,,,setelah saya shlat and puasa,darahy itu keluar lagi ustadz,gmn hukum shlt and puasa saya sah atau tidak?

Anonymous said...

Salam ustaz, saya tidak pernah didatangi darah istihadhah sebelum ini tetapi akhir2 ini bermula dari bulan Ramadhan, saya didatangi darah istihadhah yang menyerupai sifat darah haid. Saya berasa agak confuse dan meninggalkan ibadat pada hari yang ke9 hingga 15 kerana menyangka ia adalah darah haid namun ia tidak putus-putus dan saya mula menjalankan ibadat seperti biasa. Namun begitu, saya masih was-was kerana ia bukan berterusan tetapi berhenti selama dua tiga hari dan kemudian datang pula dan ciri-cirinya amat menyerupai darah haid. Mohon pendapat ustaz, terima kasih

o.belivious said...
This comment has been removed by the author.
o.belivious said...

Assalamualaikum ustaz. Saya nak tnya bagaimama oramg yamg istihadah melakukan solat jemaah adakah dngan membuat saf baru atau sambung je dengan jemaah wanita yang lain dan bagaimana hendak membaca al quran? Adakah dia boleh mnyentuh quran atau tidak? Klu hendak solat sunat. Adakah dia kena ambil wudhuk setiap kali sebelum solat sunat? Mohon ustaz jelaskan

o.belivious said...
This comment has been removed by the author.
o.belivious said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment