Salam
Minta jasa baik ahli panel yg arif huraikan permasalahan yg saya dapat dr satu kuliah....
Ada ustaz nie kata...masalah jika imam solat menggunakan microphone kecik yg terlekat kat kolar baju tu terkena najis kat wayar dia yg panjang tu....
1) kalo wayar tu terkena najis kat wayar yg tak bergerak sekali dengan pergerakan solat spt rukuk dan sbgnya....tak dikira batal solatnya....
2) Dan kalo wayar yg terkena najis tersebut bergerak sekali dengan pergerakan solatnya....maka batal solatnya...disebabkan ia memakai pakaian yg najis....
Adakah hukum ini tepat dan berdasarkan dalil yg kuat???
mintak jasa baik panel perincikan permasalah ini.... Yellow Rolleyes
----------
Wassalam
Jawab:
Soalan ni termasuk soalan2 yg diklaskan mengada-adakan sesuatu masalah fiqih sahaja. Tapi ana rasa ia direkacipta oleh penceramah utk membawa contoh bagaimana najis yg ditanggung dan najis yang tidak ditanggung. (Accountable najis or Unaccountable najis) Maka najis yg bergerak bersama dengan si fulan itu dianggp najis beliau dan najis yg tidak bergerak bersama dengan si fulan itu bukan najisnya.
Komen:
Kami anggap ini adalah perbahasan2 yang berjela-jela dan mendalami sesuatu hukum yang mana tiada contoh dari Nabi SAW. Tidak ada dalam Islam huraian dan rincian sampai membahaskan tali mikrofon yang bernajis.. Mengikut kaedah Umar alKhattab ra, ini soalan2 yg tidak perlu dijawab. Dr Qardhawi dalam muqaddimah Fatawa Mu'asirat menegah kita mendetailkan perbahasan fiqih hingga terlalu detail dan akan menyusahkan kita sedangkan syari'at itu turun utk memberi kemudahan.
sekian
Wallahu A'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
saya ingin berkongsi pendapat dengan saudara yang bertanya dan ustaz yang menjawab...masalah mikrofon yang tekena najis boleh membatalkan solat jika dipakai semasa solat kerana kias dengan anjing yang
bertali di ikat atau terikat pada orang bersolat...hukumnya batal solat...sila rujuk kitab fathul muin. mohon penjelasan ustaz !
Post a Comment