jatuh tak talaq jika dlm keadaan tersgt MARAH......
Jawab:
g@y@t
Salam
Soalan anda agak umum kerana tidak menjelaskan keadaan marah tersebut. Adakah marah itu disusuli dgn kata2 yang membolehkan jatuh talak atau sekadar kata2 yg boleh dikiaskan kepada jatuhnya talak. Namun begitu kami akan menjawab persoalan saudara sebaik mungkin.
Talak jatuh dgn dua jalan:
1) lafaz sarih (jelas dan nyata) yg tidak perlu niat.
Contoh: "Minah, mulai sa'at ini aku talakkan engkau dgn talak satu." Atau "Minah, engkau telah aku ceraikan."
2) lafaz kinayah atau sindiran memerlukan niat.
Contoh: " keluar engkau dari rumah ini"; " engkau tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan aku." "buat sementara waktu lebih baik kita berpisah saja."
Berbalik kepada soal hukum lafaz talaq yg diucapkan dlm keadaan marah yg bersangatan, maka kita akan menghuraikan dari pelbagai sudut:
Mengikut jumhurul Ulama'(termasuk Syafi'iyah): lafaz talak yang diucapkan secara sarih (jelas) spt di atas (aku ceraikan dikau) dalam semua keadaan (termasuk ketika marah)di mana akal masih waras dan ia sedar apa yg diucapkan, maka lafaz itu sah. Jika lafaz talaq itu diucap dalam kemarahan tapi ia masih sedar apa yg diucapkan, maka jatuhlah Talaqnya. (Prof Dr H Mahmud Yunus, Perkahwinan dlm Islam menurut 4 Madzhab, Jakarta)
Ulasan Para Pentahqeeq: kita memilih Imam Ibn Qayyim al-Jauziah (Ighatsah alLahafan:14), di mana Imam Ibn Qayyim memecahkan isu marah (ketika talaq) kepada tiga kategori:
a. Kemarahan yg biasa yg mana ia langsung tidak merubah akal dan ia sedar sepenuhnya kepada setiap patah perkataan yg diucapkannya, maka talaq jatuh tanpa khilaf lagi.
b. Kemarahan yg sederhana yang belum sampai kepuncak, yang mana akal antara masih dikawal atau dikuasai oleh nafsu ammarah, dari dalil-dalil syara', Talak dalam keadaan ini juga tidak sah.
c. Marah yg maksima yg boleh menghilangkan akal dan pertimbangan manusia, maka ia bertepatan dgn pendapat jumhur, talak yg dilafazkan dlm situasi begini tidak sah.
Dalil: untuk b dan c ialah: HR Abu Daud, Ibn Majah dan alHakim (sahih menurut syurut Muslim) dari Aisyah ra:" Tiada talaq dan tiada cerai ketika marah."
Pentahqeeq yg bersependapat dgn Imam Ibn Qayyim ialah gurunya Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani (Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam), Imam Ibn Abidin, Hasyiah Ibn Abidin, Jld 2; Syaikhul Azhar Syaikh Mahmood Syaltut, Fatawa Islamiyah.
Manakala rungutan, gurisan hati tanpa niat tidaklah menjatuhkan talaq. Dalil: HR Syaikhan dari Abu HUurairah ra," Dima'afkan Allah atas umatku selama mana yg terguris-guris dalam hati itu belum dinyatakan atau belum dilakukan." Allahu a'alam
[color=red]Jawapan disusun dan diedit dari SJ yang pernah dijawab oleh Ahli Panel Fiqh Al-Ahkam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
215 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 215 of 215 Newer› Newest»Sy bekerja di luar negeri bilo tiket terlepas ker terlewat ker suami saya call marah marah dan mengatakan supaya saya balik hari ni kalau x balik tinggal Kat sana x payah balik.. Mcmmana tu
Salam Admin...nk kepastian...adalahk jatuh talak bila berkata " AKU NAK CERAI DGN KAU"...mohon kepastian...Terima Kasih
Assalamualaikum ustad.. saya dgn suami bertengkar awl pagi saat itu saya kejut kan dia untuk pergi kerja & dia x mau pergi, sbb bnyak kali dia x kerja jadi saya pun bising" & saat itu dia bangun dari tidur banting pintu & lain" dgn keadaan hati yg marah tanpa sngja saya mintak cerai dgn dia... dia pun dgn keadaan marah trus bagi saya talak 3 sekaligus. Tapi suami masih cyng & tak mau pisah.. mohon pnjlsanya ustad..
Klu suami ckp klu aku susah kn kau,kau tk pyh hidup ngn aku.jatuh talak tk?
Kalau suami ckp 'aku tak nak kau, jom aku anta kau g uma bpak kau' dalam keadaan marah. Adakah jtuh talak?
Kalau suami ckp. . Aku tkde isteri mcm ko ni
Isteri hantar sms.. berkata klu orng tanya nak jawab apa... Suami balas sms..bagi tau je kita dah bercerai... Tapi suami blm ada lafaz apa2..waktu suami sms isteri..suami dalam keadaan marah... Jatuh ka talak klu begitu admin
Admin nak tnya adakah sah cerai bila suami isteri tgah bgduh di wsapp Dan si suami mgatakan "aku ceraikan kw" dalam keadaan yg sngat marah ,tpy ucapan ituu di katakan di dlm wsapp
Kalau kawan suami tanya pada suami'kau nak lagi tak bini kau ni'then suami jawab'taknak dah'.. Jatuh talak ke
Assalmualaikum maaf saya nak bertanya jika suami send pesanan melalui wsap mengatakan Aku cerai Kan kau talak 1 Dalam keadaan pemgambilan dadah adakah dah talak tersebut Mohon pencerahan cepat ..
Salam admin...Saya nak tanya...Ketika suami isteri bergaduh dan si suami berkata pada isteri "lebih baik cerai" Adakah jatuh talak??
Adakah jatuh talak 3 bagi ucapan " aku talak kau dengan talak 3 " dalam keadaan di paksa dan marah?
Salam admin. Adakah jatuk talak 3 dgn lafaz "aku talak kau dengab talak 3" dlm keadaan yg memaksa dan marah
Assalammualaikum..adakah sudah jatuh talak sekiranya suami berkata "kita cerai"
Kalau suami jata bergini. Kita cerai jela, kau balik rumah mak kau,cerai lagi bagus. Jatuh cerai tak
Post a Comment