Feb 21, 2009

Larangan Membuat Dan Menggantung Gambar

Berkenaan dengan larangan membuat atau menggantung (menayangkan) gambar-gambar dari lukisan atau yang seumpamanya adalah dapat diperhatikan dengan baik daripada banyak hadis-hadis Rasulullah shallahu 'alaihi wa sallam (s.a.w.) yang sahih. Berikut dibawakan sebahagian daripadanya berserta beberapa fatwa ulama berkenaan dengannya.

Ancaman Kepada Pembuat/Pelukis Gambar:

Orang yang paling mendapat siksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis/pengukir). (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)

Daripada ‘Aun bin Abu Juhaifa, Ayahnya menyatakan, “Nabi melarang mengambil duit jual beli anjing dan darah, melarang kerja-kerja membuat tatoo dan mentatoo diri, melarang menerima atau memberi riba, dan juga mencela pembuat gambar”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 299)

Daripada ‘Aisyah dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah melihat ia, dia berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah berkata, “Pembuat gambar ini akan di-azab pada hari kiamat.” Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)

Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Aku mendengar Muhammad berkata, “Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)

Gambar Yang Dilarang Adalah Gambar Berupa Makhluk Bernyawa:

... Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)

Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)

Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Yang Mengandungi (Menayangkan/Memaparkan) Gambar

Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)

Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)

Aisyah menyatakan bahawa Jibril (‘alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah (s.a.w.) untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, “Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim dan Mariam. Kemudiannya beliau berkata, “Benda apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar; termasuklah gambar (nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan meramal dengan anak panah?”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)

Daripada Aisyah, Nabi menyatakan: “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)

Dalam hadis yang lain, patung/boneka juga menjadi faktor bahawa malaikat tidak memasuki rumah,

Dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, “Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) berkata: “Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan, no. 5250)

Perkataan Para Ulama Berkenaan Gambar

Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Atsqalani mengatakan:

Kata al-Khaththabi: dan gambar yang menghalangi masuknya malaikat ke dalam rumah adalah gambar yang padanya terpenuhi hal-hal yang haram, yakni gambar-gambar berupa makhluk yang bernyawa, yang tidak terpotong kepalanya atau tidak dihinakan. Dan bahawasanya dosa tukang gambar itu besar kerana gambar-gambar itu ada yang di-ibadahi selain ALLAH, selain itu gambar tersebut mudah menimbulkan fitnah (bahaya) bagi yang memandangnya (gambar wanita, tokoh, ulama).” (Dinukil dari Majalah Salafy, Edisi V/Zulhijjah/1416/1996. Judul asli - Fatwa Ulama tentang Hukum Gambar, oleh Syaikh Abdullah Bin Abdul Aziz bin Baz, mufti Saudi Arabia)

Imam an-Nawawi mengatakan dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim:

Sahabat kami dan para Ulama selain mereka mengatakan bahawa haramnya membuat gambar haiwan adalah sekeras-keras pengharamaan. Ini termasuk dosa besar kerana ancamannya juga amat besar, sama saja apakah ia dibuat untuk dihinakan atau tidak. Bahkan membuatnya jelas sekali haram kerana meniru ciptaan ALLAH. Sama saja apakah itu dilukis pada pakaian, permadani, mata wang, bejana, dinding atau lainnya. Adapun menggambar pepohonan dan sesuatu yang tidak bernyawa, tidak mengapa. Inilah hakikat hukum membuat gambar. Sedangkan gambar makhluk bernyawa, jika digantung/ditampal di dinding, di serban dan tindakan yang tidak termasuk menghinakannya, maka jelas hal itu terlarang. Sebaliknya bila dibentangkan dan dipijak sebagai alas kaki atau sebagai sandaran (setelah dipotong kepalanya, ed.) maka tidaklah haram dan tidak ada bezanya adakah gambar yang tersebut berjasad (mempunyai bayangan atau 3 dimensi) atau tidak. Ini adalah kesimpulan mazhab kami dalam masalah ini yang semakna dengan perkataan jumhur Ulama dari kalangan para Sahabat, Tabi’in, dan orang yang sesudah mereka (Tabi’ut Tabi’in). Ini juga pendapat Imam ats-Tsauri, Malik Bin Anas dan Abu Hanifah serta ulama lainnya.

Pertikaian Dan Pencerahan

Dari Aisyah Radiyallahu ‘anha (r.anha) ia berkata:

Saya biasa bermain boneka (anak patung) di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wasalam dan saya mempunyai beberapa orang teman yang bermain bersama saya. Maka jika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam masuk, mereka menutupinya dari beliau lalu berjalan sembunyi-sembunyi dan bermain bersama saya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab al-Adab Bab al-Inbisaath ilaa an-Naas, Fath 10/526 dan Muslim kitab Fadhail ash-Shahabah Bab fii Fadhail Aisyah, an-Nawawi, 15/203 dan 204)

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari tentang hadis ini, “Hadis ini dijadikan dalil bolehnya boneka dan mainan untuk bermain (mendidik) anak perempuan, dan sebagai pengkhususan dari keumuman larangan mengambil gambar. Iyadl juga menetapkan yang demikian dan ia menukil dari jumhur, bahawasanya mereka membolehkan boneka atau mainan ini untuk melatih dan mendidik anak-anak perempuan agar mengenal bagaimana mengatur rumah-tangga dan merawat anak-anak nantinya. Dan sebahagian ulama menyatakan hadis ini telah mansukh (telah dibatalkan). Ibnu Bathal cenderung pada pendapat ini dan ia menceritakan dari Abi Zaid dari Malik. Tetapi dari sini pula ad-Daudy merajihkan bahawa hadis Aisyah (di atas) mansukh. Sedang Ibnu Hibban dan Nasa’i membolehkan namun tidak membatasi untuk anak-anak kecil walaupun padanya ada perbincangan.

Al-Baihaqi mengatakan setelah mentakhrij hadis-hadis tersebut: Telah tsabit (tetap) larangan tentang mengambil gambar. Maka kemungkinan rukhsah bagi Aisyah terjadi sebelum datangnya pengharaman. Ibnul Jauzi menetapkan yang demikian juga, sehingga beliau berkata: “Dan Abu Dawud dan an-Nasa’i dari sisi lain dari Aisyah (ia berkata): Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam datang dari perang Tabuk (Khaibar) {lalu menyebut hadis beliau mengoyakkan tirai yang tergantung di pintunya} Kemudian Aisyah melanjutkan, lalu beliau menyingkap sisi tirai di atas mainan Aisyah dan Beliau bersabda: “Apa ini hai Aisyah?”. Saya menjawab:”Boneka perempuan saya”. Beliau melihat kuda-kudaan bersayap yang dalam keadaan terikat, lalu bersabda: “Apakah ini?” Saya katakan: “Kuda bersayap dua. Tidakkah Anda mendengar bahawa Sulaiman 'alaihis salam mempunyai kuda yang bersayap? Beliau pun tertawa.”.

Al-Khathabi berkata: Dalam hadis ini menunjukkan mainan untuk anak-anak perempuan tidaklah seperti semua gambar yang datang ancaman, hanya saja beliau memberikan keringanan bagi Aisyah kerana pada waktu itu Aisyah belum dewasa.”

Al-Hafiz berkata: Penetapan dengan dalil ini ada perbincangan, akan tetapi kemungkinannya adalah kerana Aisyah waktu peristiwa perang Khaibar berusia 14 tahun dan waktu peristiwa perang Tabuk sudah baligh. Dengan demikian, ini menguatkan riwayat yang mengatakan hal itu terjadi pada peristiwa Khaibar dan mengumpulkannya dengan pendapat al-Khathabi.

Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Bazz, “Oleh kerana itu, jika hal ini telah difahami, maka meninggalkan gambar-gambar (boneka) itu adalah lebih selamat kerana padanya ada perkara yang meragukan. Mungkin penetapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam bagi Aisyah itu sebelum munculnya perintah beliau untuk menghapus gambar-gambar. Dengan begitu hadis Aisyah ini menjadi mansukh dengan datangnya larangan dan perintah penghapusan gambar itu, kecuali yang terpotong kepalanya atau dihinakan, sebagaimana mazhab al-Baihaqi, Ibnul Jauzi dan Ibnu Bathal. Dan mungkin juga ini dikhususkan dari pelarangan itu (sebagaimana pendapat jumhur) untuk kemaslahatan pendidikan. Ini kerana permainan itu merupakan bentuk penghinaan atas gambar (boneka). Jadi, dengan kemungkinan ini maka lebih baik untuk meninggalkannya, sebagaimana pengamalan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam dari al-Hasan bin Ali bin Abu Thalib Radiyallahu ‘anhu (r.a):

Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada yang tidak meragukanmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, 1/200. Disahihkan oleh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Musnad, 3/169. ath-Thayalisi, m.s. 163, no. 1178 dan al-Albani mensahihkannya dalam Jamius Shaghir, no. 3372 dan 3373)

Demikian juga dalam hadis berikut ini dari Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu secara marfu’,

Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya ada perkara-perkara syubhat yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka siapa yang menjaga diri dari syubhat, maka dia telah membersihkan Dien (agama) dan kehormatannya. Dan barang siapa yang jatuh kepada yang haram, seperti penggembala sedang menggembalakan ternaknya di sekitar tempat yang di pagar (terlarang), hampir-hampir ia terjatuh padanya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Fatwa-fatwa Ulama Masa Ini

Fatwa Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin:

1 - Pertanyaan:
Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin ditanya,
“Apa hukum mengenakan pakaian yang mengandungi gambar?”

Jawaban:

Seseorang dilarang untuk mengenakan pakaian yang bergambar haiwan atau manusia, dan juga dilarang untuk mengenakan serban serta jubah atau yang menyerupai itu yang di dalamnya terdapat gambar haiwan atau manusia atau makhluk bernyawa lainnya. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menegaskan hal itu dengan sabdanya,

”Malaikat enggan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat lukisan.”

Maka dari itu hendaklah seseorang tidak menyimpan atau memiliki gambar berupa foto-foto yang oleh sebahagian pihak dianggap sebagai album kenangan, maka wajib baginya untuk menanggalkan foto-foto tersebut, sama ada yang digantungkan di dinding, ataupun yang disimpan dalam album dan seumpamanya. Kerana keberadaan benda-benda tersebut menyebabkan malaikat enggan memasuki rumah mereka. Hadis yang menunjukkan hal itu adalah hadis yang sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Wallahu a’lam. (Rujuk: Ibn Utsaimin, al-Majmu ‘ats-Tsamin, hal. 199)

2 - Pertanyaan:
Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin ditanya,
“Dengan segala hormatnya saya memohon penjelasan anda tentang hukum membuat gambar, sama ada dengan menggunakan tangan (melukis) atau dengan alat pembuat gambar (kamera), apa hukum menggantung gambar di atas dinding, dan apa hukum memiliki gambar hanya sekadar dijadikan sebagai kenangan?”

Jawaban:

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam disampaikan kepada junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam serta para sahabatnya.Melukis dengan tangan adalah perbuatan yang diharamkan, bahkan melukis adalah termasuk salah satu dosa besar, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat para pembuat gambar (pelukis), sedangkan laknat tidak akan ditunjukan kecuali terhadap suatu dosa besar, sama ada yang digambar untuk tujuan mengungkapkan keindahan, atau yang dilukiskan (dijadikan gambar) sebagai model (bahan bantuan, ed.) bagi para pelajar, atau untuk hal-hal lainnya, maka hal itu adalah haram.

Tetapi bila seseorang melukiskan (menjadikan gambar) dari bahagian tubuh, seperti tangan saja, maka hal itu diperbolehkan. Adapun mengambil gambar dengan menggunakan alat fotografi, maka hal itu diperbolehkan kerana tidak termasuk pada perbuatan melukis. Yang menjadi pertanyaan adalah: Apa maksud dari pengambilan gambar tersebut? Jika pengambilan gambar (pemotretan) itu adalah yang dimaksudkan agar dimiliki oleh seseorang meskipun hanya dijadikan sebagai kenangan, maka pengambilan gambar tersebut hukumnya menjadi haram, hal itu dikeranakan segala macam sarana bergantung dari tujuan untuk apa sarana tersebut dipergunakan, sedangkan memiliki gambar hukumnya adalah haram. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan bahawa malaikat enggan memasuki rumah yang ada gambar di dalamnya, di mana hal itu menunjukkan kepada haramnya memiliki dan meletakkan gambar di dalam rumah.

Adapun menggantungkan gambar atau foto di atas dinding adalah haram hukumnya sehingga tidak diperbolehkan untuk menggantungnya meskipun sekadar untuk kenangan, kerana malaikat enggan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar. (Rujukan: Fatwa-Fatwa Sheikh Ibn Utsaimin yang beliau tanda tangani, disalin dari kitab al-Fatawa asy-Syar’iyyah Fi al-Masa’il al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama al-Balad al-Haram, Edisi Indonesia “Fatwa-Fatwa Terkini-3”, Penyusun Khalid al-Juraisy, Penerjemah Amir Hamzah, Penerbit Darul Haq)

3 - Pertanyaan:
Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin ditanya,
“Apa hukum memakaikan baju pada anak-anak yang ada gambar bernyawa?”
Jawaban:

Ahlul Ilmi (para ulama) menetapkan hukumnya haram memakaikan pakaian pada anak kecil yang dikenakan (dipakaikan) oleh orang dewasa. Pakaian yang bergambar hidup haram dipakai orang dewasa, demikian juga hukumnya tidak boleh dipakaikan untuk anak-anak. Dan memang demikian hukumnya. Sepatutnya kaum muslimin memboikot model/fesyen pakaian yang seperti ini agar orang-orang yang berniat jahat dan rosak tidak menyusup masuk kepada kita melalui sudut-sudut ini. Kalau benar-benar diboikot maka mereka tidak akan menemukan saluran untuk memasuki ke negeri kita. (Majmu’ Fatawa wa Rasa’il, 3/158)

Fatwa Sheikh Abdul Aziz bin Bazz

1 – Pertanyaan:
Sheikh Abdul Aziz bin Baz ditanya,
“Apa hukum menggantung lukisan di rumah dan tempat-tempat lainnya”?
Jawaban:

Hukumnya adalah haram jika gambar tersebut adalah gambar makhluk bernyawa, sama ada manusia atau selainnya... (Rujukan: Ibn Baz, Kitab ad-Da’wah, hal. 19-20. Disalin dari buku al-Fatawa asy-Syar’iyyah fi al-Masa’il al-Ashriyyah min Fatawa Ulama al-Balad al-Haram, Edisi Indonesia - Fatwa-Fatwa Terkini-3, Terbitan Darul Haq)

2 - Pertanyaan:
Sheikh Abdul Aziz bin Baz ditanya,
“Apa hukumnya menyimpan patung di rumah sekadar untuk hiasan dan bukan untuk disembah?”

Jawaban:

Seorang muslim tidak diperbolehkan untuk menggantung gambar atau pun menghiasi rumahnya dengan hai wan yang diawetkan, sama ada diletakkan di atas meja ataupun kursi, hal itu disebabkan keumuman hadis dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menjelaskan tentang haramnya menggantung gambar dan meletakkan patung di dalam rumah atau tempat-tempat lainnya. Kerana benda-benda tersebut merupakan sarana untuk berlaku syirik kepada Allah, dan dalam hal-hal yang demikian terdapat penyerupaan terhadap makhluk ciptaan Allah dan perbuatan tersebut sama seperti perbuatan menentang Allah.

Adapun perbuatan menyimpan haiwan yang diawetkan adalah perbuatan yang merosakkan, padahal syari’at Islam yang sempurna diturunkan untuk membersihkan segala macam perantara (tawassul) atau sarana yang dapat membawa kepada kemusyrikan dan kesesatan. Hal yang demikian pernah terjadi pada kaum Nuh di mana mereka melakukan kemusyrikan disebabkan lukisan yang menggambarkan lima orang sholeh pada masa mereka. Kaum Nuh memasang/meletakkan lukisan tersebut di majlis-majlis, sebagaimana yang Allah terangkan dalam al-Qur’an dengan firman-Nya,

”Dan mereka berkata, Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr’. Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia).” (Surah Nuh: 23-24)

Maka, kita harus bersikap berhati-hati terhadap penyerupaan orang-orang dalam perbuatan mereka yang mungkar yang dapat menjerumuskan kita kepada kemusyrikan.Dalam sebuah hadis sahih dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu.

“Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk, dan jangan pula meninggalkan kuburan yang menjulang tinggi (membukit) kecuali engkau meratakannya.” (Hadis Riwayat Muslim dalam al-Jana’iz, no. 969)

Dalam hadis lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Orang yang paling mendapat siksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis).” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian, no. 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)

Banyak sekali hadis yang menerangkan tentang hal ini. Semoga Allah memberikan petunjuk. ((Rujukan: Ibn Baz, Kitab Ad-Da’wah, hal. 18-19. Disalin dari buku al-Fatawa asy-Syar’iyyah fi al-Masa’il al-Ashriyyah min Fatawa Ulama al-Balad al-Haram, Edisi Indonesia - Fatwa-Fatwa Terkini-3, Terbitan Darul Haq)

Lain-lain Fatwa (Dipetik/diterjemahkan dari http://fatwa-online.com/)

1 - Pertanyaan:
“Apakah hukum mengambil gambar photografi untuk keperluan atau ditayangkan?”

Jawaban:

Mengambil atau membuat gambar yang berupa dari makhluk bernyawa (sama ada manusia atau haiwan) adalah haram, kecuali bagi tujuan yang amat diperlukan/mendesak, seperti untuk dokumen kerakyatan, passport, dan pengenalan identiti penjenayah bagi tujuan menahan (menangkap/memberkas) dan sebarang apa yang seumpama dengan hal tersebut yang mana sememangnya menuntut keperluan. (Fatwa oleh: Anggota Tetap Penyelidikan Islam & Fatwa yang terdiri daripada, Sheikh 'Abdur-Razzaaq 'Afeefee, Sheikh 'Abdullaah Ibn Ghudayyaan, Sheikh 'Abdullaah Ibn Munee', dan Majlis Fatwa al-Lajnah ad-Daa’imah lil-Buhooth al-‘Ilmiyyah wal-Iftaa, Jil. 1, m/s. 660, Persoalan 3 dari fatwa no. 260)

2 – Pertanyaan:
“Apakah hukumnya memiliki/membeli majalah yang mana di dalamnya mengandungi gambar?”
Jawaban:

Memiliki/membeli majalah yang di dalamnya mengandungi gambar adalah dibenarkan jika tujuannya adalah untuk manfaat dari kandungannya yang di sana mengandungi maklumat berguna. Dan sewajarnya kepada mereka yang memiliki majalah tersebut hendaklah menghapuskan gambar-gambar yang terdapat di dalamnya. Walau bagaimanapun jika tujuan memiliki/membeli majalah tersebut adalah untuk memiliki gambar-gambar yang terdapat di dalamnya, maka untuk itu adalah tidak dibenarkan. (Fatwa oleh: Anggota Tetap Penyelidikan Islam & Fatwa yang terdiri daripada, Sheikh Abdul Aziz bin Bazz, Sheikh 'Abdur-Razzaaq 'Afeefee, Sheikh 'Abdullaah Ibn Ghudayyaan, Sheikh 'Abdullaah Ibn Munee', dan Majlis Fatwa al-Lajnah ad-Daa’imah lil-Buhooth al-‘Ilmiyyah wal-Iftaa, Jil. 1, m/s. 691, Persoalan 2 dari fatwa no. 3079)

Feb 3, 2009

Apakah itu suara hati?

Anda sedang tidur nyenyak pada suatu malam yang di musim yg dingin, menikmati kehangatan katil yang empuk, dan dibuai keseronokan mimpi indah. Tiba-tiba jam loceng anda berdering (sekarang melalui telefon bimbit) mengajak anda bangkit utk menunaikan solat subuh di mesjid.
Anda akan mendengar satu suara dari dalam jiwa anda berkata,"bangunlah utk menunaikan solat." Apabila anda mula bangun, muncul satu lagi suara," tidurlah sekejap aje lagi." Suara pertama akan berkata," solat lebih baik dari tidur." suara kedua pula membalas," Tidur lebih sedap, waktu masih panjang, tunggulah beberapa minit lagi." Begitulah kedua-dua suara saling sahut-menyahut. Itulah suara hati atau ada yg menamakan ia akal sihat, manakala penghalang adalah nafsu. Sejauh mana ia mendengar bisikan suara hati atau akal, maka sejauh itulah barometer kekuatan imannya....
[syaikh alitantawi, ksa dalam Ta'rif 'am bi Deenil Islam]

Hukum Lelaki Mengahwini Wanita Yang Berzina Dengannya

Oleh: Majlis Kajian dan fatwa Eropah

Lelaki dan wanita yang berzina apabila mereka bertaubat kepada Allah taala, dan mereka berdua hendak keluar dari perbuatan yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang keji kepada kehidupan yang bersih, maka perkahwinan mereka adalah sah dengan kesepakatan para ulama. Disamping kebanyakan para fuqaha tidak mensyaratkan taubat untuk menjadikan pernikahan mereka sah. Sepertimana yang diriwayatkan bahawasanya ‘Umar RA:

ضرب رجلاً وامرأة في الزنى، وحرص على أن يجمع بينهما

Maksudnya: “(‘Umar) Telah menyebat lelaki dan wanita yang berzina, dan dia menggalakkan untuk disatukan antara mereka berdua." (1)

Ulama yang mensyaratkan taubat adalah ulama dari mazhab al-Hambali berdasarkan firman Allah taala:

الزَّانِي لا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik,dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.” (al-Nur: 3)

Adapun persoalan iddah, apakah wajib ke atas wanita yang berzina itu terlebih dahulu melepasi iddah ataupun tidak? Dalam perkara ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama fiqh.

Yang kami pilih ialah pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi, Syafie dan al-Thauriy yang berpendapat: “Wanita yang berzina tidak ada iddah padanya. Walaupun dia hamil daripada zina. Pendapat ini diriwayatkan daripada 3 orang sahabat al-Khulafa’; Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Ali R.’anhum. mereka berdalilkan dengan hadith:

الولد للفراش، وللعاهر الحجر

Maksudnya: “Anak itu bagi sisuami (pasangan wanita) dan bagi penzina itu adalah hukuman rejam.” (al-Bukhari dan Muslim)

Ini kerana iddah itu disyariatkan untuk membersihkan rahim sebagai memelihara nasab, sedangkan zina tidak ada kaitan dengan penthabitan nasab, maka tidak diwajibkan iddah.

Maka apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang hamil daripada zina bukan dengannya, sah pernikahan itu disisi Abu Hanifah dan sahabatnya Muhammad (Hasan al-Syaibani). Akan tetapi lelaki itu tidak boleh menyetubuhi wanita tersebut sehinggalah wanita itu bersalinkan anak tersebut, berdasarkan hadith:

‏لَا يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْقِيَ مَاءَهُ زَرْعَ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki yang beriman kepada allah dan hari akhirat, memasukkan benihnya ke ladang orang lain. (yakni wanita yang hamil bukan dari benihnya” (HR Ahmad dan Abu Daud)

Ini berbeza jika wanita itu hamil dari benihnya sendiri, maka pernikahan mereka harus dengan kesepakatan ulama-ulama mazhab Hanafi, apabila harus pernikahan mereka maka harus juga persetubuhan mereka di sisi ulama-ulama mazhan Hanafi kesemuanya, kerana benih yang ada dalam kandungan wanita itu adalah benihnya dan kehamilan itu daripadanya.

--------------

[1] Daripada Abdillah Ibn Abi Yazid daripada bapanya: “Bahawasanya seorang lelaki telah mengahwini seorang perempuan, dan perempuan itu ada seorang anak perempuan yang bukan dari lelaki tersebut, manakala lelaki itu pula memiliki seorang anak lelaki yang bukan dari wanita tersebut. Lalu budak lelaki itu berzina dengan budak perempuan tersebut, lalu budak perempuan itu hamil, ketika ‘Umar datang ke Mekkah perkara tersebut diangkat kepadanya, lalu ‘Umar bertanya kepada budak lelaki dan perempuan itu, dan mereka memperakuinya, lalu ‘Umar menjatuhkan hukuman hukuman Had ke atas mereka berdua, dan ‘Umar menggalakkan supaya mereka disatukan (dikahwinkan), akan tetapi budak lelaki itu tidak mahu.” (al-Imam a l-Syafie meriwayatkan athar ini dalam Musnadnya dan di dalam al-Umm, demikian juga ‘Abd al-Razak di dalam al-Musannaf, Said ibn Mansur di dalam al-Sunan, Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra


Mengingkari Rasukan Jin

Mereka juga mengingkari merasuknya jin ke dalam tubuh manusia.

Jawab:

Hal ini (kerasukan) adalah hal yang bisa diketahui dengan panca indera, masyhur dan mutawatir dari sejak zaman dahulu. Allah Ta’ala berfirman, “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila.” (QS. Al-Baqarah: 275)

Dan Allah Ta’ala berfirman, “Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.” (QS. An-Nas: 1-5) Kenapa dia bisa membisikkan kejahatan ke dalam dadamu? Bukankah karena dia bisa mengalahkanmu dan dia bisa masuk ke dalam tubuhmu?! Nabi S.A.W bersabda:

إِنًّّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ


“Sesungguhnya setan berjalan di dalam tubuh anak Adam seperti mengalirnya darah.”

Maka semua (yang mengikuti Muktazilah, pent.) menolak semua ayat dan hadits di atas dan menjadikan akal mereka sebagai pemutus perkara.

Meminta Bantuan Jin

Apakah boleh atau tidak, meminta bantuan kepada jin dalam melaksanakan perbuatan yang mubah lagi dibolehkan dalam syariat. Perlu diketahui bahwa dalam meminta bantuan kepada jin ini tidak ada sedikitpun amalan kesyirikan atau maksiat.


Jawab:

Meminta bantuan kepada jin memberikan indikasi bahwa orang yang meminta bantuan tersebut telah terjatuh ke dalam kesyirikan, karena mereka tidak akan membantu dirinya kecuali setelah dia kafir kepada Allah Azza wa Jalla. Apakah dengan cara dia mengencingi mushaf atau shalat ke arah selain kiblat atau shalat dalam keadaan junub. Yang jelas dia pasti telah melakukan sesuatu amalan yang mengkafirkan, setelah itu baru dia (jin) akan membantunya. Jin yang mengatakan kepadamu: “Saya muslim,” maka janganlah kamu membenarkannya karena dia adalah pendusta. Betul di antara mereka ada kaum muslimin, akan tetapi untuk menetapkan keimanannya dibutuhkan dalil-dalil.

Pergi Ke Tukang Sihir Dan Dukun

Penanya berkata:

Kami khawatir ya syaikh, orang-orang awam akan pergi ke tukang sihir dan dukun-dukun?!


Jawab:

Biarkan mereka pergi dan tidak kembali lagi. Kamu sendiri, siapa yang menuntut kamu? janganlah memberat-beratkan diri, karena jiwa, kehidupan dan agamamu akan menjadi rusak karenanya. Apakah karena mereka pergi ke tukang sihir, lalu engkau segera meruqyah dan mengangkat diri sebagai peruqyah?

Ini adalah alasan yang sama yang dikemukakan oleh orang yang pertama kali meruqyah di Madinah. Dia adalah sahabat kami, salafi yang sangat baik, dia juga mengajar di masjid Nabawi. Demi Allah, dia berhasil memberikan pengaruh banyak pemuda sufiyyah di Madinah (sehingga mereka kembali kepada sunnah, pent.), dia mendatangkan pengaruh yang lebih besar daripada dai lainnya. Kemudian syaithan pun datang kepadanya. Demi Allah, -dia dahulu meminta nasehat kepadaku sebelum dia mulai (meruqyah)- karena sungguh dia adalah termasuk sahabat dekatku-.

Dia minta nasehat kepadaku dengan mengatakan, “Wahai syaikh Rabi’, saya telah mengajar fulan tentang ruqyah dan sekarang dia meruqyah dan mengambil uang (dari ruqyah) sebesar 14 ribu!!” Saya berkata kepadanya, “Saya menasehatkan engkau agar tidak masuk dalam perkara ini.” Dia berkata, “Saya khawatir manusia akan pergi ke para dukun dan tukang sihir.” Saya berkata, “Demi Allah, engkau tidak akan diminta pertanggung jawaban”. Saya katakan kepadanya, “Berbuatlah sebagaimana apa yang telah dilakukan oleh dai-dai yang berjuang di jalan Allah.”

Seperti Syaikh Abdullah Al-Qar’awi, beliau pernah datang kepada kami di suatu daerah dan kebanyakan manusia sakit di tempat tidurnya lagi tidak bisa berdiri. Apa penyebabnya? (Gangguan) jin dan semacamnya. Mereka keluar lalu mereka kerasukan jin di malam hari, di sekitar pohon-pohon, jalan-jalan dan selainnya. Sethan menguasai mereka –orang-orang yang bodoh lagi tidak memahami tauhid -. Kemudian beliau (Syaikh Al-Qar’awi) datang dan menyebarkan tauhid, tidak ada ruqyah dan tidak ada sesuatupun -semoga Allah memberkahi kalian-, sampai akhirnya semua masalah itu berakhir, seluruhnya berakhir tatkala tauhid dan ilmu telah tersebar. Tatkala ilmu dan tauhid telah tersebar, semua ini hilang dan sirna. Tapi tatkala tersebar dan merata, maka akan banyak bermunculan banyak tukang sihir, dukun, setan-setan dan seterusnya, yang mereka (tukang sihir, dukun dan setan) saling tolong menolong di dalamnya. Maka saya menasehatkan kepadanya agar dia beramal, sebagaimana amalnya orang-orang yang mengadakan perbaikan dengan berdakwah kepada tauhid dan memerangi kesyirikan dan khurafat.

Apa Makna Hadis Ruqyah Ini?

Apa makna hadits:

لاَ بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ تَكُنْ شِرْكًا

“Tidak mengapa dengan ruqyah selama tidak mengandung kesyirikan”.

Jawab:

Ya betul, tidak mengapa dengan ruqyah selama tidak mengandung kesyirikan. Ruqyah dalam perkara-perkara yang baik untuk menghilangkan dan meringankan penderitaan seseorang. Hal tersebut tidak akan terjadi kecuali jika engkau berdoa dan memohon hanya kepada Allah, kemudian membaca ayat-ayat Al-Qur’an, hadits dan doa-doa. Inilah yang dibolehkan dalam syariat Islam.

Adapun sebagian orang mereka meruqyah dengan sihir, yakni meruqyah dengan kalimat-kalimat yang di dalamnya mengandung perkara kesyirikan, demikian pula mereka meruqyah dengan kalimat-kalimat ajam (bukan bahasa Arab) yang di dalamnya mengandung kebathilan dan kesyirikan. Sementara ruqyah harus dengan bahasa Arab dan yang melakukannya harus dari kalangan orang yang bertakwa, shalih, yang tidak menyimpang dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Jika dia (orang yang meruqyah) berlama-lama dalam meruqyah dengan menambah doa-doa yang disyariatkan, maka hal ini tidak apa-apa dan diperbolehkan. Misalnya dia membaca doa ruqyah yang diajarkan oleh Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam-:


بِسْمِ اللهِ، رَبَّ النَّاسِ ! أَذْهِبِ الْبَأْسَ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا


“Dengan nama Allah, Rabb sekalian manusia, hilangkanlah petakanya dan sembuhkanlah dia. Engkaulah yang Maha Penyembuh, tidak ada yang menyembuhkan kecuali Engkau, sebuah penyembuhan yang tidak menimbulkan penyakit”.

Atau dia meruqyah dirinya dengan mengucapkan,بِسْمِ اللهِ، بِسْمِ اللهِ، بِسْمِ اللهِ.Kemudian berdoa:


“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan sesuatu yang kurasakan dan yang kutakutkan”. (sebanyak 7 kali)

Hal ini sebagaimana yang terjadi pada Utsman bin Abil Ash Ats-Tsaqafi tatkala dia mengadukan penyakitnya kepada Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam-. Maka Rasulullah mengatakan, “Letakanlah tanganmu pada tempat yang sakit dari tubuhmu dan ucapkanlah, “Dengan nama Allah” -sebanyak tiga kali-, lalu ucapkanlah, “Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan sesuatu yang kurasakan dan kuhindarkan” -sebanyak tujuh kali-.”
Maka dia pun mengucapkan doa tersebut, lalu dia sembuh dari sakitnya. Oleh karena itu, bacaan ruqyah yang paling utama adalah Al-Qur’an kemudian hadits Nabi (dalam doa-doa yang beliau ajarkan), maka pilihlah yang paling utama darinya.

Di tengah-tengah kalian ada para peruqyah. Demi Allah, saya menasehatkan kepada para salafiyyin, untuk tidak masuk dalam perkara ini dan tidak mengangkat salah seorang pun dalam hal ini (peruqyah). Syaikh Al-Albani, Ibnu Baz dan Al-Utsaimin, apakah mereka mengangkat diri mereka untuk perkara ini? Demikian pula kaum salafi dari kalangan para shahabat, tabi’in dan imam-imam yang mendapat petunjuk, semisal Imam Ahmad, Malik, Syafi’i, apakah mereka juga menasehatkan untuk perkara tersebut? Dimana (kedudukan) kalian (dari mereka)? Kami katakan: Ikutilah As-Salaf, ikutilah As-Salaf dan kami adalah salafiyyin, sangat jauh dari mengada-adakan hal semacam ini. Ruqyah adalah perkara yang dibolehkan, akan tetapi tidak dengan jalan yang bathil. Merekalah (salafiyyin) orang yang ittiba` dengan sebenar-benarnya ittiba` -semoga Allah memberkahimu-. Tinggalkanlah perkara-perkara ini yang bisa merusak dakwah dan da’inya -semoga Allah memberkahi kalian-.

Apabila seseorang datang kepadamu dan meminta ruqyah kepadamu, maka ruqyalah dia. Atau dia pergi dan mencari orang selainmu lalu dia sembuh, maka kesembuhan itu di tangan Allah. Hendaknya dia berdoa kepada Allah -Azza wa Jalla-, supaya Allah menyembuhkannya dan dia berdoa dengan doa-doa ini untuk kesembuhan bagi dirinya. Maka Allah akan menjadikan bagi dirinya jalan keluar. “Siapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan bagi dirinya jalan keluar dan akan memberikan rezki dari arah yang tidak disangka-sangka”. (QS. Ath-Thalaq: 2-3)

Bolehkah orang yang belum benar bacaan Al-Qur’annya meruqyah?

Bolehkah orang yang belum benar bacaan Al-Qur’annya meruqyah?

Jawab:

Boleh baginya untuk meruqyah jika dia merasa berat kepada hal tersebut. Akan tetapi, wajib atasmu untuk mempelajarinya (membaguskan bacaannya). Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:


الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ


“Orang yang mahir dalam membaca Al-Qur’an kelak akan bersama dengan para malaikat yang mulia lagi baik, dan orang yang membacanya dengan terbata-bata (belum lancar) serta dia merasa berat membacanya, maka dia akan menapat dua pahala”.

Terkadang seseorang tidak mampu untuk memperbaiki bacaannya, maka dia membacanya dan berusaha untuk memperbaiki bacaannya.


5. Apakah eksperimen dalam ruqyah diperbolehkan?

Jawab: Tidak ada eksperimen dalam ruqyah, hal tersebut (eksperimen) hanya ada dalam pengobatan (kedokteran) yang mana dia memang dibangun di atas hal tersebut. Adapun dalam ruqyah, maka yang terbaik adalah seorang muslim hanya terbatas dengan ruqyah yang disyariatkan. Adapun melakukan eksperimen, maka -pertama- engkau tidak mengetahui akan hal tersebut, dari mana permikiran terebut muncul di benakmu?

Bolehkah meruqyah orang kafir?

Bolehkah meruqyah orang kafir?

Jawab:

Boleh. Abu Said -radhiallahu ‘anhu- pernah meruqyah orang yang kafir, tatkala beliau dan sahabat yang lain keluar dalam suatu perjalanan dan melewati perkampungan Arab. Awalnya mereka meminta agar dijamu sebagai tamu, namun penduduk kampung tersebut enggan menjamu mereka. Selang beberapa waktu kemudian, pemimpin kaum tersebut disengat (kalajengking), maka penduduk kampung tersebut mendatangi para shahabat dan berkata, “Sesungguhnya pemimpin kaum disengat (kalajengking), apakah di antara kalian ada yang bisa meruqyah?” Sahabat berkata, “Demi Allah kami telah meminta jamuan kepada kalian, namun kalian tidak menjamu kami, maka kami tidak akan meruqyahnya sampai kalian memberikan upah kepada kami”. Maka mereka pun memberi upah beberapa ekor kambing. Kemudian salah seorang sahabat (Abu Sa’id) meruqyah pemimpin mereka dengan Al-Fatihah, sampai akhirnya orang itu sembuh dan lepas dari racun tersebut. Orang-orang yang meruqyah tersebut harus ikhlas, tulus dalam hatinya -semoga Allah memberkahi kalian- Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- membenarkan ruqyah (Abu Said) tersebut.
Sekarang kebanyakan orang yang meruqyah, mereka mengambil upah dan harta dari manusia -sekalipun mereka belum bisa memberikan faedah kepada (baca: menyembuhkan) mereka-. Seorang boleh mengambil upah atas ruqyah dengan syarat sembuhnya orang yang diruqyah, sebagaimana keterangan dalam hadits, “Seketika itu pula pemimpin kampung itu sembuh dan lepas dari ikatan, maka para sahabatpun mengambil upahnya”. Andaikata dia tidak sembuh, maka mereka (para shahabat) tidak mungkin bisa mengambil upah.
Sekarang ini orang yang meruqyah tamak terhadap harta, diapun mendatangi orang yang sakit dengan penyakitnya dan orang yang tertimpa musibah dengan musibahnya. Sekalipun dia tidak menyembuhkannya dia tetap mengambil hartanya (upah ruqyahnya). Maka harta/upah yang dia ambil tersebut adalah harta/upah yang haram. -semoga Allah memberkahimu-

Apakah boleh berdialog dengan jin yang muslim (dalam ruqyah)

Apakah boleh berdialog dengan jin yang muslim (dalam ruqyah)

Jawab:

Tidak boleh, darimana kamu tahu bahwa dia itu muslim? Boleh jadi dia adalah munafik atau kafir, namun ia mengatakan, “Saya muslim”. Kamu tidak mengetahui hakikat jin dan engkau tidak pula mengetahui perkara yang ghaib. Maka hal tersebut tidak diperbolehkan -semoga Allah memberkahimu-.

Jika ada seorang manusia di hadapanmu yang mengaku muslim, maka terkadang engkau akan menghukuminya (sebagai seorang muslim) sebagaimana lahiriahnya. Engkau melihatnya melakukan shalat dan ibadah lainnya, namun engkau tetap tidak mengetahui tentang dirinya (secara bathiniah yang tersembunyi darinya). Akan tetapi jin yang merasuk ke dalam tubuh manusia, kemudian dia berkata kepadamu, “Saya muslim”, padahal boleh jadi dia itu fajir.

Maka tidak ada sedikitpun alasan untuk memberatkan diri (takalluf) dalam masalah ini (ruqyah), apa yang membuat kamu menjadi takalluf wahai saudaraku? Masih banyak rumah sakit yang terbuka. Dan apabila orang yang sakit itu mau bersabar, maka Allah -Azza wa Jalla- akan memberikan pahala kepadanya.

Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah didatangi oleh seorang yang buta, ia meminta agar Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- mendoakan kesembuhan baginya, maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda, “Jika engkau ingin maka saya akan berdoa untukmu dan jika engkau ingin maka engkau bersabar saja”. Seorang perempuan pernah datang kepada beliau -Shallallahu ‘alaihi wasallam-, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya ditimpa penyakit ayan, maka berdo’alah kepada Allah untuk (kesembuhan)ku”. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda kepadanya, “Jika engkau ingin maka saya akan berdoa untukmu dan jika engkau ingin maka engkau bersabar saja, maka engkau akan memperoleh surga”.

Maka dalam kejadian di atas tidak terdapat sama sekali sifat takalluf (dari Nabi-pent.) seperti (sikapmu) ini. Apakah engkau lebih penyayang dibandingkan Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam-?!`. Allah telah menguji para hambanya dengan berbagai macam penyakit:


مَا مِنْ شَيْءٍ يُصِيْبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ نَصَبٍ، وَلاَ حَزَنٍ، وَلاَ وَصَبٍ، حَتَّى الْهَمُّ يُهِمُّهُ؛ إِلاَّ يُكَفِّرُ اللهُ بِهِ عَنْهُ سِيِّئَاتِهِ


“Tidak satupun menimpa seorang mukmin berupa musibah, kesedihan, penyakit, sampai duri yang menusuknya melainkan Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya”.

Maka seorang mukmin yang ditimpa penyakit, dia akan diberikan pahala jika dia bersabar, “Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,” Yakni: Seperti penyakit-penyakit ini. “Mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun [Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan hanya akan kembali kepada-Nya]“. (QS. Al-Baqarah: 155-166)

Dan Ar-Rasul -’alaihis sholatu wassalam- bersabda tentang 70.000 orang yang masuk surga (tanpa hisab), “Mereka tidak minta diruqyah, tidak pula berobat dengan besi panas, dan mereka bertawakkal hanya kepada Rabb mereka”.

Dia tidak minta dari siapa pun (agar dirinya) diruqyah. Orang yang pergi meminta ruqyah, maka hal tersebut mengurangi keimanan dan ketawakkalannya kepada Allah -Azza wa Jalla- . Maka ajarilah dia dan katakan kepadanya, “Bersabarlah kamu, dan janganlah minta diruqyah, serta berserah dirilah kepada Allah dan berdoalah kepada-Nya, karena ruqyah merupakan bentuk permintaan (doa kepada Allah).” Karenanya, hal tersebut (meminta untuk diruqyah) pasti memberikan pengaruh dalam masalah ketawakkalan kepada Allah -Azza wa Jalla-. Oleh karena itulah, Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda, “Mereka tidak minta diruqyah”, karena minta diruqyah akan mengurangi keimanan dan ketawakkalannya (kepada Allah).

Seorang mukmin dalam kehidupannya akan diuji dengan berbagai macam penyakit, bencana, dan musibah, agar Allah mengangkat derajatnya jika ia bersabar -semoga Allah memberkahi kalian. Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Maka barangsiapa yang bersabar, maka baginyalah (pahala) kesabaran dan barangsiapa yang marah, maka baginya kemurkaan (dari Allah)”.

Maka seorang mukmin wajib untuk bersabar atas ketentuan-ketentuan Allah. Apabila seseorang diangkat naik ke derajat keridhaan dengan ketetapan Allah -Azza wa Jalla-, maka itu adalah jenjang yang paling tinggi dalam keimanan, insya Allah. Maka kesabaran merupakan perkara yang wajib, sedangkan keluh kesah adalah perkara yang haram. Tidak boleh berkeluh kesah terhadap ketentuan-ketentuan Allah -Subhanahu wa Ta’ala-, “Katakanlah sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami.” (QS. At-Taubah: 51)

Jika Allah menghendaki ketidaksembuhanmu, maka ruqyah ataupun selainnya, tidaklah bermanfaat bagimu. Segala sesuatu berada di bawah keinginan dan kehendak Allah -Subhanahu wa Ta’ala-. Seorang mukmin harus menyerahkan urusannya kepada Allah -Subhanahu wa Ta’ala- dan wajib atasnya untuk beriman terhadap takdir dan ketentuan Allah, serta dia bersabar di atasnya -semoga Allah memberkahimu-.

Apabila Allah memberikan taufiq, untuk mengangkatnya ke derajat ridha, inilah perkara yang dicari -semoga Allah memberkahimu-. Apabila dia suka untuk berobat, maka dia berobat dan apabila dia minta untuk diruqyah, maka hal tersebut bukanlah perkara yang haram, akan tetapi ia merupakan perkara yang makruh dan akan mengurangi derajatnya (di sisi Allah) -semoga Allah memberkahimu-.

Adapun orang yang bersedia untuk meruqyah dan ia melakukannya supaya dirinya menjadi terkenal, bahkan sebagian mereka menyebarkannya pada selebaran-selebaran dan sebagian mereka membangun perkantoran-perkantoran (klinik ruqyah). Mereka itulah para penipu yang menonjolkan dirinya untuk suatu pekerjaan yang bukan tugasnya. Demi Allah, orang yang mengangkat dirinya untuk meruqyah adalah orang yang tertuduh, tertuduh dalam agamanya. Apa yang mengantarkannya untuk melakukan hal ini? Engkau wahai saudaraku, adalah salah satu dari sekian banyak kaum muslimin. Apakah dia (ruqyah) khususiyah (kemampuan khusus) yang datang kepadamu? Di dalamnya ada yang lebih bertakwa, lebih afdhal dan lebih alim daripadamu. Bagaimana khususiyah ini datang hanya untukmu, kemudian engkau tidak mau mencukupkan dengan ruqyah syar’iyah, bahkan engkau pergi kepada sesuatu dan hal-hal yang engkau bisa terpedaya olehnya? Semoga Allah memberikan taufiq kepada kita seluruhnya.

Ungkapan Perkataan Syahid

Penulis : Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin

Soal: Apakah boleh menggunakan kata Syahid atas seseorang, dikatakan, Asy-Syahidfulana?

Jawaban:

Kita tidak boleh memberi kesaksian bagi siapapun bahwa ia syahid, hingga walaupun orang tersebut terbunuh secara zhalim atau terbunuh karena membela diri. Kita tidak boleh mengatakan fulan syahid. Ini berbeda dengan orang-orang ada hari ini. Mereka mudah memberi kesaksian. Mereka menyebut setiap orangyang terbunuh hingga walaupun seseorang terbunuh karena fanatisme jahiliah,mereka menyebutnya syahid. Ini haram; karena perkataan kamu tentang seseorang yang terbunuh bahwa ia syahid merupakan kesaksian yang kelak akan dipertanggungjawabkan pada hari kiamat. Kamu akan ditanya apakah kamu memiliki bukti bahwa ia terbunuh dengan syahid? Karena itu ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata, Tidaklah seorang terluka di jalanAllah Wallahu a'lam dengan orang yang terluka di jalan Allah- kecuali ia akan datang pada hari kiamat sedang lukanya mengalirkan darah, warnanya warna darah, dan wanginya wangi misk'.

Perhatikan perkataan Nabi Wallahu a'lam dengan orang terluka di jalan Allah. Sesungguhnya sebagian orang terkadang secara lahir memang berperan gagar kalimat Allah menjadi tinggi, akan tetapi Allah mengetahui apa yang tersembunyi dalam hatinya. Apa yang tersembunyi di hatinya kadang berbeda dengan apa yang nampak dari perbuatannya. Karena itu Imam Al-Bukhari membuat bab tentang masalah ini dalam kitab shahihnya, ia berkata, Bab tidak boleh dikatakan fulan syahid sebab pusat kesaksian ada dalam hati dan tidak seorangpun yang mengetahui apa yang ada dalam hati kecuali Allah azza wajalla. Niat adalah perkara besar. Berapa banyak dua orang yang mengerjakan satu perbuatan yang sama namun antara keduanya seperti langit dan bumi disebabkan karena niat. Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda,

Sesungguhnya amal-amal tergantung niatnya, sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Barang siapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa yang hijrah kepada dunia yang ingin ia dapatkan atau wanita yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya kepada apa yang ia inginkan.


Soal: Apa hukum ungkapanulan syahid

Jawaban:

Memberi kesaksian kepada seseorang bahwa ia mati syahid terjadi pada duabentuk:

Pertama, diikat dengan sifat seperti ungkapan Setiap orang yang terbunuh dijalan Allah adalah syahid, orang yang terbunuh mempertahankan hartanya adalah syahid , orang yang mati terkena wabah tha'un adalah syahid dan yang serupa ini. Maka kesaksian dalam bentuk ini hukumnya boleh, seperti yang terdapat dalam nash-nash, karena dengan begitu kamu bersaksi dengan sesuatu yang diberitakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Yang kami maksud dengan boleh adalah tidak terlarang, walaupun padahal bersaksi dengan hal itusebetulnya wajib dalam rangka membenarkan kabar Rasulullah shallallahu alaihiwasallam.

Kedua, diikat dengan seorang tertentu seperti kamu berkata bahwa seseorang tertentu mati syahid. Ini tidak boleh kecuali bagi orang yang telah diberi kesaksian oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau sesuai dengan kesepakatan ummat. Imam Al-Bukhari rahimahullah membuat bab, Bab tidak dikatakan fulan syahid. Berkata dalam Fathul Bari (6/90) Maksudnya dengan kepastian, kecuali hal itutelah ditetapkan oleh wahyu sepertinya beliau memberi isyarat kepada hadits Umar, suatu hari ia berkhutbah, kalian mengatakan dalam peperangan kalian fulansyahid, dan meninggal fulan dengan syahid, mungkin saja ia telah menindas tunggangannya. Sekali-kali tidak, janganlah kalian mengatakan itu! Akan tetapi katakanlah seperti apa yang dikatakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, Barang siapa yang mati di jalan Allah atau terbunuh maka ia syahid. Hadits ini hasan dikeluarkan Imam Ahmad, Sa'id bin Manshur dan yang lainnya dari jalan Muhammad bin Sirin dari Abu Al-jfaâr dari Umar.

Kesaksian terhadap sesuatu dilakukan atas dasar ilmu. Syarat seseorang mati dalam keadaan syahid adalah ia berperang dengan niat meninggikan kalimat Allah,dan ini adalah niat batin yang tidak bisa diketahui, karena itu Nabishallallahu alaihi wasallam memberi isyarat kepada hal itu dengan sabdanya, perumpamaan seorang mujahid di jalan Allah, dan Allah lebih mengetahui denganorang yang berjihad di jalan-Nya. Juga bersabda,

Demi yang jiwaku berada ditangan-Nya, tidaklah seseorang terluka di jalan Allah, dan Allah mengetahui siapa orang yang terluka di jalan-Nya, kecuali iaakan datang pada hari kiamat sedang lukanya mengalirkan darah warnanya warna darah dan wanginya wangi misk' diriwayatkan Al-Bukhari dari hadits AbuHurairah.

Kemudian orang-orang yang secara lahir memang memiliki niat yang benar, kitahanya bisa berharap ia syahid namun kita tidak memberi kesaksian bagi orangtersebut dan kita juga tidak berburuk sangka. Berharap adalah keistimewaan di antara dua keistimewaan, akan tetapi kita memperlakukan orang yang mati tersebut di dunia berdasarkan hukum para syuhada. Jika ia terbunuh ketika berjihad di jalan Allah, ia dikuburkan dengan darah yang berlumuran pada pakaiannya dan tanpa dishalatkan. Sedangkan para syuhadakarena sebab yang lain selain jihad, maka ia harus dimandikan, dikafani dandishalatkan.

Jika kita memberi kesaksian bagi pribadi tertentu bahwa ia syahid, berarti kita telah memberinya kesaksian bahwa ia akan masuk surga; dan masalah ini menyelisihi apa yang diyakini oleh Ahlus Sunnah. Mereka tidak memberi kesaksian dengan surga kecuali orang yang diberi kesaksian oleh Nabi shallallahu 'alaihiwasallam baik dengan sifat atau orang tertentu, dan sebagian Ahlus Sunnah berpendapat boleh memberi kesaksian orang yang disepakati mendapat pujianummat. Ini pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu ta'ala.

Dengan semua penjelasan di atas, jelaslah bahwa kita tidak diperkenankan memberi kesaksian bagi seseorang pun bahwa ia mati syahid, kecuali berdasarkan nash dan kesepakatan. Akan tetapi orang yang secara lahir memiliki niat yangbenar, kita hanya bisa berharap ia mendapatkan syahid sebagaimana penjelasanyang lalu, ini sudah cukup sesuai bagi kedudukan yang dimilikinya sedangkanilmu tentangnya ada di sisi Allah subhanahu wa ta'ala.

(Sumber: Al Manahy Allafzhiyah karya Asy Syaikh Muhammad bin Shalih AlUtsaimin).

Feb 2, 2009

Melihat Rasulullah SAW Dalam Tidur

al-Jawab:

Matn hadith yg kontroversi: Dr Abu Hurayra r.a


من رآني في المنام فسيراني في اليقظة ، ولا يتمثل الشيطان بي

terjemahnya: " B/siapa melihatku dala tidur , maka dia akan melihatku di dalam jaga (yaqozah) dan setan tidak mampu menyerupaiku." (sahih al-Bukhori, #6993)

Tahqiq:

Lafadz al-Bukhari hendaklah disemak menggunakan kitab sunan yg lain kerana lafadznya berlainan sikit, misalnya:

i) Dalam sunan Ibn Majah dari Abi Juhaifah, " barangsiapa melihatku dalam tidur, seolah-olah telah melihatku di alam jaga."

ii) Dalam sahih Bukhari dari Abu Qatadah dan Abi Sa'id alKhudri, dalam sahih Muslim dari Abu Hurayra, " barangsiapa melihatku dalam tidurnya, maka dia telah melihat kebenaran."

iii) dalam riwayat Bukhari juga dari Abu Hurayra, Muslim dari Jabir,"
B/siapa melihatku dalam tidur, maka dia telah melihatku.

Kata Ibn Hajar dalam al-Fath (12/402). hadith2 itu bila dihimpunkan kesemuanya dan saling menjelaskan maksud sebenarnya ialah orang yg bermimpi bertemu RasuluLlah saw adalah benar2 bertemu rasuluLlah saw dan bukanlah bertemu di alam nyata.

Dalil AQ yg membantah dakwaan mereka yg mengambil maksud zahir hadith, yakni mereka boleh bertemu Nabi SAW di alam jaga ialah:

AQT 39. 30. Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).

Rumusan: mereka yg mentakwil hadith mimpi dan yaqozah sebenarnya tidak membaca Fath al-Bari, komentar terbaik sahih Bukhari.
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

Berlakun Sebagai Non Muslim

aslm wbt

apakah pandangan panel feqh AFN ke atas tindakan wanita Muslim ini berlakon sbg seorg Mubaligh Kristian.

*****************
Wassalamualakum

1. Hukum cinema dan menjadi pelakon industri perfileman.

Cinema dalam bahasa Arab ialah 'akhyaliyah' atau sesuatu yang membuat manusia terpukau dan menjadi khayal dengan mutu lakonan, special effects, seni fotografi, lakon layar, casting dan adunan musik, tambahan sekarang diadun dengan kecanggihan CGI (computer generated images).
Kata kebanyakan fuqaha' baik IOL (Islam Online), Prof Muhammad Qutb (Darul Syurooq: Manahij alFan al_Islam/135) "cinema atau perfileman walaupun ia seni yg asing dari Islam, maka halal/haram perfileman spt juga muzik dan nyanyian, ia bergantung kepada content dan pakejnya samada ia sesuai dengan Islam."
Kebanyakan fuqaha' mutaakhirin menilai cinema adalah alat yang amat berkesan dan berpengaruh besar dalam kehidupan manusia hari ini, tapi pengeluar filem Islam masih belum ada yang mampu mengeluarkan karya2 yg sesuai dengan Islam

2. Hukum berlakon dalam filem yang dikuasai oleh pengusaha filem yang tidak menjurus kepada kehendak Islam. yang dimaksudkan dgn kehendak Islam ialah kandungannya adalah bebas dari seks, tahyul, pendedahan aurat wanita, khayalan, serta menyibarkan budaya kaum yang fasiq dan tidak beriman (www.Islamweb.net/Abdullah alFaqeh). Maka jika skrip dan jalan ceritanya tidak Islamik, maka sudah tentu turut berlakon di dalamnya adalah tertegah. Dalilnya

AQT 5:02 "dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran"

Maka skrip atau jalan cerita Prince of Persia tu hendaklah diteliti. apa jalan ceritanya, apakah ada wanita mendedahkan aurat, mempersendakan orang arab dan Islam, cerita khayalan dan tahyul...siapakah producernya, jika Hollywood, maka ia dikuasai oleh empayar Yahudi, maka sudah tentu kita tidak boleh menanam saham dgn musuh Allah dan Rasul-Nya (yahudi/zionis)

3. Hukum melakonkan watak non-muslim.
Juga kena lihat semua pakej filem itu, skrip, siapakah producer, sutradara, jalan cerita, apakah ia mempromosi kebenaran, apakah ada pendedahan aurat, apakah ada unsur ganas, seks dan tahyul, dan watak lakonan itu bukanlah yang jelas syirik spt menyembah berhala.

Cth: jika filem itu berjodol Salahuddin al-ayyubi. Filem yg menonjolkan kepahlawanan atau superhero saladdin. Maka producer, skrip dan surtadara mestilah orang kita (Islam), dan tidak salah pelakon Islam melakonkan watak tentera salib dan memakai baju perang yg bertanda salib (islam Online)

Adapun pelakon2 muslim(?) di India spt shah rukh khan, amir khan dan salman khan. status Islam mereka sudah dipertikaikan kerana di India, orang Islam memang ada yg hidup secara dua alam. sekejap hindu dan sekejap muslim, paginya Islam, dan petangnya pulak sebagai Hindu. Ini kerana agama resmi India ialah Hindu. Adapun muslim yg sebenar tidak akan berkerja dalam 3 industri terbesar dunia: Hollywood, Bollywood dan HongkongWood. Hatta industri filem tempatan (Malaysia dan Indonesia) pun masih dikuasai oleh producer/sutradara yg tidak memiliki apa2 kesedaran Islam, maka jalan cerita masih sama dgn Hollywood, memaparkan jalan cerita masyarakat yg rosak dan jauh dari iman dan taqwa.

Rumusan: isu melakonkan watak non-muslim (samada cinema atau teater) tidak di lihat secara berasingan, tapi di lihat kepada pakej filem itu: skrip, pengarah, producer, jalan cerita dan lakonlayarnya. sekian

thtl utk
Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah, AFN

Dzan (Sangkaan)

Seorang sahabat saya mencuba berbauat baik dengan sesiapa, Akhirnya disangka juga oleh manusia.

Bagaimana jika dikaitkan dgn Zanni=sangkaan dalam firman Allah utk manusia dan professi masing2 termasuk pakar2 agama dalam memberikan hukum?

dslsm

**************
al-Jawab:

tafsir al-Hujuraat: 12

AQT49. 12. "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), karena sebagian dari prasangka itu dosa."

tafsir harfiah: prasangka (dzann) itu ada 4:
i) prasangka yg dilarang: buruksangka pada Allah SWT atau buruksangka kepada seorang muslim yg zahirnya seorang yg adil
ii) prasangka yg disuruh: dalam perkara yg ghaib baginya (dalam urusan ibadah), maka ketika itu dia beribadah dgn keyakinan yg kuat.
Cth: berpuasa dgn kesaksian seorang saksi yg adil,yakin dgn persijilan Halal Jakim
iii) prasangka yg sunnah atau mandub: prasangka secara am kepada semua muslimin/muslimat
iv) prasangka yg mubah (harus), : ambil yg lebih kuat. Cth: seseorang merasa ragu bilangan raka'at solatnya, maka dia hendaklah ambil bi raaka'at yg sedikit. (Tafsir ahkamul Qur:an oleh al-Jassas)

Tafsir ahkam ayat ini: membina ukhuwah sebagai tiang seri ummat, salah satu faktur peruntuh ukhuwah ialah buruksangka sesama muslim. Peruntuh yg lain ialah menyiasat tepi kain orang dan ketiga ialah mengumpat.
Kata Umar al-Khattab, jika seseorang melimparkann kenyataan liar kepadamu, anda hendaklah berfikir sebaliknya (positif) dan berilah penjelasan terbaik terhadap kenyataan tsb." (al-Muwatta, no 1722 (english translation)

Di samping itu kita hendaklah menjauhi perbuatan2 atau amal yg boleh mencetuskan prasangka orang lain, cth: Jika ada tiga orang, dua orang tidak boleh berbisik-bisik , kerana yg ketiga sudah tentu akan membuat prasangka. Juga menjauhi body language dan ekspressi yg boleh mendedahkan kepada buruk sangka. (tafsir Abu Aminah Bilal Phillips)

2. Buruk sangka kepada orang yg mempunyai kerjaya tertentu atau pakar2 agamawan.

Cth profesi yg banyak sangkaan masyarakat.
1. pegawai di jabatan kimia, pakar DNA
2. pegawai di jabatan perubatan yg membuat peperiksaan terhadap mangsa rogol, dera dan liwat
3. pegawai polis, kastam, JPJ, imigresen, LHDN yg terdedah kpd rasuah dan salahguna kuasa
4, wakil rakyat

Agamawan:
agamawan yg berkhidmat dgn parti Pemerintah
agamawan yg terlibat dgn parti pembangkang
agamawan yg non-partisan

Prasangka masyarakat dapat dikembalikan bila orang yg menjawat jawatan2 di atas memiliki integriti. Integriti maksudnya mereka "walk the talk" atau mereka sentiasa mengikuti etika dan amanah yg mereka sandang. sekian

Adakah Berambut Panjang Sunnah?

S: Berdasarkan hadith, diceritakan rambut Nabi SAW adalah panjang hingga mencecah bahu baginda. Apakah atas dasar ittiba', maka kita sepatutnya menyimpan rambut panjang?

Jawab:

1. Diajukan soalan ini kepada Imam Ahmad Ibn Hanbal. Memang sunnah menyimpan rambut panjang, bahawa al-Barra' bin azib menceritakan,
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يضرب شعره منكبيه .
Dari Anas, "bahawa rambut baginda saw adalah mencecah bahunya" HR Muslim 2338
Maka siapa yang mampu meniru RasuluLlah saw adalah bagus dan suatu ibadah. Tapi kata Imam Ahmad, hanya sanya kami tidak mampu beramal dgn sunnah ini (rambut panjang) kerana kesibukan kami dan kos membiayainya. (al-Mughni, 1/119)
Pendapat Imam Ahmad, rambut panjang mmg sunnah tapi kalau sibuk dan mahal kos rawatan dan penjagaannya, maka tidak apa ditinggalkan, sebagaimana kaum salaf juga tidak mampu beramal dgnnya.

2. Diajukan isu rambut ini kepada Syaikh Ibn Uthaimiin, mantan Mufti KSA. Beliau menjelaskan ia bukan sunnah, cuma adat kebiasaan dan hukumnya mubah, samada ingin memanjangkan (dgn penjagaan) dan memendekkan. Ini terbukti dgn perintah baginda kepada umatnya samada mencukur semuanya atau membiarkan semuanya. Ini bermaksud, andaikata baginda mahu umatnya memanjangkan rambut sudah tentu baginda akan memerintahkan dgn jelas, tapi baginda menyebut sapa yg nak simpan rambut, simpan semuanya dan siapa nak cukur cukur semuanya (botak). Panjang pendek tidak dinyatakan kepada siapa yg nak menyimpan rambut. Cuma baginda menekankan penjagaan dan perapiannya. (Manzumah Usyul Fiqh/118)

Pendapat pilihan ialah pendapat Syaikh Ibn Uthaimiin.

Feb 1, 2009

Topi Sarban Atau Ketayap

Assalamualaikum. Harap para masyeikh di sini dapat tolong memperjelaskan tentang perihal menutup kepale. Yang mane confirm sunnah, yang mane mubah, adat sahaje dan sebagainye.

wallahu'alam, wassalam.

**********************
thtl
Founder

Wassalamualakum

al-Jawab:

Syaikh Mahmood Syaltut rh (Syaikhul Azhar, w. 1963) menjelaskan dalam kitabnya yg berharga, "Islam aqidatan wa syari'atan" bahawa sunnah itu ada dua: sunnah yang menjadi hukum syari'at dan yang bukan syari'at. Adapun pakaian dan tutup kepala ni bukan sunnah yang berunsur syari'at, maka tidak menjadi masalah bagi ummatnya utk nak pakai atau meninggalkan.

al-Muhaddith al-Albani (w. 1999) menjelaskan dalam Himpunan fatawanya (tawjih al-Saari, Dar Ibn Rajab, Cairo), penutup kepala samada kopiah atau serban (imamah) adalah bukan sunnah bahkan ia hanyalah kebiasaan Nabi SAW sahaja. Prof Hasbi Siddiqiey (tokoh sunnah Nusantara, w. 1975) dalam Hukum Fiqh Islam, Jld 3/85, bahawa tutup kepala itu pakaian tradisi sesuatu kaum dan menjadi tradisi mereka. Maka ia hanya adat dan terserah kepada etnik tersebut samada nak pakai atau meninggalkannya. Kalau kita tengok tutup kepala orang arab saudi sekarang (bumi kelahiran Nabi SAW), tak ada yang pakai serban. WA

Khadam Ayat Al-Quran

Salam

Sy ada 2 soalan, harap panel feqh dpt menjawabnya berdasarkan dalil al-Quran atau/dan hadis sahih. Sy keliru mengenai perkara ini,harap dpt penjelasan dari soalan ini. Syukran..

1. Benarkah boleh memanggil khadam ayat keluar dari al-Quran? Adakah dalil al-Quran atau hadis sahih mengenai perkara ini?

2. Benarkah khadam ayat itu wujud? Ada yg mengatakan khadam ayat ini bukan malaikat, manusia yg telah meninggal atau jin tetapi ia adalah makhluk khusus yg menjaga ayat dipanggil khadam ayat.Bukankah khadam ayat al-Quran itu adalah malaikat?

_________________
al-jawhar
Panel Feqh

Salam

Bismillahi wal hamdulillahi

Sepanjang pengetahuan dan pencarian kami , tidak ada dalil yang mengatakan bahawa setiap ayat dan surah dalam al-Quran itu mempunyai "khadam" yang boleh dipanggil-panggil dan diperintahkan untuk melakukan sesuatu.

Apa yang jelas , jika pun perbuatan tersebut benar-benar berlaku dan terjadi , ianya adalah satu bentuk pengeliruan yang dilakukan oleh golongan tertentu untuk mengaburi mata kita agar mempercayai bahawa bentuk perubatan yang dilakukan adalah menepati sunnah dan mengikut landasan syarak...Kemungkinan khadam yang dimaksudkan itu adalah jin atau syaitan yang memang bertungkus lumus untuk menyesatkan umat manusia....Allahu A'alam...

Kita wajib memohon perlindungan dan pertolongan daripada Allah swt secara terus tanpa perantaraan dari kalangan khadam atau jin dan sebagainya....

WA