Assalamualaikum w.b.t
saya ingin bertanya, apa hukum lelaki memakai gelang magnet??.
1. Bukan ke lelaki haram memakai gelang?
2. Jika ditinjau, pd zaman Rasulullah s.a.w juga telah wujud pemakaian gelang utk tujuan kesihatan kononnya utk elak rasa panas dll. namun, Rasulullah s.a.w telah melarang perbuatan ini. Masalahnya, jika gelang magnet dikatakan mmg mempunyai manfaat utk kesihatan, maka boleh ke memakai gelang magnet utk kesihatan?
[Sehingga skrg sy tidak menjumpai rujukan yg m'yakinkan sy ttg manfaat gelang magnet ni, melainkan drpd penjual2 gelang magnet sendiri]
3. Jika terbukti secara sainstifik gelang magnet mempunyai manfaat kpd pemakai nya, adakah hukum haram lelaki memakai gelang boleh berubah menjadi harus?.
4. Adakah memakai gelang magnet merupakan bentuk tasyabuh[penyerupaan] kpd agama lain juga?.
_________________
Wassalam
al-Jawab:
1. Benar, kerana gelang adalah perhiasan perempuan.
2. Kami tidak menemui akan kisah keujudan gelang di zaman Nabi SAW dan larangan baginda memakainya. Kami juga tidak menemui suatu kajian yang saintifik mengenai kebaikan memakai gelang magnetik. Dalam Islam, membenarkan penggunaan barangan larangan hanya dikhususkan kepada keadaan dharurat sahaja. Kita tidak nampak apa-apa keadaan dharurat utk lelaki memakai gelang seperti itu.
3. Jika terbukti gelang itu terbukti memberi manfa'at, Islam tidak menolak apa jua yg baik-baik dan yg memberi manfa'at, cuma design atau rekabentuknya tidak menyerupai gelang wanita.
4. Benar sekali, pemakaian gelang menyerupai perhiasan wajib bagi lelaki kaum Sikh. Maka tasyabuh orang kafir adalah dilarang oleh Nabi SAW.
sekian
Dec 30, 2008
Holly Water
assalamualaikum..
di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu! . Kalau
terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah. tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta...insyaallah...
kemusykilan saya:
1) apa komen panel ahkam ttg risalah @ petikan di atas??
2) bagaimana sebenarnya boleh timbul isu holy water ni @ ada mana2 link yg telah mmbincagkannya??
sekian.. Wassalam Salam Salam
-----------
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW
Syeikh THTL dan Tuan Haji Kamin telah menjawab persoalan holy water:
Quote:
Berikut kami petik jawapan Syiekh ththl mengenai Holy Water :-
Quote:
Penjelasan yg Rajih mengenai Isu Holy Water
1. Surat layang mengenai Holy Water adalah tidak benar sama sekali. Jika ia benar, ia mestilah datang dari pihak yg berwajib.
2. Agama Kristian berkembang menjadi agama yg paling ramai penganutnya di muka bumi ini (2 bilion++) adalah bukan kerana Holy Water, tapi kerana kerja keras Missionarynya. Faktor kedua berkembangnya Kristian ialah kerana ia dibantu oleh kejayaan tamaddun Barat yg mana mana Kristian menjadi agama asal tamaddun ini. Warga bukan Barat melihat Kristian adalah sebahagian dari pakej kejayaan tamaddun Barat, maka menjadi resam manusia (kata Ibn Khaldoon) mereka meniru dan mengambil apa jua dari Hadharah yg kuat dan berjaya.
3. Ajaran Kristian spt juga Islam memerangi sihir dan tahyul dan tidak mungkin mereka menggunakan jampi dan sihir dalam missionary mereka.
Air Suci atau Holy Water adalah air yg diambil dari Sungai Jordan untuk upacara Baptism atau Akikah Bayi yg dilakukan di gereja. Dalam upacara Baptism ini bayi akan dikristiankan dan diberi nama Biblical.
Mengikut kepercayaan Bible:
Ia adalah sunnah John (Yahya AS) yg membuat upacara Baptism yg dilakukan oleh Prophet John kepada Jesus (Isa AS)
Maka surat layang Holy Water adalah karut dan khurafat kerana bertentangan dengan ajaran Kristian yg juga adalah agama Samawi.
sekian
sumber : http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28397
Dari segi hukum, jika sengaja kita meminum Holy Water (jika benar2 wujud sebagaimana yang didakwa) atau apa2 barangan persembahan agama mereka, ini membawa maksud kita mengiktiraf/menyokong dan membenarkan amalan2 yang datang dari agama Kristian. Perbuatan ini adalah haram. Sabda Nabi saw :
"barangsiapa menyerupai/meniru sesuatu kaum (agama) maka dia adalah sebahagian dari mereka"
Syeikh Ibn Taimiyah rh. telah menyebt didalam buku beliau Iqtidaa' al-sirat al-mustaqim mukhalifat ashab al-jahim:
"Meniru mereka didalam beberapa upacara/sambutan/perayaan menunjukkan bahawa seseorang itu membenarkan dengan hatinya mengenai kebatilan amalan dan kepercayaan mereka, dan memberi harapan kepada mereka bahawa mereka empunyai peluang untuk memalukan dan menyesatkan yang lemah"
wassalam.
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=29570

Wallahu a3lam

من تشبّه بقوم فهو منهم

مشابهتهم في بعض أعيادهم توجب سرور قلوبهم بما هم عليه من الباطل ، وربما أطمعهم ذلك في انتهاز الفرص واستذلال الضعفاء

Tertib Dan Kaifiat Doa
Salam
1) Adakah nas yg menceritakan cara Nabi berdoa selain dr lafaz doa. Maksud saya mmg tsabit ttg doa selepas azan contohnya, ttp adakah Nabi SAW mengangkat tangan dan kemudian menyapu muka selepas habis doa, atau adakah Nabi SAW hanya berdoa di dalam hati ataupun adakah Nabi SAW hanya melafazkan doa tersebut tanpa mengisyaratkan mana2 anggota tubuh (i.e mengangkat tangan).
2) Jika Nabi SAW contohnya tidak mengangkat tangan ketika dalam doa2 tertentu, adakah salah jika kita membuatnya. Adakah ianya termasuk dlm perbuatan bid'ah?
3) Adakah jawapan dalam SJ sebelum ini yg menyatakan bahawa Nabi SAW tidak berdoa spt mana yg sebahagian besar umat Islam di Malaysia amalkan itu ialah tidak berdoa secara "terlalu" jahr? Ini kerana jawapan Ustaz THTL itu bersandarkan kepada bbrp firman Allah di dalam AQ yg menuntut umat Islam supaya berdoa dgn suara yg perlahan/rendah. Jika begitu, adakah imam yg berdoa selepas solat dgn suara yg perlahan/rendah kemudian diaminkan oleh makmum juga dikira tidak menepati sunnah?
Jzk
_________________
Post subject: Re: Tertib dan kaifiat doa
Mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa
Banyak hadith sahih menceritakan perihal Nabi S.A.W berdoa dengan mengangkat kedua tangannya, ini memang sudah betul dan tepat. Bahkan hadith2 tersebut mencapai taraf mutawwatir.
Disertakan hadith yg diriwayatkan oleh para imam hadith
1. Oleh Abu Humaid R.A(Riwayat Bukhari & Muslim).
2. Oleh Abdullah bin Amr bin Ash R.A (Riwayat Bukhari & Muslim).
3. Oleh Anas bin Malik R.A (Riwayat Bukhari) tentang Nabi berdo'a di waktu perang Khaibar dengan mengangkat kedua tangannya.
4. Oleh Abu Musa Al-Asy'ari R.A (Riwayat Bukhari dan lain-lain).
5. Oleh Ibnu Umar R.A (Riwayat Bukhari).
6. Oleh Aisyah R.A (Riwayat Muslim).
7. Oleh Abu Hurairah R.A(Riwayat Bukhari).
8. Oleh Sa'ad bin Abi Waqqash R.A(Riwayat Abu Dawud).
Dan sahabat2 R.A yang meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W, ada berd'a dengan mengangkat kedua tangannya di pelbagai tempat. Semua riwayat di atas (yakni tentang Nabi S.A.W berdo'a mengangkat kedua tangannya) adalah merupakan FI'IL (perbuatan) Nabi S.A.W. Adapun yang merupakan QAUL (perkataan/sabda) Nabi S.A.W, ada diriwayatkan oleh Malik bin Yasar R.A, dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W :
"Apabila kamu meminta (berdo'a) kepada Allah, maka mintalah kepadaNya dengan telapak tangan kamu, dan janganlah kamu meminta kepadaNya dengan belakang tapak tangan". (hadith sahih riwayat Abu Dawud No. 1486).
Kata Ibnu Abbas R.A:
"Permintaan (doa) itu, yakni : Engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua tapak tanganmu." (Riwayat Abu Dawud).
Mengenai mengusap muka selepas berdoa, hadith2 tersebut adalah dha’if (lemah) (Fatwa Ibn Taimiyyah). Sungguhpun begitu, perkara ini adalah khilaf. Tak wajar digembar-gemburkan.
Berdoa dgn suara lemah lembut
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kalian berbuat kerosakan di muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan penuh harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Al-A'raaf: ayat 55 -56).
Wallahualam

Keratan Dan Cebisan Quran Lama
Salam
Bagaimanakah caranya untuk menguruskan naskah al-Quran yang telah usang dan juga keratan-keratan al-Quran yang telah usang? (Misalnya kulit al-Quran koyak atau berkulat atau beranai-anai)
Adakah dibolehkan bakar, atau tanam al-Quran dan keratan al-Quran tersebut?
Atau adakah terdapat cara lebih baik bagi menjaga kesucian al-Quran usang tersebut?
Wallahua'lam
------------
Salam
Tidak boleh melemparkan mana-mana lembaran dari al-Quran ke tanah atau ke tempat yang keji, selama di dalamnya terkandung walaupun satu huruf ataupun satu ayat suci al-Quran. Bahkan, jika ia dilakukan atas jalan menghina dan mengeji, maka jatuh kufur kepada pelakunya, wal-iyazubillahi min zalik.
Jika terdapat mana-mana lembaran al-Quran yang sudah reput atau sudah tidak dapat digunakan lagi, maka tidak mengapa menghapuskannya dengan cara membakarnya. Ini adalah untuk mengelakkan al-Quran itu dari terdedah kepada penghinaan dan kejian.
Saidina Usman bin Affan pernah memerintahkan membakar mushaf (al-Quran), kecuali al-Quran versinya (Usmani). Ini adalah bertujuan untuk memelihara al-Quran itu. Para sahabat yang lain pula tidak mengengkari perbuatan saidina Usman r.a.
Al-Sayuthi di dalam al-Itqan telah menukilan dua cara yang dibenarkan untuk menghapuskan lembaran al-Quran. Iaitu:
1. Menghapuskannya dengan air.
2. Membakarnya, sebagaimana yang telah dilakukan oleh saidina Usman r.a.
Al-Sayuthi mengatakan bahawa tidak dibenarkan mengoyakkannya.
Ada ulamak yang mengatakan bahawa, membakarnya adalah lebih baik dari menghapuskannya dengan air. Berlainan dengan al-Qadhi Husain yang melarang membakarnya, kerana ia melanggar perlakuan menghormati. Al-Nawawi mengatakan membakarnya sebagai makruh.
Manakala terdapat di dalam sebahagian kitab mazhab Hanafi, jika lembaran al-Quran tidak dapat digunakan, maka hendaklah ditanam di dalam bumi, kemudian hendaklah diletakkan tanda untuk mengelakkan dari dipijak oleh kaki manusia.
Kesimpulan, setelah melihat kepada pendapat-pendapat ulamak di atas, syeikh Athiyah Saqar telah membuat kesimpulan, bahawa membakarnya adalah cara yang paling ringan sekali. Di samping itu, hendaklah kita menjaga niat kita, iaitu untuk memelihara al-Quran itu dari ditimpa penghinaan dan kejian. (Lihat Ahsanul Kalam Fil Fatawa, vo.7, hal. 197)
Wassalam
Rujukan
SJ-1276: Quran Lama
http://al-ahkam.com.my/soaljawab/sj412-420.shtml

Warna Rambut Kerana Trend Atau Style
Assalamualaikum...
Saya ada beberapa soalan,
A) Bolehkah seseorang pemuda/pemudi mewarnakan rambut mereka dengan pelbagai warna yang diminati?
B) Adakah mewarnakan rambut dibolehkan kerana pewarna rambut tersebut dikatakan halal?
C) Adakah ia dibolehkan kerana ianya satu trend atau budaya semasa?
Wassalam
----------
Post subject: Re: SJ 2069: warna rambut kerana trend atau style
Berikut ini adalah petikan jawapan saya di:
http://al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab155.htm
Barangkali pada tulisan berwarna merah ada kaitan dgn soalan sdra.
-------------------------------------
Petikan
--------------------------------------
Mewarna rambut
"Server.com Webserver" wrote:
Please do not reply to this email.
Nama penuh: MARISHA
E-email: nad_zogun@hotmail.com
Soalan: This might be petty and ridiculous question but if somebody could help me confirm, it will save alot of muslim man and woman especially regarding `hair colouring' should wrong message has been passed.
I have all this while been informed that hair colourings (products like Wella etc)when used, will `sealed' the hair of user and therefore once you junub especially and perform abolutions, then it is `tidak sah'. Now, in the market, the products carry the seal of Jabatan Agama Islam and carry the word Halal.
I have asked the employees of Georgetown Pharmacy in SS15, Subang Jaya, what do you category by Halal. They informed me that there is no Najis in the ingredient. And when I asked them whether `boleh air telus bila mandi wajib and ambil air sembahyang?'. They said `must be because ada tanda halal'. The ingredients in the box that carry the halal sign is similar to the ingredients before they carry the halal sign.
I am a bit worried since most of my friends now has multi-colored rainbow heads parading in this already sick and confused world, not to mention this country like there is no akhirat.
I have tried to contact Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), but I probably could get better information from my dead father from the grave. Thank you and your help is very much appreciated.
--------------------------------------------------------------------------------
Jawab
Alhamdulillah inilah jawapannya:
Kita boleh membahagikan masalah ini kepada 2 bahagian:
1. Hukum mewarna rambut.
2. Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas.
----------------
1. Hukum mewarna rambut.
Umat Islam dibenarkan mewarnakan rambutnya. Berikut ini kami terjemahkan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenainya (Al-halal Wal haram Fil Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi, hal.89-09):
[Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan wambut atau janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarna rambut dan mngubahnya dengan beranggapan, antaranya ialah berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dan beragama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli-ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan.
Tetapi Rasulullah s.a.w. melarang mengikut (taqlid) kepada suatu kaum dan mengikuti jejak langkah mereka, supaya umat Islam sentiasa mempunyai keperibadian yang berbeza, zahir dan batin. Dan, diriwaytakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka. (HR Bukhari).
Amar (perintah) di sini mengandungi maksud sunat, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para sahabat, seperti Abu Bakar dan Umar. Manakala yang lainnya tidak melakukan (mewarna rambut), seperti Ali, Ubai bin Ka'b dan Anas.
Tetapi, dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam?
Orang yang telah tua, ubannya telah merata semada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mearna dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya ABu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda:
"Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim).
Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam amsalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari)
Segolongan ulamak salaf membenarkan mewarna dengan warna hitam, mereka ialah Saad bin ABi Waqqas, uqbah bin Amir, Hasan, Husain, Jarir dan selainya.
Sebahagian ulamak berpendapat tidak boleh dengan warna hitam kecuali dalam keadaan perang agar dapat menakutkan musu. Kerana mereka akan melihat semua tentera-tentera Islam masih kelihatan muda. (Fathul Bari).
Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan:
"Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan)
Katam adalah satu pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai berwarna merah.
Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.]
*****intaha al-Qardhawi****
----------
[color=red]Masalah:
Namun amat disayangkan sekali pada hari ini.. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jika melihat kepada saranan nabi kepada kita agar mewarnakan rambut apabila telah beruban agar kita ini berbeza dengan orang Yahudi (kafir), namun sekarang ini sebahagian dari kita mewarna rambut kerana tidak ingin berbeda dengan orang kafir.
Sudah menjadi tabiat, bangsa yang lemah meniru bangsa yang kuat. Dan, kerana orang barat rambutnya berwarna perang, maka sebahagian anak-anak muda Islam mewarnakan rambutnya dengan warna perang. Supaya kelihatan seperti orang barat. Mereka melakukannya kerana kagum, kasih dan cintakan kaum berkenaan.Sebahagiannya mewarna-warnikan rambut kerana mengamalkan budaya punk.
Adalah tidak wajar jika mereka mengatasnamakan sabdaan Rasulullah s.a.w. terhadap perlakuan mereka ini. Mereka berbuat demikian bukan sebab sabdaan Nabi atau secara bersahaja, tetapi kerana fikiran dan jiwa mereka sudah terpaut dengan kaum kafir atau budaya tertentu. Syarak tidak mengiktiraf perlakuan begini.
"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum itu." (HR Abu Daud)
[/color]
-----------
2. Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas.
Para ulamak telah ijmak mengatakan wajib menyampaikan air ke tubuh badan samada mandi atau wuduk, kecuali ketika darurat. Sebab itulah kita diperintahkan supaya menyelat-nyelati jari dan menggerak-gerakkan cincin agar air dapat sampai ke kulit. Dalilnya ialah hadis riwayat al-Khamsan dan disahihkan oleh al-Tarmizi dari Laqith bin Shabrah. Dan hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Daruquthni dari Abu Rafi' dengan sanad Dha'if.
(Lihat Ahsanul Kalam fil Fatawa Wal Ahkam, vol 1, hal. 57-58)
------------------------
Kembali kepada soalan: Apakah pewarna dari syarikat tertentu yang ada tanda halal boleh digunakan?
Jawapan secara umumnya adalah berdasarkan kepada dua penjelasan di atas. Ia boleh digunakan jika produk berkenaan:
1. Bebas dari najis.
2. Tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi hadas.
Masalah ini samalah dengan masalah pewarna kuku. Islam membenarkannya tetapi bahan yang digunakan mestilah menepati ciri-ciri di atas.(ibid)
Dan, jelaslah di sini, bukan perbuatan mewarna itu yang diharamkan tetapi bahan yang digunakan. Kerana ia membabitkan sah atau tidaknya pengangkatan hadas besar dan kecil. Melainkan jika seseorang itu selepas memakainya tidak berhadas langsung samada besar ataupun kecil.
------------
Untuk mengetahui samada bahan berkenaan menghalang air ataupun tidak, kami kira tidak susah. Jika ia berfungsi seperti inai atau za'faran atau kunyit, maka tidak mengapa. Jika ia sebagaimana minyak hitam (motor dsbnya), cat dsbnya, sudah tentu ia menghalang air.
------------
Kami hanya dapat menukilkan hukum secara umum. Secara perinciannya, bolehlah melakukan penelitian sendiri terhadap bahan berkenaan, atau bawa kepada orang dalam bidang berkenaan, atau bertanya kepada pihak JAKIM (but I probably could get better information from my dead father from the grave..) Untuk melakukannya hendaklah berdasarkan kepada garis panduan di atas. Dan, sesiapapun boleh melakukannya, tidak semestinya ulamak / ustaz.
Wallahu a'lam.
zain ys
Panel aL-AHKAM online

Janggut Misai Menurut Sunnah
Assalamu'alaikum. Dalam hadis sahih riwayat bukhari dan muslim, Rasulullah s.a.w. jelas mengarahkan agar memotong misai dan menyimpan janggut. Saya ada beberapa soalan yg berkaitan dgn hadis tersebut:
1.Bagaimanakah cara memotong misai menurut sunnah? Adakah mencukur sehingga licin atau menggunting sehingga pendek atau sekadar menggunting lebihan misai yg menutup bibir?
2.Apakah yg dimaksudkan dgn janggut dlm hadis tersebut? Adakah sekadar 'rambut' di dagu atau termasuk juga dgn jambang(bagi yg berjambang)?
3.Jika mengikut mazhab syafie, hukum menyimpan janggut adalah sunat. Tetapi ada pihak yg bukan bermazhab syafie yg berpendapat hukum menyimpan janggut adalah wajib dan mencukurnya adalah haram. Pendapat manakah yg rajih?
4.Adakah memotong misai dan menyimpan janggut bagi lelaki (bagi yg dah tumbuh ler) sbgmana yg disebutkan dlm hadis adalah wajib atau sunat sahaja?
5.Saya gemar mencukur misai dan jambang (sehingga licin) tetapi membiarkan janggut di dagu, apabila janggut saya panjang pula, saya akan mengguntingnya, maknanya panjang janggut saya tidak sampai segenggam penumbuk kerana saya suka mengguntingnya apabila panjang. Apakah perbuatan saya ini bertepatan dgn sunnah atau sebaliknya? Ini kerana saya pernah terdengar bahawa panjang janggut menurut sunnah ialah mengikut panjang segenggam penumbuk.
Sekian, terima kasih.
----------
wa'alaikumussalaam..
ana cuba jawab insya Allah...
1- terdapat kedua2 sekali dalam amalan salaf. ada yg cukur misai dan ada yang nipiskan misai. yang pasti, kalau dah lebih tu kena la cukur. Ibn Qayyim dalam bukunya Zad al-Ma'ad ada bincangkan perkara ni dan dalam kalangan imam mazhab 4 pun berbeza pendapat. wallahu a'lam. pada ana, zahir hadith menunjukkan bahawa ia adalah menipiskan sahaja dan bukan mencukurnya. Tambahan thtl tahqiq al-Qardhawi: pendapat pilihan ialah menipiskan atau memendekkan misai bukan mencukurnya sampai habis (F_Thaharah)
2- Ibn Hajar al-Asqalani telah menyebut dalam bukunya Fath al-Bari huraian Sahih al-Bukhari bahawa jambang adalah termasuk dalam janggut. ia adalah maksud dari segi bahasa arab sendiri bagi perkataan 'lihyah' atau kita terjemahkan dgn janggut.
3- terdapat perbezaan pendapat tentang hukum menyimpan janggut. setakat pembacaan, didapati bahawa ulama terdahulu tidak menyatakan dgn jelas tetapi berdasarkan amalan mereka, mereka tidak pernah cukur janggut. sebenarnya ada ulama dalam mazhab syafie dan juga mazhab2 lain yg menyatakan sunat. tapi itu adalah ulama terkemudian. imam syafie sendiri tidak ada menyebut tentang perkara itu. lebih baik simpan daripada cukur. Tahqiq thtl: al-Qardhawi berkata, aku berselisih dengan majoriti fuqaha' dalam bab wajibnya janggut secara mutlak, di mana hukum yang adil ialah sunnat mu'akkad kerana ia dimasukkan dalam bab sunan al-fitrah dan juga termasuk dalam lingkungan budaya dan tradisi.
4-soalan ni dah terjawab dgn jawapan soalan 3 tadi.
5- kadar ukuran segenggam bagi janggut itu adalah berdasarkan amalan sahabat yang pasti melihat Rasulullah SAW menyimpan sebegitu. dalam hadith lain, Rasulullah SAW dilihat daripada bahagian depan lalu lehernya terlindung dengan janggutnya. bagi saya, wallahu a'lam, anda tidak salah kalau ingin menipiskannya. pun begitu, membiarkannya dalam keadaan terurus adalah lebih menghampiri saranan dalam hadith itu. Tahqiq thtl: amalan sahabat yg dimaksudkan itu ialah Ibn Umar ra, ketika dia mengerjakan Haji, maka ketika dia bertahallul dari ihram, akan mencukur rambutnya dan memangkas janggutnya pada ukuran segenggam. itulah timbulnya kisah ukuran segenggam. Kita pun tahu betapa kuatnya Ibn Umar menekuni sunnah, maka sebab tu tabi'iin mengikuti dan menyibarkan hal ini. (syarh Kirmani ala Bukhari (21/111)
Oleh kerana dia hanya mauquf kepada Ibn Umar, maka ia dikembalikan kepada maksud hadith yang asal, boleh menyimpan panjang asalkan rapi spt mana kata alitantawi.

Janggut
Assalamualaiki
Ustaz saya nak tanya pasal janggut. Ni janggut ada kata wajib, ada kata boleh trim atau cukur . Apa pendapat ustaz?
Lagi satu soalan , saya ada janggut ni. Style dia macam Dr MAZA . Saya nak tanya , minyak apa nak pakai untuk janggut untuk kasih lembut dan straight.
------------
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan alkathiri dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Mengenai hukum boleh atau tidak mencukur atau memendekkan janggut, saya secara pribadi memilih padangan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Berikut petikan pandangan beliau dari buku al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (cetakan ke 27, Kaherah : Maktabah Wahbah, 2002, muka surat 86) :-
"Kami menyatakan terdapat 3 pandangan berkenaan dengan mencukur janggut -
1. HARAM. Ini merupakan pandangan Ibn Tamiyah dan lain-lain.
2. MAKRUH. Ini merupakan pandangan 'Ayyad sebagaimana yang disebut didalam al-Fath al-Bari, dan tidak disebut yang lain.
3. HARUS (dibolehkan), yang merupakan pandangan ulama' kini.
Pandangan kedua, iaitu MAKRUH, merupakan pandangan yang lebih hampir kepada kebenaran dan sederhana.
Sebagaimana dalil/alasan membela janggut adalah untuk membezakan diri dengan orang kafir, maka samalah dengan hal mewarnakan rambut yang beruban untuk membezakan diri dari kaum Yahudi dan Nasrani; diketahui bahawa terdapat beberapa sahabat yang tidak mewarnakan rambut beruban mereka, ternyata ianya adalah mustahab (digalakkan) dan bukan wajib. Begitu juga membela janggut boleh dianggap sebagai digalakkan (mustahab) dan bukan wajib, maka mencukurnya adalah MAKRUH dan bukanlah HARAM. Memang benar bahawa tidak ada seorang sahabat pun yang diketahui mencukur janggut mereka. Mungkin tidak ada keperluan mencukurnya, dan membelanya adalah adat dikalangan mereka."
Boleh rujuk perbincangan yang lalu berkenaan dengan hukum-hakam janggut ini :-
SJ-14-0047 : Janggut, misai menurut sunnah
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32806
Minta ma'af, mengenai minyak, walaupun saya pun berjanggut, tidak pula pernah menggunakan mana-mana minyak untuk meluruskannya. Ini kena tanya dengan sahabat2 yang arif.
Sekian, wassalam

وبهذا نرى أن في حلق اللحية ثلاثة أقول: قول بالتحريم وهو الذي ذكره ابن تيمية وغيره. وقول بالكراهة وهو الذي ذكر في الفتح عن عياض ولم يذكر غيره. وقول بالإباحة وهو الذي يقول به بعض علماء العصر. ولعل أوسطها أقربها وأعدلها -وهو القول بالكراهة- فإن الأمر لا يدل على الوجوب جزما وإن علل بمخالفة الكفار، وأقرب مثل على ذلك هو الأمر بصبغ الشيب مخالفة لليهود والنصارى، فإن بعض الصحابة لم يصبغوا، فدل على أن الأمر للاستحباب.
صحيح أنه لم ينقل عن أحد من السلف حلق اللحية، ولعل ذلك لأنه لم تكن بهم حاجة لحلقها وهي عادتهم.
صحيح أنه لم ينقل عن أحد من السلف حلق اللحية، ولعل ذلك لأنه لم تكن بهم حاجة لحلقها وهي عادتهم.
"Kami menyatakan terdapat 3 pandangan berkenaan dengan mencukur janggut -
1. HARAM. Ini merupakan pandangan Ibn Tamiyah dan lain-lain.
2. MAKRUH. Ini merupakan pandangan 'Ayyad sebagaimana yang disebut didalam al-Fath al-Bari, dan tidak disebut yang lain.
3. HARUS (dibolehkan), yang merupakan pandangan ulama' kini.
Pandangan kedua, iaitu MAKRUH, merupakan pandangan yang lebih hampir kepada kebenaran dan sederhana.
Sebagaimana dalil/alasan membela janggut adalah untuk membezakan diri dengan orang kafir, maka samalah dengan hal mewarnakan rambut yang beruban untuk membezakan diri dari kaum Yahudi dan Nasrani; diketahui bahawa terdapat beberapa sahabat yang tidak mewarnakan rambut beruban mereka, ternyata ianya adalah mustahab (digalakkan) dan bukan wajib. Begitu juga membela janggut boleh dianggap sebagai digalakkan (mustahab) dan bukan wajib, maka mencukurnya adalah MAKRUH dan bukanlah HARAM. Memang benar bahawa tidak ada seorang sahabat pun yang diketahui mencukur janggut mereka. Mungkin tidak ada keperluan mencukurnya, dan membelanya adalah adat dikalangan mereka."
Boleh rujuk perbincangan yang lalu berkenaan dengan hukum-hakam janggut ini :-
SJ-14-0047 : Janggut, misai menurut sunnah
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32806
Minta ma'af, mengenai minyak, walaupun saya pun berjanggut, tidak pula pernah menggunakan mana-mana minyak untuk meluruskannya. Ini kena tanya dengan sahabat2 yang arif.
Sekian, wassalam
Campur Aduk Antara Mazhab
Salam
1) Bolehkah kita mencampur aduk mazhab seperti contohnya, kita ambil wuduk cara syafei, batal wuduk cara hanafi dll.
2) bolehkah kita mengambil pendapat yang paling mudah dalam semua masalah sehingga tercampur semua pendapat2 mazhab.
_________________
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1) Seseorang muqallid yang mencampur aduk pendapat beberapa mazhab dalam satu masalah yang mempunyai beberapa cabang yang berkait, dinamakan sebagai talfiq.
Majmak Feqah Islamiy dalam persidangannya pada tahun 1414H di Brunei, membuat ketetapan bahawa talfiq dilarang dalam situasi berikut:
- untuk mengambil pendapat yang mudah semata-mata kerana hawa nafsu, atau menyebabkan terabai prinsip yang digariskan untuk mengamalkan rukhsah.
- menyebabkan ia berlawanan dengan hukum qadha'.
- menyebabkan berlawanan dengan suatu yang telah diamalkan secara taqlid, dalam satu-satu kes.
- menyebabkan berlawanan dengan ijmak.
- menyebabkan terjadinya satu keadaan campur aduk yang tidak pernah dipersetujui oleh mana-mana mujtahid pun.
Adapun mengikut beberapa mazhab kerana melihat kepada kekuatan dalil, dengan tidak membawa kepada talfiq, bukan satu kesalahan.
2- Berkenaan mengambil pendapat yang paling mudah dalam semua masalah, ia jelas ditegah.
Dalam kitab 'Jamik Bayan al-Ilm Wa Fadhlih' karya Ibn Abdil Barr, dinukilkan kata-kata Sulaiman al-Taimiy, "Jika kamu mengambil pendapat mudah dari setiap orang alim, maka terhimpunlah segala keburukan pada kamu". (2/91).
Kemudian, Ibn Abdil Barr membuat komentar, "Perkara ini adalah ijmak yang aku tidak mengetahui ada perselisihan padanya".
Wallahu A'lam.

Hadis Jihad
Salam
Ana pernah dengar tentang hadis jihad melawan hawa nafsu adalah jihad paling besar dan utama, minta jasa baik Panelis hurai dan jelaskan statusnya..
Jkk..
Wassalam
--------
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Dalam hadis Jabir, sekumpulan sahabat pulang dari satu peperangan, lalu Nabi SAW bersabada: Kamu pulang dari jihad kecil kepada jihad yg lebih besar, iaitu: Mujahadah seseorang hamba terhadap nafsunya.
HR: Dailami, dan dinilai DHAIF oleh muhadditheen dan muhaqqiqeen. (Silsilah Dhaifah 5/478).
Kata Ibn Taimiyyah: Tiada asal baginya, tidak diriwayatkan oleh seorang pun dari kalangan mereka yang arif dalam percakapan dan perbuatan Rasulullah SAW. Jihad menentang orang kafir itulah yang paling besar, bahkan amalan sunat yang paling afdhal.
(Majmuk Fatawa 11/197).
Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa jihad melawan hawa nafsu juga adalah suatu yang dituntut oleh syarak. Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW: "Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya" HR Tirmizi (no: 1621). Katanya: Hadis Hasan Sahih.

Tulang Daging Kurban
ssalamualaikum,
Ustaz,
Berdasarkan soalan SJ-10-0093:tulang aqiqah.
1. Oleh itu, adakah tulang-tulang aqiqah boleh dibuang direct ke dlm tong sampah?
2. Bagaimana pula tulang daging korban?
3. Harap ustaz terangkan cara terbaik buang tulang-tulang dan cebisan daging aqiqah dan kurban.
Terima kasih.
------------
Salam...
Sepertimana yang telah disebutkan dalam jawapan bagi soalan diURL dibawah :
Maka kesimpulannya ialah :
1. Tidak ada petunjuk dari Rasulullah saw agar tulang-tulang dan lebihan daging korban atau akikah yang mesti ditanam.
2. Pendapat yang mengatakan tulang dan daging tersebut mesti ditanam adalah berdasarkan kepada anggapan masyarakat Nusantara yang menganggap bahawa amalan korban dan akikah sebagai amalan 'taqarrub' (mendekatkan diri kepada Allah).Maka segala perkara yang terlibat dalam amalan tersebut dianggap sebagai suci dan wajib untuk dihormati.Sebab itu juga , terdapatnya amalan sesetengah masyarakat melayu / nusantara yang menghormati sejadah yang digunakan untuk bersembahyang di atasnya.
3. Perbuatan menanam tulang dan daging tersebut juga adalah perbuatan yang menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada umat Islam.Ini kerana , setiap muslim dikehendaki menyimpan dahulu atau melonggok tulang tersebut didapur sebelum ditanam keesokkannya dan perbuatan ini tidak bertepatan dengan maksud kemudahan yang terkandung dalam intipati syariat Islam itu sendiri.
Maka tulang dan daging tersebut boleh dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah dan sebagainya.
WA

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36579&sid=0d89ba0882cc088e6e2731ad371f575c
---------
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan.
Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah hadith Nabi saw :-
أتاني داعي الجن فذهبت معه فقرأت عليهم القرآن قال : فانطلق بنا فأرانا آثارهم وآثار نيرانهم وسألوه الزاد فقال : لكم كل عظم ذكر اسم الله عليه يقع في أيديكم لحما وكل بعرة علف لدوابكم فقال النبي : فلا تستنجوا بهما فإنهما زاد إخوانكم
Berkata Ibn Mas'ud ra : 'Rasulullah saw berkata : Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.' Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : 'Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu'. Nabi saw bersabda : 'Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu' [Hadith riwayat Muslim #450].
Hadith ini menjelaskan bahawa :
a. Nabi saw membacakan al-Quran kepada Jin Islam
b. Tulang binatang sembelihan yang disebut nama Allah adalah makanan kepada Jin Islam.
c. Lebihan daging itu pula adalah makanan kepada binatang.
d. Larangan beristinjak dengan tulang
e. Ada dikalangan ulama yang mengatakan bahawa Jin yang kufur akan memakan tulang yang tidak disembelih dengan nama Allah.
Kesimpulannya adalah tidak ada nas yang menyuruh menanam tulang binatang aqiqah selepas selesai memakan dagingnya. Perintah larang yang ada adalah seseorang itu tidak boleh beristinjak menggunakan tulang binatang yang disembelih dengan nama Allah swt kerana tulang itu adalah makanan saudara kita seIslam, iaitu Jin Islam. WA.
Sekian, wassalam
Maka kesimpulannya ialah :
1. Tidak ada petunjuk dari Rasulullah saw agar tulang-tulang dan lebihan daging korban atau akikah yang mesti ditanam.
2. Pendapat yang mengatakan tulang dan daging tersebut mesti ditanam adalah berdasarkan kepada anggapan masyarakat Nusantara yang menganggap bahawa amalan korban dan akikah sebagai amalan 'taqarrub' (mendekatkan diri kepada Allah).Maka segala perkara yang terlibat dalam amalan tersebut dianggap sebagai suci dan wajib untuk dihormati.Sebab itu juga , terdapatnya amalan sesetengah masyarakat melayu / nusantara yang menghormati sejadah yang digunakan untuk bersembahyang di atasnya.
3. Perbuatan menanam tulang dan daging tersebut juga adalah perbuatan yang menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada umat Islam.Ini kerana , setiap muslim dikehendaki menyimpan dahulu atau melonggok tulang tersebut didapur sebelum ditanam keesokkannya dan perbuatan ini tidak bertepatan dengan maksud kemudahan yang terkandung dalam intipati syariat Islam itu sendiri.
Maka tulang dan daging tersebut boleh dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah dan sebagainya.
WA
Kurban Sembelih Dua Kali
Wassalam
seorang penyembelih ketika sedang menyembelih se\kor lembu tiba2 ia menggelupur dan terjatuh pisau tanpa sengaja. lembu pun terlepas.
kmdn lembu tadi ditgkap dan disembelih kali kedua....
adakah sah sembelihan tadi dan boleh dimakan...
------------
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
- Jika berlaku sembelihan dua kali disebabkan keadaan darurat, seperti pisau terlepas secara tidak sengaja, maka sah sembelihan itu secara sepakat ulama. Sebahagian ulama mensyaratkan ketika disembelih kali kedua, binatang itu masih dalam hayat mustaqirrah (kehidupan yang kuat, seperti masih kuat menggelepur).
- Jika berlaku sembelihan dua kali, tanpa ada darurat, tetapi sembelihan kedua itu dilakukan secara segera sejurus selepas itu, maka ada khilaf ulama. Yang ditarjihkan oleh Lajnah Fatwa IslamWeb ialah sah sembelihan itu.
- Tetapi jika sembelihan pertama belum sah, kemudian binatang terlepas, dan mengambil masa yang lama untuk dilakukan sembelihan kedua, sedangkan ia sudah sampai kepada hayat mazbuh, maka tidak sah sembelihan itu.
Wallahu A'lam.
Rujukan Islamweb Net

Upacara Doa Seharian
Assalamualaikum...
Di pejabat saya setiap hari diadakan bacaan doa secara berjemaah sebelum bermulanya sesi pekerjaan. Apa yang musykilnya,,, ada beberapa orang sahabat saya tidak mengangkat tangan untuk berdoa malah melakukan kerja lain semasa orang lain berdoa. Menurutnya cara berdoa tersebut adalah tidak betul dan menyerupai orang Kristian serta tidak mengikut sunah Nabi kerana dilakukan secara berdiri dan menjadi rutin harian. Minta penjelasan tuan sama ada bacaan doa boleh dilakukan secara berdiri dan berjemaah serta menjadikannya sebagai rutin harian?
-----------
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
- Tidak ada halangan daripada syarak untuk berkumpul dan berdoa secara jemaah, iaitu seorang melafazkan bacaan doa secara umum, dan yang lain mengaminkan doanya.
- Tetapi dengan syarat amalan itu tidak dijadikan amalan tetap seperti setiap hari, atau seminggu sekali, atau sebulan sekali, atau setiap kali selepas solat fardhu, atau setiap kali sebelum memulakan sesi pembelajaran atau apa-apa aktiviti, atau apa2 yg berbentuk tetap.
- Imam Ahmad bin Hanbal ditanya: Adakah ditegah suatu kumpulan berkumpul sambil mereka berdoa dan mengangkat tangan mereka?
Jawab Imam Ahmad: Aku tidak menggapnya suatu yg dibenci, jika mereka tidak berkumpul secara berterusan.
- Adapun menjadikannya sebagai suatu adat yg diulang-ulangi pada waktu2 tertentu, maka ia termasuk dalam perkara bidaah.
Wallahu A'lam
rujukan:
Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqeem oleh Ibn Taimiyyah 1/305

Hadis Sujud Turun Tangan Atau Lutut Dulu
Salam
Saya ingin bertanya,antara meletakkan tangan dan meletakkan lutut,yang manakah merupakan sunnah yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w?Ataupun kedua-duanya merupakan sunnah?jika ya,yg manakah mempunyai nas yg lebih kuat?Terima kasih.
------------
wa'alaikumussalam
Sila lihat perbincangannya didalam URL berikut :-
SJ-2524 : Hadis terbalik? (kaedah turun sujud)
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=12585
Sekian,wassalam
---------------
Wa'alaikumussalam sdr rizal1039
Alhamdulillah. Saya akan cuba menjawabnya yang sedaya yang mungkin kerana Sheikh moderator-moderator ruangan Fiqh ini sedang bercuti. Tajuk soalan sdr 'Hadith terbalik?' kalau sekali baca, memang boleh menarik perhatian ): . Ingat kot amalan Qul Hu Allah songsang atau amalan yang sewaktu dengannya, rupa-rupanya Hadith yang menerangkan 2 kaedah bagaimana hendak turun sujud didalam solat.
Persoalan yang merujuk kepada hadith dan cara 'duduk' unta semasa melakukan perbuatan ketika hendak sujud merupakan satu perkara di diperselisihkan oleh ulama'-ulama'. Hadith yang sdr rizal1039 rujuk tadi tarafnya sahih dikalangan beberapa ulama' hadith dan ia juga digunakan oleh beberapa ulama bagi menjustifikasikan kaedah bagaimana hendak turun melakukan sujud. Sebelum kita melihat penerangan mereka yang berpegang kepada hadith, rasanya eloklah kita lihat hadith dan perbuatan sujud yang dipegang oleh kebanyakkan ulama.
Menurut mazhab Hanafi, Syafie dan satu pandangan yang diriwayatkan dari Ahmad, seseorang yang ingin sujud hendaklah menurunkan lututnya dahulu, kemudian barulah tangannya. Al-Tirmudzi menganggap walaupun ini adalah amalan kebanyakkan ulama, sebagaimana yang beliau ucapkan didalam Sunannya (2/57).: "[Ini adalah] amalan kebanyakkan ulama' " {والعمل عليه عند أكثر أهل العلم }: mereka merasakan bahawa seseorang itu harus turun dengan lututnya sebelum meletakkan tangannya dibahawa, dan bila ia bangun ia harus menangkat tangannya dahulu sebelum lututnya. Mereka menggunakana hadith Waa'il ibn Hajar yang berkata :
"Aku melihat Nabi saw apabila beliau sujud, dia meletakkan lututnya sebelum tangan, dan bila beliau naik, beliau akan mengangkat tangannya sebelum lutut" (Riwayat Abu Daud, Al-Tirmudzi, Al-Nasaai', Ibn Majah (1/345). Tirmudzi berkata bahawa hanya seorang yang meriwayatkannya ialah Yazid ibnm Harun dari Shurayk. Tiada siapa yang meriwayatkan dari 'Aasim ib Kulab melainkan Shurayk, dan Shurayk bukanlah kuat. Dan berkata Al-Baihaqi didalam Al-Sunan (2/10): Isnad ini dhai'f (lemah). Albani mengkelaskan hadith ini sebagai dhai'f didalam al-Mishkaat (898), al-Irwa' (2/75).
Lain-lain ulama mengkelaskan hadith ini sebagai Sahih, seperti Ibn al-Qayyim (Zaad al-Ma'aad). Mereka yang mendokong bahawa harus turun sujud menggunakan lutut dahulu ialah Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah, Ibn Al-Qayyim, dan juga beberapa ulama zaman ini seperti Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, Sheikh Muhammad ibnu Saalih Al-Uthsaimin dan Al-Jibrin.
Kata bin Baaz didalam Majmu' fatawa:
"Yang terbaik : Dua lutut dahulu, kemudian kedua-dua tangan dan kemudiannya muka, dari hadith Waa'il dan apa yang datang dengan maknanya"[4/234][1].
Malik, al-Awzaai dan ulama' hadith yang lain yang berpandangan sujud harus dahulukan tangan (seperti yg sdr rizal1039 katakan tadi) , berdasarkan oleh hadith Abu Hurairah yang berkata:
"Rasulullah saw bersabda :'Apabila seseorang itu sujud, janganlah turun kamu seperti unta, dan letakkanlah tangan sebelum lutut' (Riwayat Ahmad (2/381), Abu Daud, Al-Tirmudzi dan Al-Nasaai'. Al-Nawawi didalam Kitab Al-Maj'mu' (3/241) berkata bahawa Isnaadnya Sahih dan Al-Nassai mengatakan Jayyid Isnaad (Isnad yang baik). Al-Albani didalam al-Irwa' (2/78) telah mengkelaskan hadith ini sebagai Sahih.
Jelas Al-Albani didalam nota kaki didalam buku Sifat Solaat Nabi (ms 141) bahawa :
"Ketahuilah bahawa unta berbeza [dari perbuatan turun seorang yg bersolat] dari meletakkan kedua tangan sebelum lutut! Unta meletakkan lututnya [dahulu], dan kedua-dua tangannya. Sebagaimana didalam buku "Lisanu Al-Arab" dan kitab-kitab bahasa yang lain."[2]
Maka cara turun untuk sujud menurut Al-Albani [Sifat Solat Nabi, 140] dan didalam Talkhis Sifat Solat Nabi ialah :
"kemudian ia harus turun bawah sujud dengan tangannya, meletakkan ia kebawah sebelum lutut. Ini adalah sebagaimana perintah Rasulullah saw dan thabit baginda melakukannya, dan dilarang meniru cara unta duduk, cara duduk dengan lutut dahulu."[3]
Didalam penyelesaian hal ini, Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah telah mengatakan didalam buku Al-fatawa (22/449) bahawa :
"Jika melakukan Solat meletakkan lutut sebelum tangan, dan jika melakukan Solat meletekkan tangan, kemudiannya lutut, solatnya SAH menurut persetujuan ulama', cuma mereka beselisih antara mana yang afdal"[4]
wallahu 'alam
-wassalam-
Rujukan :
1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Bazz. Majmu' Fatawa Samaahah Abdul Aziz Bin Baaz - 4 Riyad : Dr Al-Watan, 2000.
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solaat al-Nabi (saw) Cetakan ke 2. Riyad : Maktab Al-Ma'arif, 1996.
3. Abdul Rahman Muhammad bin Qaasim. Majmu' Fatawa Sheikh Ibnu Taimiyyah. Beirut : Resalah.
_________________
خيرالأمين
SEBAGAI TAMBAHAN BAGI JAWAPAN al-FADHIL TUAN HAJI KAMIN
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara riza1039 dan juga kepada al-Fadhil Ustaz Haji Kamin yang telah berjaya menjawab soalan di atas dengan begitu baik .
Saya hanya akan memberikan komentar tambahan berkenaan dengan “ bagaimanakah cara unta turun “ ? kerana inilah persoalan utama yang menyebabkan perselisihan pendapat di kalangan para fuqaha’ rh di dalam masalah turun sujud ini ( dan juga masalah naik daripada sujud ke rakaat selanjutnya ) .
Secara ringkasnya ada 2 kelompok ulama’ di dalam masalah ini :
KELOMPOK PERTAMA :
Mereka mengatakan bahawa apabila hendak turun sujud , maka hendaklah dengan meletakkan lutut terlebih dahulu kemudian barulah tangan .
Kata mereka lagi , kalau dibuat sebaliknya , maka jadilah turun itu seperti unta dan inilah cara yang dilarang oleh Baginda Rasulullah s.a.w .
Golongan ini juga menggunakan hadis yang diriwayatkan ataupun dipergunakan oleh al-Imam Abu Hanifah rh , al-Imam Muhammad Idris asy-Syafi’e rh , al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh ( menurut salah-satu pandangannya ) , al-Imam at-Tirmidzie ( dengan mengatakan cara ini adalah cara yang dipraktikkan oleh majoriti ulama’ ) , al-Imam Abu Daud rh , al-Imam an-Nasaie rh , al-Imam Ibnu Taimiah rh , al-Imam Ibnul Qaiyim rh dan beberapa ulama’ terkini seperti Syeikh ‘Abdul Aziz Bin Baz rh ( bekas Mufti Arab Saudi ) , Syeikh Muhammad Bin Soleh al-‘Utsaimin rh dan Syeikh Ibnu Jibrin rh .
KELOMPOK KEDUA :
Kelompok ini pula mengatakan bahawa apabila hendak turun sujud , maka hendaklah diletakkan kedua-dua tapak tangan terlebih dahulu , kemudian kedua-dua lutut dan diakhiri dengan muka .
Menurut mereka pula , jika dibuat sebaliknya maka itulah dia cara unta turun sujud dan itulah cara yang dilarang .
Golongan ini diwakili oleh al-Imam Malik Bin Anas rh , al-Imam al-Auza’ie rh dan muhaddis di zaman moden , Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rh serta beberapa orang ulama’ .
Kelompok ini adalah kelompok minoriti .
KAEDAH SEBENAR TURUN SUJUD :
Setelah diperhatikan hujah kedua-dua pihak maka yang nyata di sini ialah LARANGAN MENIRU CARA UNTA TURUN merupakan topik yang disepakati bersama di kalangan mereka . Cuma , yang menjadi pertikaiannya sekarang ialah bagaimanakah cara unta turun ( menderum ) ke bumi ? .
Menurut pengalaman saya , semenjak kecil sampailah kelas Tsanawi ‘Aliy ( Menengah Atas ) di pondok dan SAR , saya beramal dengan hadis yang dipegang oleh Para Ulama’ Kelompok Pertama di atas .
Namun setelah saya bertemu semula dengan beberapa rakan saya yang belajar di Pakistan , mereka mengatakan bahawa amalan saya itu tidak betul , yang betul ialah sebagai mana hadis yang dijadikan alasan oleh golongan ulamak kedua itu .
Setelah saya meneliti perbahasan tersebut ( sekitartahun 1990 ) di dalam kitab “ SILSILAH al-AHADITS ad-DHO’IEFAH “ oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rh ( Jilid kedua ) nyatalah bahawa beliau rh telah mentadh’iefkan ( melemahkan ) hadist yang dipegang oleh kelompok ulama’ pertama . Ertinya di sini , cara yang paling tepat dengan cara yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah dengan turun sujud dengan kedua-dua tapak tangan terlebih dahulu , kemudian barulah lututnya . Dan semenjak hari itu , saya telah menukar cara turun sujud saya dengan cara yang dipegang oleh para ulama’ kelompok kedua itu . :smirk:
Kemudian , pada pertengahan tahun 90’an , saya telah ditaqdirkan Allah Ta’ala untuk melanjutkan pengajian di Mesir ini ( alhamdulillah ) dan setelah beberapa sampai saya sendiri telah berkesempatan ke Piramid di Giza dengan beberapa orang teman-teman sepengajian .
Di situ terdapat beberapa ekor unta yang memang dijadikan tunggangan dan disewa untuk tujuan itu oleh para pengunjung Piramid di Giza . Kebetulan di situlah saya telah berkesempatan melihat unta turun dan daripada situlah saya teringat kembali perbahasan ulama’ sekitar masalah itu .
Unta merupakan binatang berkaki empat . Kita anggap sahajalah kedua-dua kaki depannya seperti kedua-dua tangan kita ( sbg manusia ) dan kedua-dua kaki unta pula seperti kedua-dua kaki ini . Ini demi memudahkan kita memahami permasalahan ini .
Apakah yang saya lihat ? . Saya melihat unta tersebut turun ke bumi dengan cara melatakkan kedua-dua kaki hadapannya terlebih dahulu , Maknanya cara sujud yang dilarang kerana menyerupai unta ialah meletakkan kedua-dua tangan terlebih dahulu .
Memang saya terkejut kerana selama ini saya menyangka ( kerana tidak pernah berpeluang memerhatikan cara unta turun ke bumi bagaimana ) unta turun dengan kedua-dua kaki belakangnya terlebih dahulu . Rupa-rupanya yang sebenarnya ialah cara yang berlawanan pula . :ooo:
Bukan sekali saya perhatikan cara unta turun , kali kedua saya berkesempatan melihat unta turun ke bumi ketika ke Semenanjung Sinai ( sempadan Palestin ) pada tahun 1997 . Sah dan confirm ….memang unta turun dengan cara meletakkan kaki hadapannya terlebih dahulu . Bukan setakat cara unta turun , saya sendiri berpeluang juga melihat bagaimanakah unta bangun pula ( iaitu dengan cara mengangkat kaki belakang ) terlebih dahulu . :grin:
Semenjak itu ( semenjak peristiwa di Piramid lagi ) , saya rujuk semula kepada amalan lama saya iaitu meletakkan kedua-dua lutut terlebih dahulu , kemudian tangan apabila hendak turun sujud . :super
Menurut pandangan saya ( berdasarkan ilmu yang sedikit ini dan pengalaman tersebut ) cara yang paling sesuai dan paling tepat dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w sendiri ialah cara yang dipegang oleh majoriti ulama’ rh ( kelompok pertama ) dan itulah sebenarnya kaedah yang dituntut iaitu “ tidak boleh menyerupai cara unta turun dan bangun “ .
Bukan itu sahaja , malahan akal yang waras juga akan mengatakan bahawa cara yang cantik dilihat dan indah dipandang ialah meletakkan kedua-dua lutut terlebih dahulu , kemudian barulah kedua-dua tangan ke bumi apabila hendak sujud . Dan apabila hendak bangun ke rakaat berikutnya ialah dengan mengangkat kedua-dua lutut terlebih dahulu , bukannya sebaliknya .
Inilah cara yang indah dan cantik serta diterima pula oleh akal . Jangan pula saya dituduh sebagai pro-Muktazilah sebab menggunakan akal di dalam masalah ini walhal akal di sini saya gunakan sebagai hujah sokongan , bukannya sebagai hujah utama . Dan kalau akal tidak boleh dibuat hujah langsung , apa guna Allah Ta’ala memberikan kita rezeki boleh berfikir !? . :fuyoo
Itulah sekadar catatan tambahan saya , mudah-mudahan ia boleh membantu kita memahami masalah ini .
Selepas ini , saudara/I yang lebih mahu penjelasan lanjut dipersilakan ke ZOO NEGARA dan lihatlah sendiri ( kalau berpeluang ) bagaimanakah cara unta turun dan bangun . Dan mudah-mudahan ramai pula di kalangan saudara/I pelayar web al-Ahkam Online ini dapat diskaun untuk harga tiket Zoo Negara . ( Tapi ini perlukan satu agreement seperti MoU di antara pihak Zoo Negara dan al-Ahkam Online di bawah pimpinan al-Fadhil Ustaz Zain ys selaku tuan punya web ini :yess :ceewaah ) .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا سجد يضع ركبتيه قبل يديه ، وإذا نهض رفع يديه قبل ركبتيه .
رواه أبوداود والترمذي والنسائي وابن ماجة والدارقطني (1/345) وقال : تفرد به يزيد بن هارون عن شريك ولم يحدث به عن عاصم بن كليب غير شريك وشريك ليس بالقوي . وقال البيهقي في السنن (2/101) : إسناده ضعيف . وضعفه الألباني في المشكاة (898) وفي الإرواء (2/75) ، وصححه آخرون من أهل العلم كابن القيم رحمه الله في زاد المعاد

الأصح : الركبتان ثم اليدان ثم الوجه لحديث وائل وما جاء في معناه.
"Yang terbaik : Dua lutut dahulu, kemudian kedua-dua tangan dan kemudiannya muka, dari hadith Waa'il dan apa yang datang dengan maknanya"[4/234][1].
Malik, al-Awzaai dan ulama' hadith yang lain yang berpandangan sujud harus dahulukan tangan (seperti yg sdr rizal1039 katakan tadi) , berdasarkan oleh hadith Abu Hurairah yang berkata:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا سجد أحدكم فلا يبرك كما يبرك البعير وليضع يديه قبل ركبتيه .
رواه أحمد (2/381) وأبوداود والترمذي والنسائي وقال النووي في المجموع (3/421) : رواه أبو داود والنسائي بإسناد جيد .وصححه الشيخ الألباني في الإرواء (2/78) وقال : وهذا سند صحيح رجاله كلهم ثقات رجال مسلم غير محمد بن عبدالله بن الحسن وهو المعروف بالنفس الزكية العلوي وهو ثقة
رواه أحمد (2/381) وأبوداود والترمذي والنسائي وقال النووي في المجموع (3/421) : رواه أبو داود والنسائي بإسناد جيد .وصححه الشيخ الألباني في الإرواء (2/78) وقال : وهذا سند صحيح رجاله كلهم ثقات رجال مسلم غير محمد بن عبدالله بن الحسن وهو المعروف بالنفس الزكية العلوي وهو ثقة
"Rasulullah saw bersabda :'Apabila seseorang itu sujud, janganlah turun kamu seperti unta, dan letakkanlah tangan sebelum lutut' (Riwayat Ahmad (2/381), Abu Daud, Al-Tirmudzi dan Al-Nasaai'. Al-Nawawi didalam Kitab Al-Maj'mu' (3/241) berkata bahawa Isnaadnya Sahih dan Al-Nassai mengatakan Jayyid Isnaad (Isnad yang baik). Al-Albani didalam al-Irwa' (2/78) telah mengkelaskan hadith ini sebagai Sahih.
Jelas Al-Albani didalam nota kaki didalam buku Sifat Solaat Nabi (ms 141) bahawa :
وأعلم أن وجه مخلفة البعير بوضع اليدين قبل الركبتين؛ هو أن البعير يضع أول ما يضع ركبته، وهما في يديه؛ كما في 'لسان العرب' وغيره من كتب اللغة
"Ketahuilah bahawa unta berbeza [dari perbuatan turun seorang yg bersolat] dari meletakkan kedua tangan sebelum lutut! Unta meletakkan lututnya [dahulu], dan kedua-dua tangannya. Sebagaimana didalam buku "Lisanu Al-Arab" dan kitab-kitab bahasa yang lain."[2]
Maka cara turun untuk sujud menurut Al-Albani [Sifat Solat Nabi, 140] dan didalam Talkhis Sifat Solat Nabi ialah :
ثم يَخِرُّ إلى السجود على يديه، يضعهما قَبْلَ ركبتيه، بهذا أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو الثابت عنه من فعله صلى الله عليه وسلم ، ونهى عن التشبه ببروك البعير، وهو إنما يخر على ركبتيه اللتين هما في مقدمتيه.
"kemudian ia harus turun bawah sujud dengan tangannya, meletakkan ia kebawah sebelum lutut. Ini adalah sebagaimana perintah Rasulullah saw dan thabit baginda melakukannya, dan dilarang meniru cara unta duduk, cara duduk dengan lutut dahulu."[3]
Didalam penyelesaian hal ini, Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah telah mengatakan didalam buku Al-fatawa (22/449) bahawa :
وإن شاء وضع يديه ثم ركبتيه وصلاته صحيحة في الحالتين باتفاق العلماء ولكن تنازعوا في الأفضل
"Jika melakukan Solat meletakkan lutut sebelum tangan, dan jika melakukan Solat meletekkan tangan, kemudiannya lutut, solatnya SAH menurut persetujuan ulama', cuma mereka beselisih antara mana yang afdal"[4]
wallahu 'alam
-wassalam-
Rujukan :
1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Bazz. Majmu' Fatawa Samaahah Abdul Aziz Bin Baaz - 4 Riyad : Dr Al-Watan, 2000.
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solaat al-Nabi (saw) Cetakan ke 2. Riyad : Maktab Al-Ma'arif, 1996.
3. Abdul Rahman Muhammad bin Qaasim. Majmu' Fatawa Sheikh Ibnu Taimiyyah. Beirut : Resalah.
_________________
خيرالأمين
SEBAGAI TAMBAHAN BAGI JAWAPAN al-FADHIL TUAN HAJI KAMIN
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
***********************
SJ-2524 : Hadis terbalik ? (kaedah turun sujud){ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara riza1039 dan juga kepada al-Fadhil Ustaz Haji Kamin yang telah berjaya menjawab soalan di atas dengan begitu baik .
Saya hanya akan memberikan komentar tambahan berkenaan dengan “ bagaimanakah cara unta turun “ ? kerana inilah persoalan utama yang menyebabkan perselisihan pendapat di kalangan para fuqaha’ rh di dalam masalah turun sujud ini ( dan juga masalah naik daripada sujud ke rakaat selanjutnya ) .
Secara ringkasnya ada 2 kelompok ulama’ di dalam masalah ini :
KELOMPOK PERTAMA :
Mereka mengatakan bahawa apabila hendak turun sujud , maka hendaklah dengan meletakkan lutut terlebih dahulu kemudian barulah tangan .
Kata mereka lagi , kalau dibuat sebaliknya , maka jadilah turun itu seperti unta dan inilah cara yang dilarang oleh Baginda Rasulullah s.a.w .
Golongan ini juga menggunakan hadis yang diriwayatkan ataupun dipergunakan oleh al-Imam Abu Hanifah rh , al-Imam Muhammad Idris asy-Syafi’e rh , al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh ( menurut salah-satu pandangannya ) , al-Imam at-Tirmidzie ( dengan mengatakan cara ini adalah cara yang dipraktikkan oleh majoriti ulama’ ) , al-Imam Abu Daud rh , al-Imam an-Nasaie rh , al-Imam Ibnu Taimiah rh , al-Imam Ibnul Qaiyim rh dan beberapa ulama’ terkini seperti Syeikh ‘Abdul Aziz Bin Baz rh ( bekas Mufti Arab Saudi ) , Syeikh Muhammad Bin Soleh al-‘Utsaimin rh dan Syeikh Ibnu Jibrin rh .
KELOMPOK KEDUA :
Kelompok ini pula mengatakan bahawa apabila hendak turun sujud , maka hendaklah diletakkan kedua-dua tapak tangan terlebih dahulu , kemudian kedua-dua lutut dan diakhiri dengan muka .
Menurut mereka pula , jika dibuat sebaliknya maka itulah dia cara unta turun sujud dan itulah cara yang dilarang .
Golongan ini diwakili oleh al-Imam Malik Bin Anas rh , al-Imam al-Auza’ie rh dan muhaddis di zaman moden , Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rh serta beberapa orang ulama’ .
Kelompok ini adalah kelompok minoriti .
KAEDAH SEBENAR TURUN SUJUD :
Setelah diperhatikan hujah kedua-dua pihak maka yang nyata di sini ialah LARANGAN MENIRU CARA UNTA TURUN merupakan topik yang disepakati bersama di kalangan mereka . Cuma , yang menjadi pertikaiannya sekarang ialah bagaimanakah cara unta turun ( menderum ) ke bumi ? .
Menurut pengalaman saya , semenjak kecil sampailah kelas Tsanawi ‘Aliy ( Menengah Atas ) di pondok dan SAR , saya beramal dengan hadis yang dipegang oleh Para Ulama’ Kelompok Pertama di atas .
Namun setelah saya bertemu semula dengan beberapa rakan saya yang belajar di Pakistan , mereka mengatakan bahawa amalan saya itu tidak betul , yang betul ialah sebagai mana hadis yang dijadikan alasan oleh golongan ulamak kedua itu .
Setelah saya meneliti perbahasan tersebut ( sekitartahun 1990 ) di dalam kitab “ SILSILAH al-AHADITS ad-DHO’IEFAH “ oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rh ( Jilid kedua ) nyatalah bahawa beliau rh telah mentadh’iefkan ( melemahkan ) hadist yang dipegang oleh kelompok ulama’ pertama . Ertinya di sini , cara yang paling tepat dengan cara yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah dengan turun sujud dengan kedua-dua tapak tangan terlebih dahulu , kemudian barulah lututnya . Dan semenjak hari itu , saya telah menukar cara turun sujud saya dengan cara yang dipegang oleh para ulama’ kelompok kedua itu . :smirk:
Kemudian , pada pertengahan tahun 90’an , saya telah ditaqdirkan Allah Ta’ala untuk melanjutkan pengajian di Mesir ini ( alhamdulillah ) dan setelah beberapa sampai saya sendiri telah berkesempatan ke Piramid di Giza dengan beberapa orang teman-teman sepengajian .
Di situ terdapat beberapa ekor unta yang memang dijadikan tunggangan dan disewa untuk tujuan itu oleh para pengunjung Piramid di Giza . Kebetulan di situlah saya telah berkesempatan melihat unta turun dan daripada situlah saya teringat kembali perbahasan ulama’ sekitar masalah itu .
Unta merupakan binatang berkaki empat . Kita anggap sahajalah kedua-dua kaki depannya seperti kedua-dua tangan kita ( sbg manusia ) dan kedua-dua kaki unta pula seperti kedua-dua kaki ini . Ini demi memudahkan kita memahami permasalahan ini .
Apakah yang saya lihat ? . Saya melihat unta tersebut turun ke bumi dengan cara melatakkan kedua-dua kaki hadapannya terlebih dahulu , Maknanya cara sujud yang dilarang kerana menyerupai unta ialah meletakkan kedua-dua tangan terlebih dahulu .
Memang saya terkejut kerana selama ini saya menyangka ( kerana tidak pernah berpeluang memerhatikan cara unta turun ke bumi bagaimana ) unta turun dengan kedua-dua kaki belakangnya terlebih dahulu . Rupa-rupanya yang sebenarnya ialah cara yang berlawanan pula . :ooo:
Bukan sekali saya perhatikan cara unta turun , kali kedua saya berkesempatan melihat unta turun ke bumi ketika ke Semenanjung Sinai ( sempadan Palestin ) pada tahun 1997 . Sah dan confirm ….memang unta turun dengan cara meletakkan kaki hadapannya terlebih dahulu . Bukan setakat cara unta turun , saya sendiri berpeluang juga melihat bagaimanakah unta bangun pula ( iaitu dengan cara mengangkat kaki belakang ) terlebih dahulu . :grin:
Semenjak itu ( semenjak peristiwa di Piramid lagi ) , saya rujuk semula kepada amalan lama saya iaitu meletakkan kedua-dua lutut terlebih dahulu , kemudian tangan apabila hendak turun sujud . :super
Menurut pandangan saya ( berdasarkan ilmu yang sedikit ini dan pengalaman tersebut ) cara yang paling sesuai dan paling tepat dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w sendiri ialah cara yang dipegang oleh majoriti ulama’ rh ( kelompok pertama ) dan itulah sebenarnya kaedah yang dituntut iaitu “ tidak boleh menyerupai cara unta turun dan bangun “ .
Bukan itu sahaja , malahan akal yang waras juga akan mengatakan bahawa cara yang cantik dilihat dan indah dipandang ialah meletakkan kedua-dua lutut terlebih dahulu , kemudian barulah kedua-dua tangan ke bumi apabila hendak sujud . Dan apabila hendak bangun ke rakaat berikutnya ialah dengan mengangkat kedua-dua lutut terlebih dahulu , bukannya sebaliknya .
Inilah cara yang indah dan cantik serta diterima pula oleh akal . Jangan pula saya dituduh sebagai pro-Muktazilah sebab menggunakan akal di dalam masalah ini walhal akal di sini saya gunakan sebagai hujah sokongan , bukannya sebagai hujah utama . Dan kalau akal tidak boleh dibuat hujah langsung , apa guna Allah Ta’ala memberikan kita rezeki boleh berfikir !? . :fuyoo
Itulah sekadar catatan tambahan saya , mudah-mudahan ia boleh membantu kita memahami masalah ini .
Selepas ini , saudara/I yang lebih mahu penjelasan lanjut dipersilakan ke ZOO NEGARA dan lihatlah sendiri ( kalau berpeluang ) bagaimanakah cara unta turun dan bangun . Dan mudah-mudahan ramai pula di kalangan saudara/I pelayar web al-Ahkam Online ini dapat diskaun untuk harga tiket Zoo Negara . ( Tapi ini perlukan satu agreement seperti MoU di antara pihak Zoo Negara dan al-Ahkam Online di bawah pimpinan al-Fadhil Ustaz Zain ys selaku tuan punya web ini :yess :ceewaah ) .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Matan Hadis Kelebihan Ramadhan
akum utz,
selalu disebut masa tazkirah ramadhan akan kelebihan ramadhan, antaranya satu hadis yg matannya lebih krg berikut:
"1 amalan sunat, mendapat pahala 1 fardhu, 1 amalan fardhu pula mendapat pahala 70 fardhu"
t.kasih
----------
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW
Hadith tersebut berasal dari sebuah hadith yang panjang. Ia dinilai sebagai hadith "Mungkar" oleh Albani.
Sila lihat jawapan Ustaz Abu Umair:
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33593
Wallahu a3lam
--------------
------------
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد
Setakat ini kami tidak menemui khutbah Nabi dengan lafaz-lafaz tersebut. Cuma, ada satu hadis yang hampir iaitu daripada Salman al-Farisi yang menyebut bahawa Nabi SAW berkhutbah pada hari terakhir bulan Syaaban (sebelum masuk Ramadhan), yang terkandung di dalamnya beberapa fadhilat berkaitan dengan Ramadhan, puasa, dan amal ibadah pada bulan ini.
hadis khutbah tersebut diriwayatkan dalam Sahih Ibn Khuzaimah (no: 1887). Tetapi beliau tidak menjazamkan kesahihan hadis itu, malahan membuat tajuk 'Bab: Fadhilat-fadhilat Bulan Ramadhan, sekiranya hadis ini sahih'.
Kata Ibn Hajar: Status hadis ini berlegar sekitar perawi bernama Ali bin Zaid bin Jad'an, DHAIF. Dan perawi Yusuf bin Ziyad pula SANGAT DHAIF.
Dalam Silisilah Dhaifah, Albani mengatakan: MUNKAR. (no: 871).
Sebahagian daripada isi kandungan khutbah tersebut sama dengan khutbah yang anda bawa dalam soalan, seperti:
Quote:
Barangsiapa melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain.
Kami mengesyaki -Wallahu A'lam- khutbah yang dibawa itu adalah campur aduk antara beberapa hadis, kerana di dalamnya terdapat beberapa perkara yang sahih, yang munkar dan yang diperselisihkan kesahihannya.
antara yang sahih ialah:
Quote:
“Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma.
diriwayatkan -dengan lafaz 'separuh biji kurma'- oleh Imam bukhari (no: 1351), Muslim (no: 1016).
wallahu a'lam

Kepada ahli panel ahkam yang dihormati, boleh kah antum mentakhrij "khutbah" nabi ini?
Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengadzab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.
Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi makanan kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
(Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khotbahnya, “Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.”)
Wahai manusia, siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melewati Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain.
Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.”
(Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadits ini– berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.)
P/s: Maaf, tiada dalam teks arab, tetapi "khutbah" ini agak popular di laman-laman blog.
Jazakumullah khair
shah2873
Adelaide
------------
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد
Setakat ini kami tidak menemui khutbah Nabi dengan lafaz-lafaz tersebut. Cuma, ada satu hadis yang hampir iaitu daripada Salman al-Farisi yang menyebut bahawa Nabi SAW berkhutbah pada hari terakhir bulan Syaaban (sebelum masuk Ramadhan), yang terkandung di dalamnya beberapa fadhilat berkaitan dengan Ramadhan, puasa, dan amal ibadah pada bulan ini.
hadis khutbah tersebut diriwayatkan dalam Sahih Ibn Khuzaimah (no: 1887). Tetapi beliau tidak menjazamkan kesahihan hadis itu, malahan membuat tajuk 'Bab: Fadhilat-fadhilat Bulan Ramadhan, sekiranya hadis ini sahih'.
Kata Ibn Hajar: Status hadis ini berlegar sekitar perawi bernama Ali bin Zaid bin Jad'an, DHAIF. Dan perawi Yusuf bin Ziyad pula SANGAT DHAIF.
Dalam Silisilah Dhaifah, Albani mengatakan: MUNKAR. (no: 871).
Sebahagian daripada isi kandungan khutbah tersebut sama dengan khutbah yang anda bawa dalam soalan, seperti:
Quote:
Barangsiapa melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain.
Kami mengesyaki -Wallahu A'lam- khutbah yang dibawa itu adalah campur aduk antara beberapa hadis, kerana di dalamnya terdapat beberapa perkara yang sahih, yang munkar dan yang diperselisihkan kesahihannya.
antara yang sahih ialah:
Quote:
“Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma.
diriwayatkan -dengan lafaz 'separuh biji kurma'- oleh Imam bukhari (no: 1351), Muslim (no: 1016).
wallahu a'lam
Najis Wayar Mikrofon
Salam
Minta jasa baik ahli panel yg arif huraikan permasalahan yg saya dapat dr satu kuliah....
Ada ustaz nie kata...masalah jika imam solat menggunakan microphone kecik yg terlekat kat kolar baju tu terkena najis kat wayar dia yg panjang tu....
1) kalo wayar tu terkena najis kat wayar yg tak bergerak sekali dengan pergerakan solat spt rukuk dan sbgnya....tak dikira batal solatnya....
2) Dan kalo wayar yg terkena najis tersebut bergerak sekali dengan pergerakan solatnya....maka batal solatnya...disebabkan ia memakai pakaian yg najis....
Adakah hukum ini tepat dan berdasarkan dalil yg kuat???
mintak jasa baik panel perincikan permasalah ini.... Yellow Rolleyes
----------
Wassalam
Jawab:
Soalan ni termasuk soalan2 yg diklaskan mengada-adakan sesuatu masalah fiqih sahaja. Tapi ana rasa ia direkacipta oleh penceramah utk membawa contoh bagaimana najis yg ditanggung dan najis yang tidak ditanggung. (Accountable najis or Unaccountable najis) Maka najis yg bergerak bersama dengan si fulan itu dianggp najis beliau dan najis yg tidak bergerak bersama dengan si fulan itu bukan najisnya.
Komen:
Kami anggap ini adalah perbahasan2 yang berjela-jela dan mendalami sesuatu hukum yang mana tiada contoh dari Nabi SAW. Tidak ada dalam Islam huraian dan rincian sampai membahaskan tali mikrofon yang bernajis.. Mengikut kaedah Umar alKhattab ra, ini soalan2 yg tidak perlu dijawab. Dr Qardhawi dalam muqaddimah Fatawa Mu'asirat menegah kita mendetailkan perbahasan fiqih hingga terlalu detail dan akan menyusahkan kita sedangkan syari'at itu turun utk memberi kemudahan.

Membaca Sadaqallahul azim
salam..
nak tanye..
apakah bacaan sadaqallah pada akhir bacaan tuh dr nabi kita?
_________________
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr salleh_y dengan menggunakan jawapan dari arkib al-ahkam, Insyaallah.
Kalau di tanya samada Nabi saw ada memerintahkan membaca صدق الله العظيم selepas selesai membaca al-Quran, jawapannya : Tidak ada! 'Ala kulli hal, disini kami memetik jawapan dari Arkib al-Ahkam mengenai dengan persoalan diatas :-
Menurut Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz lagi, jika seseorang membacanya kadang kala, maka tidaklah menjadi kesalahan. Akan tetapi menjadikan ia sebagai tabiat atau amalan bagi setiap kali membaca al-Quran, sepertimana yang dilakukan oleh orang sekarang, Tidak ada asas langsung perbuatan ini, sebagaimana yang dinyatakan diatas.
Ada juga keadaan dibenarkan membaca Sadaqa Allah, contohnya Sheikh Ibn Utsaimin menyebut :-
"Dan jika berkata 'Sadaqa Allah' ketika keadaan yang sesuai, misalnya apa yang dia telah beritahu datang didepannya, menegaskan kebenaran 'Allah telah berkata benar', adalah dibolehkan. Kerana ini telah datang dari sunnahnya, kerana sesungguhnya Nabi saw ketika berkhutbah, cucunya Hasan dan Husein datang bersamanya, maka beliaupun turun dari mimbar dan mengambilnya dan meletakkannya diantara baginda, kemudian baginda bersabda :'Allah telah berkata yang benar : 'Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu merupakan fitnah (cubaan).....' -[al-Taghaabun 64:15]". WA.
wassalam

1. Pendapat yang membaca Sadaqa Allah selepas membaca Al-Quran berdasarkan ayat Al-Quran surat Aal Imraan ayat 95 :
قُلْ صَدَقَ اللَّهُ
"Katakanlah (wahai Muhammad): Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah"
Shiekh Utsaimin (bekas Mufti Saudi) berkata bahawa :
أن يقول ( صدق الله العظيم ) وهذا ليس بمشروع لأن النبي صلى الله عليه وسلم لم يفعله ولم يكن من عادة الصحابة رضي الله عنهم أن يفعلوه ، ولا كان ذلك في عهد التابعين
"Membaca Sadaqa Allah Al-Azim, ini tidak ada asalnya didalam Islam kerana Nabi saw tidak melakukannya, dan tidak juga dari adat para Sahabat, dan ia juga tidak diketahui dikalangan Tabien."[1]
Mengenai ayat Al-Quran surah Aal Imran ayat 95, beliau berkata :
وأما قوله تعالى: ( قل صدق الله ) فليس المراد أن يقولوها إذا انتهى من قراءته ولو كان هذا هو المراد لقال الله : فإذا انتهيت من قراءتك فقل صدق الله كما قال : ( فإذا قرأت القرآن فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم ) .
"Bagi firman Allah "Katakan : Allah bercakap benar" bukanlah bermakna bahawa perkataan ini harus diucapkan apabila selesainya [Al-Quran]. Jika benar terdapat kes seperti ini, sudah tentu Allah berfirman, "Apabila tamat membaca, hendaklah kamu berkata Sodaqa Allah Al-Azim, sebagaimana berkata : 'Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam [ al-Nahl:98 ]' "
Menurut Shiekh Abdul Aziz bin Baaz [2]:
المقصود أن زيادة كلمة : ( صدق الله العظيم ) عند نهاية القراءة ليس لها أصل في الشرع . فالمشروع تركها تأسياً بالنبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه رضي الله عنهم ، أما إذا فعلها الإنسان بعض الأحيان من غير قصد فلا يضر ، فإن الله صادق في كل شيء سبحانه وتعالى . لكن اعتياد ذلك بعد كل قراءة كما يفعله كثير من الناس اليوم ليس له أصل كما تقدم .
"Maksud penambahan kalimah "Sadaqa Allah Al-Azim" - apabila selesai membaca Al-Quran bukanlah asalnya didalam syara'. Adalah elok ditinggalkannya bagi menturuti Nabi saw dan para sahabat. Akan tetapi jika seseorang itu melakukan kadang-kadang (Ahyaanan) tanpa sebarang niat, ia tidaklah memudharatkan. Sesungguhnya Allah bercakap benar bagi setiap perkara, Maha Suci dan Maha Tinggi Allah. Tetapi jika menjadikan ia sebagai habit/adab/kelakuan setiap kali seseorang itu membaca Al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh orang ramai pada masa kini, tidak lah ada asas untuknya sebagaimana yang dikatakan sebelum ini"
Kiranya amat jelas kedua-dua fatwa dari dua bekas Mufti Saudi dan ulama' terkenal ini agar tidak digalakkan membaca "Sadaqa Allah Al-Azim" selepas habis membaca Al-Quran kerana ia bukan dari Nabi saw dan tidak juga dari para sahabatnya.
1] Sheikh Ibnu Utsaimin. Izaalat al-sitaar ‘an al-jawaab al-mukhtaar. Riyad : Muaasasah Al-Risalah, 2000. ms 79-80).
2] Kitab Majmu' Fatawaa wa Maqaalat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 9. Riyad : Dar Al-Watan, 2000. ms 342.
Menurut Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz lagi, jika seseorang membacanya kadang kala, maka tidaklah menjadi kesalahan. Akan tetapi menjadikan ia sebagai tabiat atau amalan bagi setiap kali membaca al-Quran, sepertimana yang dilakukan oleh orang sekarang, Tidak ada asas langsung perbuatan ini, sebagaimana yang dinyatakan diatas.
Ada juga keadaan dibenarkan membaca Sadaqa Allah, contohnya Sheikh Ibn Utsaimin menyebut :-
ومن قال: صدق الله عند المناسبات مثل أن يقع شئ من الأشياء التي أخبر الله بها فيقول: صدق الله تأكيدا لخبر الله فهذا جائز لورود السنة به فإن النبي صلى الله عليه وسلم كان خطب فأقبل الحسن والحسين فنزل من المنبر فحملهما ووضعهما بين يديه ثم قال صدق الله ( إنما أموالكم وأولادكم فتنة )
"Dan jika berkata 'Sadaqa Allah' ketika keadaan yang sesuai, misalnya apa yang dia telah beritahu datang didepannya, menegaskan kebenaran 'Allah telah berkata benar', adalah dibolehkan. Kerana ini telah datang dari sunnahnya, kerana sesungguhnya Nabi saw ketika berkhutbah, cucunya Hasan dan Husein datang bersamanya, maka beliaupun turun dari mimbar dan mengambilnya dan meletakkannya diantara baginda, kemudian baginda bersabda :'Allah telah berkata yang benar : 'Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu merupakan fitnah (cubaan).....' -[al-Taghaabun 64:15]". WA.
wassalam
Jurugambar Majlis Perkahwinan
Assalamualaikum
Apakah hukumnya menjadi Jurugambar untuk Mjalis2 Perkahwinan, ambil2 gambar pengantin serta suasan majlis, maklumlah pengantin nih biasanya pakain tak menepati spesifikasi syarak dan suasan pulak.. bercampur gaul
---------
Wassalam
al-Jawab:
Sudah sebulan soalan ini terlantar dan kami minta ma'af kerana terlepas pandang.
1. Hukum fotografi adalah suatu hukum yang baru kerana keujudannya juga adalah baru. Begitu juga kerjaya sebagai jurufoto juga suatu kerjaya yang baru dan tidak ada profesi ini di zaman silam. Maka hukum yang muktamad ke atas bidang senifoto dan kerjaya sebaga jurugambar/foto juga adalah termasuk dalam daerah ijtihad.
Fuqaha' Salafiyah memilih hukum yang keras ke atas fotografi dan menqiaskan dgn hukum taswir atau menggambar atau mempotret. Ini kerana di zaman salaf, seni potret dan jurupotret atau jurulukis ini sudah ujud. Hukum mempotret sesuatu yang berjasad spt manusia, Tuhan, Malaaikat dan sesuatu yang ditaqdiskan (diagungkan) adalah haram. Ulama' salafiyah spt al-Albani dan Ibn Baz mengharamkan fotografi kecuali untuk tujuan dharurat spt paspot, IC dan rekod keselamatan. Dr alQardhawi dari aliran kontemporer berpendapat fotografi bukanlah taswir kerana ia adalah imbasan objek sebenar menggunakan kamera sedangkan taswir ialah hasil seni tangan-tangan pelukis. Maka hukumnya adalah kembali kepada hukum asal, Harus (Halal n Haram). Cuma yang menjadi tumpuan hukum ialah objek yg difotokan. Gambar siapa dan tujuannya apa?
Maka hukum yg menjadi pilihan kami ialah ijtihad Dr al-Qardhawi, bahawa harus hukum fotografi dan boleh menjadi jurugambar, cuma yang perlu diperhatikan ialah objek fotografi tersebut.
2. Pertanyaan yg diajukan ialah: Objek fotografi ialah mengambil foto seputar majlis perkahwinan yang tidak menutup aurat dan suasana campur aduk yang tidak syara'iy. Maka inilah yang dimaksudkan oleh Dr al-Qardhawi, subjek fotografi yang tidak memenuhi kriteria syari'at, maka ketika itu tidak boleh lagi kita memfoto dan menjadi jurufoto bagi suasana tersebut. Dasar orang Islam ialah dia tak ada saham dalam apa jua perlanggaran hukum syara' jika dia mempunyai pilihan.. dasar umum orang Islam ialah bila dia melihat mungkar, maka dia kena cegah dgn kuasa, jika tidak mampu dgn lisan, dan jika tidak mampu dengan hati, itulah selemah-lemah iman. Maka dia tidak boleh disebukkan dengan fotografi bila kemungkaran itu berleluasa. sekian

Hukum Fotografi
Asslamu'alaikum..
Saya ingin bertanya tentang hukum sebenar photography kerana ada dua pendapat yang saya baca yang begitu berbeza. Satu mengharuskan dan satu lagi melarang secara total. Pandangan manakah yang sepatutnya saya ikut?
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Fotografi.html
http://islamqa.com/index.php?ref=365&ln=eng&txt=photo
And another one, please help me clarify hadith yang berkenaan picture maker.
(1) Narrated 'Aun bin Abu Juhaifa: My father bought a slave who practiced the profession of cupping. (My father broke the slave's instruments of cupping). I asked my father why he had done so. He replied, "The Prophet forbade the acceptance of the price of a dog or blood, and also forbade the profession of tattooing, getting tattooed and receiving or giving Riba, (usury), and cursed the picture-makers." (Book #34, Hadith #299)
I'm in the state of confusion. Please help me, thanks.
---------------
Wassalam
al-Jawab:
Pendapat yang rajih dalam masalah fotografi ialah pendapat al-Qardhawi kerana beliau mengambil jalan yang paling pertengahan antara dua aliran: aliran Saudi (Bilad al-Haram) dan Syria (al-Albani) yang mengharamkan secara mutlak dan fatwa Mufti Mesir (syaikh alBakhit) yang mengharuskan camera/fotografi secara mutlak. Menurut al-Qardhawi (halal & haram fil Islam), mengambil pendekatan sederhana, yakni fotografi itu harus bersyarat. Syarat-syaratnya ialah berputar kepada tujuan fotografi. Foto itu bukanlah foto tokoh yang mulhid atau ahli maksiat, atau gambar perempuan yang bogel, atau foto orang dzalim, fasiq. Pendekkata, fotografi adalah harus, keharusannya tertumpu kepada objek foto itu. Jika tidak mengandungi aspek kemaksiatan dan perlanggaran, maka ia kembali kpd hukum asal: harus
2. Hadith 'Aun yang dikeluarkan al-Bukhari itu merujuk kepada musawwir (pelukis) bukan fotografi, kerana camera adalah produk zaman kini. Adapun di zaman silam ialah pelukis dan pengukir. sekian

Balasan Meninggalkan Solat
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
dari manakah cerita ini didapati?
----------
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Kami nukilkan balik jawapan lepas oleh al-fadhil syeikh thtl:
Quote:
al-Jawab:
Ini adalah dua kisah yang menyebabkan Islam ditertawakan oleh musuh-musuhnya. Sudah tentu ia dicipta oleh majalah seram dan misteri yang banyak beredar dalam pasaran. Kisah2 tahyul begini hendaklah dimusnahkan dan ditegah dari pengedaran kpd orang ramai yg boleh membuatkan mereka sangsi dgn kegemilangan kaum salaf assoleh. Zaman mereka bersih dari tahyul dan khurafat kerana itulah sebaik-baik kurun. sekian

Anak Perempuan Abu Jahal
Assalamualaikum Wmt Wkt Didoakan agar semua ahli panel dalam keadaan sejahtera
Hadis ceritakan peristiwa Rasul s.a.w tidak izn Ali krmwjh mengahwini anak Abu Jahal . Adakah ini disebabkan anak Abu Jahal ketika itu belum Islam. Jika anak Abu Jahal sudah islam adakah ini menggambarkan Rasul s.a.w tidak suka keturunannya maka tidak izinkan Ali krmwjh berkahwin
Wassalam
--------
Wassolatu wassalam 'ala Rasulullah SAW,
Peristiwa Rasul s.a.w tidak izinkan Ali r.a mengahwini anak Abu Jahal, bukan disebabkan anak Abu Jahal ketika itu belum Islam, bahkan dia masuk Islam dan sangat baik islamnya.
Dan juga bukan kerana Baginda tidak suka keturunannya, bahkan Baginda membenarkan Ali r.a berkahwin dengan anak Abu Jahal dengan syarat Ali r.a mesti menceraikan Fatimah r.a.
Diriwayatkan daripada Miswar bin Makhramah r.a katanya:
"Beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ketika berada di atas mimbar: Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta kebenaran dari aku untuk mengahwinkan anak perempuan mereka (Anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abu Talib. Aku tidak membenarkannya, aku tidak membenarkannya, aku tidak membenarkannya, kecuali sekiranya Ali bin Abu Talib menceraikan puteriku. Ketika itu beliau bolehlah mengahwinkan anak perempuan mereka. Anak perempuanku adalah sebahagian dari diriku. Aku merasa bimbang sekiranya beliau bimbang dan aku merasa susah sekiranya beliau derita." (H.R Bukhari & Muslim)
Ulama menjelaskan: Baginda memahami perasaan puterinya yang tiada tempat mengadu cemburunya jika Ali r.a berkahwin dua dan Fatimah r.a pasti akan menderita, apabila Fatimah r.a menderita, Nabi SAW juga akan sama menderita dan orang yang menyebabkan Baginda menderita akan mendapat kemurkaan Allah.
Firman Allah SWT:
"Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini isteri- isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah." (Surah al-Ahzab: 53)
Baginda tidak mahu Ali r.a ditimpa sebarang bencana dan Fatimah r.a pula tiada emak dan adik-beradik untuk mengadu perasaannya, Baginda bimbang dia tidak dapat bersabar dan tidak dapat menahan cemburu yang mungkin boleh menjejaskan agamanya.
Dalam riwayat lain menyebut, Baginda tidak membenarkan seseorang lelaki berkahwin menggabungkan antara anak Rasulullah dan anak musuh Allah.
Akhirnya Ali r.a tidak mengahwini anak Abu Jahal ini dan disebut dia berkahwin dengan seorang sahabat Nabi SAW yang bernama 'Attab bin Usaid.
Wallahu a3lam
Rujukan:
- Syarh Sahih Muslim
- Fathul Bari

سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَهُوَ يَقُولُ إِنَّ بَنِي هِشَامِ بْنِ الْمُغِيرَةِ اسْتَأْذَنُونِي أَنْ يُنْكِحُوا ابْنَتَهُمْ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ فَلَا آذَنُ لَهُمْ ثُمَّ لَا آذَنُ لَهُمْ ثُمَّ لَا آذَنُ لَهُمْ إِلَّا أَنْ يُحِبَّ ابْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنْ يُطَلِّقَ ابْنَتِي وَيَنْكِحَ ابْنَتَهُمْ فَإِنَّمَا ابْنَتِي بَضْعَةٌ مِنِّي يَرِيبُنِي مَا رَابَهَا وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا
"Beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ketika berada di atas mimbar: Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta kebenaran dari aku untuk mengahwinkan anak perempuan mereka (Anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abu Talib. Aku tidak membenarkannya, aku tidak membenarkannya, aku tidak membenarkannya, kecuali sekiranya Ali bin Abu Talib menceraikan puteriku. Ketika itu beliau bolehlah mengahwinkan anak perempuan mereka. Anak perempuanku adalah sebahagian dari diriku. Aku merasa bimbang sekiranya beliau bimbang dan aku merasa susah sekiranya beliau derita." (H.R Bukhari & Muslim)
Ulama menjelaskan: Baginda memahami perasaan puterinya yang tiada tempat mengadu cemburunya jika Ali r.a berkahwin dua dan Fatimah r.a pasti akan menderita, apabila Fatimah r.a menderita, Nabi SAW juga akan sama menderita dan orang yang menyebabkan Baginda menderita akan mendapat kemurkaan Allah.
Firman Allah SWT:
وَمَا كَانَ لَكُمْ أَن تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَن تَنكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِن بَعْدِهِ أَبَداً إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِندَ اللَّهِ عَظِيماً
"Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini isteri- isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah." (Surah al-Ahzab: 53)
Baginda tidak mahu Ali r.a ditimpa sebarang bencana dan Fatimah r.a pula tiada emak dan adik-beradik untuk mengadu perasaannya, Baginda bimbang dia tidak dapat bersabar dan tidak dapat menahan cemburu yang mungkin boleh menjejaskan agamanya.
Dalam riwayat lain menyebut, Baginda tidak membenarkan seseorang lelaki berkahwin menggabungkan antara anak Rasulullah dan anak musuh Allah.
Akhirnya Ali r.a tidak mengahwini anak Abu Jahal ini dan disebut dia berkahwin dengan seorang sahabat Nabi SAW yang bernama 'Attab bin Usaid.
Wallahu a3lam
Rujukan:
- Syarh Sahih Muslim
- Fathul Bari
Mengembiri Binatang Peliharaan
Assalamu'alaikum wbt ,
Mak-ayah saya minat kepada membela kucing. saya juga minat gok kucing kucing nih, tapi masalahnye mengenai mengkasi/mengkembiri/ atau memotong saluran peranakan terutama bagi jantan. Alasannya untuk mengelak kucing jantan kencing merata rata dalam rumah kerana sifat jantannya dan supaya kucing bertambah gemuk ( InsyaAllah ada pemilik kucing paham) Soalan saya, adakah boleh ??kerana ada juga Ustaz saya kaki kucing gak, dia kata boleh tapi dengan syarat menjaganya sebaik baik mungkin kerana tiada niat kita menzaliminya tetapi teman hidup kita untuk dijaga dalam rumah dan menjaga kebersihan.
terima kasih.
-----------
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih di atas soalan tersebut dan kami kira soalan seperti ini juga merupakan satu perkara yang amat penting kepada golongan muslimin , lantaran ramai juga di kalangan mereka yang menternak haiwan dan tidak kurang juga yang mempunyai hobi membela kucing .
Alhamdulillah – dengan taufiq dan ‘inayah daripada Allah Ta’ala , maka inilah jawapannya :
Kasi = Kembiri = Castration = خصاء
SECARA UMUMNYA , Mengembiri binatang ternakan menurut Imam Abu Hanifah (rh) – Pengasas Mazhab Hanafi - tidaklah menjadi satu kesalahan di sisi syarak , kerana ianya boleh menghasilkan binatang ternakan yang gemuk isinya lagi baik mutu dagingnya . Dan daging seperti ini yang menjadi pilihan top-ten , khasnya bagi mereka yang hendak mencari haiwan ternakan untuk aqiqah ( khasnya kambing ) . Imam Malik Bin Anas (rh ) – Pengasas Mazhab Maliki – hukumnya adalah harus , kecuali pada KUDA , kerana tindakan mengembiri seseekor kuda akan menyebabkannya lemah dan tidak boleh menghasilkan anak.
MASALAH MENGEMBIRI KUCING :
Menurut sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w , daripada riwayat Saidina Abdullah Bin Saidina ‘Umar Al-Khattab (r.a ) mengisahkan bahawa pernah seorang wanita disenaraikan sebagai ahli neraka disebabkan dia pernah mengurung seekor kucing dan tidak pula dibenarkan keluar merayau-merayau untuk mencari makanannya sendiri yang menyebabkan akhirnya kucing itu mati kelaparan . ~ Hadis sahih riwayat ImamAl-Bukhari (rh) dan Imam Muslim (rh) .
Manakala menurut riwayat lain pula , ada seorang wanita yang menjadi seorang pelacur telah memberi makanan kepada seekor anjing yang kelaparan . Maka dengan perbuatan itu , melayakkan dia menjadi salah-seorang penghuni syurga kelak.
Hadis @ kisah ini sekaligus memberikan ancaman kepada setiap penternak / yang memelihara seekor binatang , supaya menjaga haiwan-haiwan ternakan / peliharaan mereka sebaik mungkin . Ini disebabkan segala tindak-tanduk kita akan dipersoalkan dengan detail di hadapan Tuhan Yang Maha Adil , Allah Ta’ala di mahkamah padang mahsyar kelak .
Dan di antara ciri-ciri menjaga kebajikan haiwan-haiwan itu ialah memberi makanan – minuman , perlindungan , ubat-ubatan dan seumpamanya kepada haiwan-haiwan tersebut . Mengembiri binatang termasuk di dalam kategori memberikan ubat-ubatan yang disebutkan di atas.
Adapun tindakan mengembiri seekor kucing jantan , jika ianya memang telah diakui KEBENARANNYA ( boleh menyebabkan ia bertambah sihat dan gemuk serta tidak kencing merata-merata ) oleh pakar perubatan haiwan yang diyakini kejujurannya ( Islamnya ) dan disahkan pula menurut kepakaran mereka di dalam bidang perubatan haiwan , maka tidak ada halangannya menurut agama kita .
Yang dilarang ialah berbuat zalim kepada haiwan – yang mana ia juga termasuk di dalam kategori makhluk Allah Ta’ala – dan apatah lagi kepada sesama manusia , yang merupakan makhluk Allah Ta’ala yang paling mulia di alam jagat ini .
Larangan melakukan kezaliman dan menimbulkan bencana ini dijelaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w :
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Ertinya : Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh juga menimbulkan bahaya ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Malik (rh) , Imam Al-Hakim (rh) , Imam Ibnu Majah (rh) , dan Imam Daruquthni (rh)
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
**************************************
RUJUKAN
AL-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH ( Jilid 4 , ms 2649 ) – Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily.

Menghadiri Majlis Yang Dihidangkan Arak
Assalamualaikum..
Nak tanya beberapa soalan. diharap disertakan dengan dalil yg sahih. kalau ade sebarang hadis yang dhaif, jugak tlg sertakan (bersama taraf hadith).
1. Kalau dtg ke function yg ada sediakan arak, tapi tak tau pada awalnya, apakah hukumnya? Adakah kena meninggalkan function
secepat mungkin? Mcmn kalau dah berjanji utk dtg, contohnya untuk business purpose? Boleh ke makan @ minum kt ctu (yg halal laa)?
2. Pegi/minum kt lounge yg jual beer, hukumnya? Tak minum/mkn selain yg halal jer. Boleh ke dipercayai? Kalau guna gelas yg sama cam
diorang hidangkan beer, boleh ke minum guna gelas tu (dah basuh la)?
Wassalam.
--------
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan keada kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Sebahagian dari soalan anda pernah kami jawab didalam Soal-Jawab yang lalu. Berikut adalah jawapannya.
SJ-13-0267 : Hukum memasuki tempat maksiat wrote:
Hadith yang menjelaskan tentang 40 hari tidak diterima solat adalah merujuk kepada minuman keras. Salah satu hadithnya adalah dari Abdulllah ibn 'Amr berkata, bahawa Nabi saw bersabda :-
مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ وَسَكِرَ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا وَإِنْ مَاتَ دَخَلَ النَّارَ
"Barangsiapa yang meminum ARAK dan MABUK, solatnya tidak diterima selama 40 hari dan jika dia mati, dia akan masuk neraka" [Hadith Riwayat Ibn Maajah #3377].
Dalam konteks kedai makan atau restaurant yang menyediakan makanan halal, pada masa yang sama ada menjual meninum keras, menurut Dr Abdul Fattah 'Ashoor (Profesor Jabatan Aqidah Universiti Al-Azhar), tidak dilarang seseorang dari memasukinya asalkan dia tidak melibatkan diri dalam meminum (termasuk membeli) arak. Lebih-lebih lagi didalam keadaan anda yang terpaksa melayan kerenah orang atasan, perkara tersebut boleh dianggap dalurat.
Akan tetapi, menurut Dr Abdul Fattah, jika restaurant tersebut memang semata-mata menjual Arak, maka seorang Islam di larang menghampiri tempat-tempat yang sedemikian. Orang Islam tidak boleh membantu kearah kemaksiatan. Firman Allah swt :-
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
" hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan" [surah al-Maa'dah : 2]
Kesimpulannya, hadith 40 hari tidak diterima solat merujuk kepada peminum arak. Tempat makanan halal yang ada menjual arak, tiada larangan untuk orang Islam memasukinya melainkan tempat tersebut khas menjual arak. Yang jelas disini adalah anda tidak terlibat didalam membeli dan meminum arak, dan kehadiran anda disana adalah semata-mata dalam skop 'pekerjaan'.
Jika terdapatnya peluang untuk menjelaskan kepada boss-boss anda tentang orang Islam dilarang terlibat didalam aktiviti arak, bolehlah anda jelaskan kepada mereka secara berhikmah. Jika terdapat halangan semasa menjelaskan kepada mereka, maka hati anda tidak sekali-kali redha dengan hal yang sedemikan, itulah selemah-lemah Iman. WA.
sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33148
Didalam keadaan yang anda mempunyai pilihan untuk memilih (choice), adalah lebih baik bagi anda meninggalkan function tersebut. Akan tetapi, jika tidak terdapat apa-apa pilihan (disebabkan desakan majikan dan sebagainya), anda boleh menyertai function tersebut dengan minum dan makan makanan yang halal.
Quote:
2. Pegi/minum kt lounge yg jual beer, hukumnya? Tak minum/mkn selain yg halal jer. Boleh ke dipercayai? Kalau guna gelas yg sama cam diorang hidangkan beer, boleh ke minum guna gelas tu (dah basuh la)?
Sebagaimana yang kami nyatakan diatas, kalau lounge tersebut semata-mata menjual beer, hendaklah anda mengelak untuk pergi. Jika tempat tersebut menjual minuman yang bercampur-campur dan akibat desakan masjikan, anda boleh makan dan minum makanan n yang halal disitu.
Bagi gelas yang pernah digunakan untuk meminum arak, apabila ia sudah hilang bau, warna dan rasa, gelas tersebut boleh digunakan. Najis Arak adalah Najis Hukum dan bukan zat arak. Maknanya, arak hukumnya HARAM di minum, menyentuhnya hanya diperlukan membasuh untuk menghilangkan bau, warna dan rasa. Gelas tersebut tidak perlu di samak. WA.

Dalil Qunut Subuh Imam As Shafie
Salam ,
Soklan : Boleh bentangkan hujah dan dalil Imam as-Syafii tentang qunut pada waktu Subuh? Yang saya tahu, Imam as-Syafii menggunakan ijtihad beliau mengsunatkan qunut subuh kerana berpendapat doa qunut adalah untuk meminta kepada Allah supaya dilaknat orang-orang kafir seperti yang Rasulullah s.a.w lakukan kerana walaupun pada zaman beliau (Imam as-Syafii), umat Islam masih ada orang-orang kafir memerangi orang Islam.
Tapi, dalil yang sebenarnya amat diperlukan.
Terimakasih
Wassalam
----------
Salam
Ana lampirkan kembali artikel berkisar Qunut yg pernah ditulis oleh Ust Zainys kita dahulu.
-------------------
Pendahuluan
Merupakan masalah khilafiyah yang menjadi sebab pertelingkahan besar oleh segelintir masyarakat Islam.
------------------
Terdapat pelbagai pendapat ulamak mengenai doa qunut, iaitu:
1 . Sebahagian ulamak mengatakan bahawa qunut tidak disyariatkan samasekali. Tidak kira samada qunut subuh, witir dan nazilah (kerana bencana/bala’).
2 . Sebahagian ulamak mengatakan bahawa qunut itu disyariatkan. Dan mereka ini terbahagi lagi kepada beberapa kelompok:
a . Hukumnya, ada yang mengatakannya sebagai wajib dan ada yang mengatakannya sebagai sunat sahaja.
b . Waktunya, ada yang mengatakan pada sembahyang subuh ada yang mengatakan tidak. Ada yang mengatakan pada witir, ada yang tidak. Ada yang mengatakan pada semua sembahyang dan ada yang mengkhususkan pada sembahyang tertentu. Ada yang mengatakan hanya ketika berlaku bencana.
c . Tempatnya, ada yang mengatakan sebelum rukuk dan ada yang mengatakan selepas rukuk.
Namun kami tidak berhajat untuk membahaskan semuanya secara terperinci, kerana terlalu panjang. Dan alhamdulillah kami telahpun hampir siap menterjemah fatwa yang panjang lebar mengenai qunut oleh bekas Syeikhul Azhar, al-marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq. Fatwa ini kami kira agak lengkap dan sempurna. Dan di sini kami akan petik pembahasan dari fatwa berkenaan tentang qunut subuh sahaja. Sedangkan yang lain-lain, kami lakukan secara ringkas dan sepintas lalu sahaja. Dan segala nukilan dari kitab-kitab para ulamak yang terdapat di dalam fatwa berkenaan hendaklah dirujuk-kan kepada kitab fatwa: Buhuth Wa Fatawa Islamiyah Fi Qadhaya Mu’asharah, vol. 3, hal.67-108.
Pendapat ulamak yang mengatakan qunut tidak disyariatkan, dalil dan penolakkannya.
Pendapat ulamak yang mengatakan qunut tidak disyariatkan: Sepintas lalu
Tidak disyariatkan bermaksud, dilarang melakukannya samada di dalam sembahyang subuh, witir dan qunut nazilah (kerana bencana).
Mereka behujah dengan hadis, antaranya ialah:
1 . Dari Abu Malik al-Asyja’I, katanya: Aku berkata kepada ayahku:
Wahai ayahku, sesungguhnya engkau pernah bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali, di sini di Kufah selama hampir lima tahun, adakah mereka berqunut? Dia menjawab: Wahai anakku itu adalah bid’ah. (HR Ahmad, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
Di dalam riwayat lain: "Apakah mereka berqunut di dalam sembahyang subuh?"
2 . Di dalam satu riwayat al-Nasa’I, katanya (ayah Abu Malik):
Aku bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., baginda tidak berqunut. Aku bersembahyang di belakang Abu Bakar, dia tidak berqunut. Aku bersembahyang di belakang Umar, dia tidak berqunut. Aku bersembahyan di belakang Ali, dia tidak berqunut. Kemudian dia berkata: Wahai anakku, ia adalah bid’ah.
3 . Daripada Ibnu Mas’ud, katanya:
Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut di dalam sembahyangnya sekalipun. (HR al-Thabrani, al-Baihaqi & al-Hakim).
Mereka mengatakan bahawa hadis-hadis di atas memberi petunjuk hukum, bahawa qunut adalah bid’ah yang ditegah.
Penolakan hujah menggunakan hadis ini:
Hadis-hadis di atas tidak dapat dijadikan hujah untuk menafikan qunut, kerana ada juga hadis-hadis sahih lain yang menerangkan bahawa Nabi s.a.w berqunut. Begitu juga ada diriwayatkan dari Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa mereka berqunut.
Oleh itu…. Kata-kata ayah Abu Malik al-Asyja’I tentang qunut: ["Wahai anakku itu adalah bid’ah."] menunjukkan bahawa dia tidak mengetahui bahawa qunut ada dilakukan.
Jadi… Di sini terdapat dua kumpulan, pertama yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut. Kedua yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berqunut.
Bermakna… Kumpulan pertama tidak tahu bahawa qunut itu pernah dilakukan. Manakala kumpulan kedua tahu bahawa qunut pernah dilakukan.
Oleh itu, orang yang tidak tahu hendaklah mengikut orang yang tahu. Riwayat dari orang yang tahu mesti kita dahulukan dari riwayat orang yang tidak tahu.
Keputusannya: Hujah adalah bagi orang yang tahu. Dengan itu telah nyata bahawa qunut adalah disyariatkan.
Ia adalah penolakan hujah yang dilakukan oleh Ibnu Hazmin di dalam al-Muhalla terhadap orang yang mengengkari qunut.
-------------
Kemudian terdapat juga sebahagian ulamak yang mengatakan bahawa qunut telah dimansuhkan. Mereka berhujah dengan hadis Anas r.a.:
Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah berqunut sebulan lamanya, kemudian baginda meninggalkannya (tidak berqunut lagi). (HR Ahmad).
Namun hujah golongan ini menggunakan hadis di atas tertolak kerana terdapat hadis-hadis lain, termasuk dari Anas r.a. sendiri yang menjelaskan bahawa ia masih dilakukan lagi dalam sembahyang dan keadaan tertentu.
----------
Begitulah secara ringkas penjelasan mengenai perselisihan pendapat mengenai apakah qunut disyariatkan ataupun tidak
Nas-nas mengenai qunut di dalam sembahyang subuh dan diskusinya
Qunut Subuh: Bid’ah atau sunah
Berikut ini adalah petikan terjemahan kami dari fatwa al-marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, syeikhul Azhar yang lalu:
Nas-nas mengenai qunut di dalam sembahyang subuh
Golongan yang mengatakan pensyariatan qunut di dalam sembahyang subuh telah berhujah dengan hadis riwayat Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah berqunut selama sebulan, mendoakan atas pembunuhan sahabat-sahabatnya di telaga Ma’unah, kemudian baginda meninggalkannya. Adapun di dalam sembahyang subuh, baginda terus berqunut sehinggalah wafat. (HR al-Baihaqi, al-Daruquthni, Ahmad dan Hakim - sahih)
Al-Syaukani memberi komentar terhadap hadis ini, seandainya hadis di atas itu sahih sudah tentu tidak akan berlaku pertelingkahan (antara ulamak), tetapi hadis ini diriwayatkan dari jalan Abu Ja’far al-Razi, dan dia dikatakan orang yang mencampur adukkan dan buruk hafalannya. Ada diceritakan oleh sebahagian ulamak bahawa dia adalah orang yang dipercayai (thiqah) oleh bukan seorang sahaja.
-----
Abu Khuzaimah meriwayatkan dari Anas dari jalan Sa’id dari Qatadah, bahawa Nabi s.a.w. tidak berqunut kecuali apabila berdoa kebaikan bagi satu kaum atau berdoa kebinasaan atas atas kaum.
Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan kemudian meninggalkannya. (HR Ahmad)
Di dalam satu riwayat lain: Baginda berqunut selama sebulan berdoa atas suatu kaum dari kaum-kaum Arab, kemudian meninggalkannya. (HR al-Nasa’I, Ibnu Majah, Muslim & Ahmad)
Menurut lafaz al-Bukhari: Baginda berqunut sebulan ketika pembunuhan al-qurra’, Tidak pernah aku melihatnya begitu sedih melebihi dari ketika itu…
(Al-qurra’ ialah utusan seramai 70 orang yang dihantar oleh nabi kepada satu kaum untuk mengajar lalu dibunuh oleh kaum itu - aL-AHKAM online)
Menurut riwayat Ahmad dan al-Daruquthni pada Hadis Anas terdapat satu wajah lain dengan penambahan: Maka adapun pada sembahyang Subuh, baginda masih meneruskan berqunut sehinggalah meninggal dunia.
Al-Syaukani berkata: Hadis di atas menunjukkan hukum bahawa qunut tidak disyariatkan di dalam semua sembahyang.
Apabila dihimpunkan (jamak) antara riwayat-riwayat dari hadis Anas di mana Nabi s.a.w. masih berqunut di dalam sembahyang Subuh sehingga meninggal dunia, maka dapat diketahui bahawa yang dikehendaki di sini ialah meninggalkan doa atas orang kafir. Bukan asasnya qunut.
Pengarang Subulus Salam memberi komentar terhadap perkataan "..kemudian baginda meninggalkannya" bermaksud meninggalkan qunut pada selain sembahyang subuh.
Maksud hadis: "Baginda masih berqunut di dalam setiap sembahyangnya"
Kemudian al-Shan’ani berkata: Hadis-hadis dari Anas sesungguhnya bercelaru dan bertentangan di dalam sembahyang subuh (qunut)
Apabila dihimpunkan antara semuanya di dalam kitab Huda an-Nabawi disebutkan: Hadis-hadis Anas semuanya sahih, sebahagiannya membenarkan sebahagian yang lain, dan tidak berlaku percanggahan di dalamnya. Dan, qunut yang disebutkan sebelum rukuk ialah memanjangkan berdiri kerana membaca al-Quran. Qunut yang disebutkan selepas rukuk ialah memanjangkan berdiri kerana berdoa. Maka inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. selama sebulan berdoa kebinasaan atas satu kaum, atau berdoa kebaikan bagi satu kaum. Kemudian baginda berterusan memanjangkan rukun ini untuk berdoa dan memuji sehingga wafat, sebagaimana yang tersebut di dalam dua kitab sahih (Bukhari & Muslim).
Dari Thabit bin Anas: Sesungguhnya aku masih lagi bersembahyang sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersembahyang bersama kami."
Ini adalah qunut yang dikatakan oleh Anas, di mana Rasulullah s.a.w. masih melakukannya sehingga wafat. Yang ditinggalkannya ialah doa atas kaum-kaum dari kalangan Arab. Ia dilakukan selepas rukuk. Maka yang dimaksudkan oleh Anas dengan qunut ialah memanjangkan berdiri.
Al-Shon’ani melanjutkan: Tidak dapat disembunyikan lagi, bahawa penjelasan di atas tidak sesuai dengan keterangan Anas yang berbunyi ("Maka adapun di dalam sembahyang subuh, baginda masih lagi berqunut sehingga wafat.."). Bahawasanya keterangan Anas ini menunjukkan khusus untuk sembahyang subuh, sedangkan memanjangkan berdiri selepas rukuk umum untuk semua sembahyang.
Kemudian al-Shon’ani berkata: Jamaah ulamak dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahawa doa selepas rukuk pada sembahyang subuh adalah sunat hukumnya, sekalipun mereka berselisih pendapat mengenai lafaznya.
Ibnul Qaiyim berkata di dalam kitab Zadul Ma’ad: Apabila para fuqahak dan ramai orang menjadikan bahawa qunut itu adalah doa yang masyhur "Allahummadini Fiman Hadith..", dan mereka mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. masih melakukannya dalam sembahyang subuh hingga wafat, begitu juga dengan khulafa’ur rasyidin dan sahabat-sahabat lainnya, lalu mereka (fuqahak & orang ramai) juga memaksudkan qunut pada lafaz sahabat dengan qunut menurut istilah yang mereka gunakan.
Qunut berkenaan ialah doa yang masyhur yang telah diriwayatkan oleh al-tarmizi, al-Baihaqi dari Hasan bin Ali. Al-Tarmizi mengatakan bahawa hadis berkenaan bertaraf hasan (baik).
Ibnul Qaiyim menguatkan hadis Anas dengan hadis Abu Hurairah r.a. yang berkata: "Demi Allah, aku adalah orang yang paling menyerupai sembahyang Rasulullah di kalangan kamu.". Dan, Abu Hurairah berqunut pada rakaat akhir pada sembahyang subuh selepas mengucapkan `samiallahu liman hamidah..’, lalu dia berdoa untuk orang mukmin dan melaknat orang kafir. Dan, Abu Hurairah pula menyukai qunut seperti ini sebagai sunah, dan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukannya.
Ini, adalah sebagai bantahan/penolakan terhadap penduduk Kufah yang memakruhkan qunut di dalam sembahyang subuh secara mutlak, samada ketika berlaku bencana dan kecelakaan ataupun tidak. Mereka mengatakan bahawa qunut telah dimansuhkan dan melakukannya adalah bid’ah.
Kemudian Ibnul Qaiyim menambah: Para ahli hadis bersikap pertengahan antara penduduk Kufah dan orang yang menyukai qunut ketika berlaku bencana/bala’ataupun tidak. Para ahli hadis ini lebih memahami hadis berbanding dua kelompok tadi. Mereka (ahli hadis) berqunut sebagaimana Rasulullah s.a.w. berqunut. Mereka juga meninggalkan qunut sebagaimana Rasulullah s.a.w. tinggalkan. Mereka melakukan dan meninggalkan sebagaimana Rasulullah s.a.w. Para ahli hadis ini berkata: Melakukannya sunat dan meninggalkannya juga sunat.
Oleh itu, mereka (ahli hadis) tidak mengengkari orang yang melakukan qunut secara berterusan. Mereka tidak menghukumkan makruh terhadap orang yang melakukannya dan terhadap orang yang meninggalkannya. Mereka tidak menganggapnya sebagai bid’ah (samada buat buat qunut atau tidak). Mereka tidak menganggap orang yang membuatnya sebagai orang yang menyalahi sunnah, sebagaimana mereka tidak mengengkari atas orang yang mengengkarinya ketika berlaku bencana. Mereka tidak menganggap orang yang meninggalkan qunut sebagai bid’ah. Tidak menganggap orang yang meninggalkannya sebagai menyalahi sunnah. Malahan mereka mengatakan, sesiapa yang melakukan qunut dialah yang paling baik, dan sesiapa yang meninggalkan qunut dialah yang paling baik.
***** intaha*****
Golongan yang berpendapat qunut dalam sembahyang subuh
Imam al-Nawawi al-Syafi’I di dalam Syarah al-Muhazzab berkata: Qunut dalam sembahyang subuh selepas mengangkat kepala dari rukuk pada rakaat kedua adalah sunat tanpa khilaf .
Adapun apa yang telah dinukilkan dari Abu Ali bin Abu Hurairah r.a. bahawa dia tidak berqunut dalam sembahyang subuh, kerana ia telah menjadi lambang kepada sekelompok pembuat bid’ah, itu adalah sesuatu yang salah. Ia tidak dikira dari mazhab kami.
Di dalam menjelaskan mazhab-mazhab ulamak di dalam menetapkan qunut pada sembahyang subuh, al-Nawawi berkata:
Mazhab kami mengatakan bahawa qunut itu sunat samada ketika kecelakaan (nazilah) ataupun tidak. Inilah yang dikatakan oleh kebanyakan para salaf dan khalaf serta orang selepas mereka. Sebahagian dari mereka yang berpendapat demikian ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman, Ali, Ibnu Abbas dan al-Barra’ bin `Azib r.a. Dan al-Baihaqi telah meriwayatkannya dengan sanad yang sahih. Begitu juga mereka yang berpendapat demikian ialah dari kalangan tabi’in dan orang-orang selepasnya. Inilah juga mazham imam Malik, al-Hasan dan Abu Daud.
Al-Nawawi berkata:
Mereka ini berhujah dengan hadis Anas r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan mendoakan kebinasaan atas mereka, kemudian meninggalkannya. Maka adapun pada sembahyang subuh, beginda masih berqunut sehingga wafat. (HR jamaah dan dianggap sahih oleh al-Hakim, al-Baihaqi, al-Daruquthni dll.)
Mereka berhujah juga dengan apa yang diriwayatkan dari al-Awwam bin Hamzah, katanya: Aku bertanya Abu Usman mengenai qunut pada sembahyang subuh, dia berkata: Selepas rukuk. Aku berkata: Dari siapa? Dia berkata: Dari Abu Bakar, Umar dan Usman. (HR al-Baihaqi dan dianggapnya sebagai sahih)
Begitulah halnya dengan riwayat al-Baihaqi dari Abdullah bin Mua’qqal, katanya: Ali berqunut pada sembahyang subuh.
Terdapat di dalam Syarah al-Kabir, karya syeikh al-Dardir al-Maliki: Disunatkan qunut pada sembahyang subuh sahaja.
Di dalam al-Mudauwanah al-Kubra: Waqi’ berkata dari Fithr dari Atho’, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berqunut pada sembahyang subuh, dan sesungguhnya Abu Musa al-Asy’ari, Abu Bakrah, Ibnu Abbas dan al-Hasan berqunut pada sembahyang subuh.
Katanya lagi, diriwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Rafi’ bahawa kedua-duanya bersembahyang subuh di belakang Umar, dia berqunut selepas rukuk.
Di dalam al-Mughni Ibnu Qudamah al-Hanbali:
Malik, al-Syafi’I dan para pengikut keduanya berkata: Qunut disunatkan pada sembahyang subuh pada setiap masa…
*** Intaha Jadul Haq ****
----------
Siapakan golongan yang menolak qunut subuh?
Di dalam empat mazhab, ulamak Hanafi dan Hanbali menolak qunut di dalam sembahyang subuh. Mereka mengatakan bahawa qunut subuh telah dinasakhkan berdasarkan hadis riwayat Ibnu Mas’ud yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukan qunut subuh selama sebulan, kemudian meninggalkannya.
(Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 1)
Kesimpulan
1 . Para ulamak berselisih pendapat mengenai pensyariatan subuh. Sebahagiannya mengatakan bahawa qunut tidak disyariatkan. Yang lain mengatakan ia disyariatkan. Masing-masing menggunakan hadis sebagai hujah.
2 . Golongan yang mengatakan bahawa qunut itu disyariatkan berselisih pendapat, bila waktunya ia perlu dibaca? Apakah pada waktu subuh sahaja, atau pada semua waktu sembahyang, atau pada witir sahaja, atau ketika terjadi bencana sahaja.
3 . Syafi’I dan Malik berpendapat bahawa qunut pada sembahyang subuh disunatkan. Manakala Hanafi dan Hanbali berpendapat qunut subuh telah dinasakhkan.
Pegangan kami:
Qunut adalah di antara masalah yang menjadi objek pertikaian sesetengah pihak. Sedangkan pada hakikatnya, ia adalah masalah khilafiyah yang tidak wajar menjadi faktor pertelingkahan sesama saudara seislam.
Kami berharap umat Islam warga Malaysia, khususnya, tidak melayan seruan-seruan yang bertindak mengungkit-ungkit masalah khilafiyah. Seruan yang hanya akan memecahbelahkan perpaduan umat. Mereka ini mengatakan bahawa qunut subuh itu tidak disunatkan, dan orang yang melakukannya itu adalah ahli bid’ah yang mengada-adakan sesuatu di dalam agamanya. Seruan ini adakalanya keterlaluan. Mereka seolah-olah tidak mengakui langsung adanya perselisihan pandangan di kalangan para ulamak di dalam menafsirkan nash-nash syarak.
Gelaran ahli bid’ah yang dilemparkan kepada mereka yang mengamalkan qunut subuh telah meninggalkan kesan yang tidak baik di dalam hubungan sesama muslim. Kami merasa amat sedih sekali. Mereka ini adalah orang-orang yang tidak mengerti samasekali adab-adab berikhtilaf di dalam masalah-masalah furuk. Mereka ini jauh sekali dari tradisi yang diamalkan oleh para ulamak turun-menurun ketika berhadapan dengan masalah-masalah seperti ini. Melayan bicara mereka hanya akan menyebabkan kita ini lemah dan membodohkan diri sendiri.
Dalam masalah qunut ini, kami berpegang kepada prinsip bertasamuh di dalam masalah khilafiyah. Kami berpandangan, sesiapa yang mahu melakukan qunut subuh, bermakna dia telah mengikut sunnah. Dan, sesiapa yang tidak melakukannya, bermakna dia juga telah mengikut sunnah. Begitu juga, sesiapa yang melakukan qunut bermakna dia telah melakukan sesuatu yang baik, dan sesiapa yang tidak melakukan qunut dia juga telah melakukan sesuatu yang baik.
Tidak ada masalah samasekali, samada mahu berqunut subuh ataupun tidak. Sesiapa yang mahu berpegang kepada pendapat qunut subuh itu disunatkan, sila melakukannya. Sesiapa yang mahu berpegang kepada pendapat bahawa qunut subuh itu tidak disunatkan, tidak perlulah melakukannya.
Yang akan menjadi masalah ialah jika kita bersikap taksub dalam masalah khilafiyah tanpa memperdulikan pendapat yang dipegang oleh orang lain. Yang akan menjadi bercelaru ialah jika kita mengatakan orang yang melakukan qunut itu sebagai ahli bid’ah yang disesatkan Allah. Atau kita mengatakan orang yang tidak berqunut itu sebagai menyalahi sunnah.
Berikut ini adalah pendirian Syeikh Jadul Haq yang kami terjemahkan dari kitab fatwanya, dan inilah juga pegangan kami:
Maka inilah yang telah dikatakan oleh para ulamak terbilang, iaitu Ibnu Hazmin, Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qaiyim mengenai masalah qunut. Itulah yang kami pilih. Dan kami cenderung untuk berpegang dengannya. Iaitu, barangsiapa yang berqunut di dalam sembahyang subuh selepas rukuk, maka sesungguhnya dia telah mengikut sunnah yang datang dari Rasulullah s.a.w., mengikut para sahabatnya dan ia diamalkan oleh para imam mujtahidin, fuqahak dan ahli hadis. Dan, barangsiapa yang berqunut sebelum rukuk di dalam sembahyang subuh dan sembahyang witir, maka dia juga mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Qunut itu bukanlah bid’ah yang dilarang. Ini berdasarkan hadis-hadis yang telah dibincangkan oleh para fuqahak yang dapat dipercayai dan para hali hadis. Begitu juga, qunut bukanlah khusus ketika terjadi bencana sahaja. Ia dapat dilihat dengan jelas berdasarkan nukilan para fuqahak dari kalangan imam-imam dan ahli hadis bahawa qunut telah dilakukan walaupun tidak berlaku bencana.
Begitu baik sekali apa yang dikatakan oleh Ibnu Hazmin:
Dan qunut itu adalah zikrullah. Oleh itu melakukannya adalah baik dan meninggalkannya adalah harus.
Begitu juga dengan kata-kata Ibnu Taimiyah:
[.. para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa barangsiapa yang berqunut pada sembahyang subuh, sembahyangnya sah. Dan barangsiapa yang tidak berqunut, sembahyangnya juga sah. Begitulah juga qunut didalam sembahyang witir.]
Dan kata-kata Ibnul Qaiyim:
[Di samping itu para ulamak tidak mengengkari atas orang yang melakukan qunut secara berterusan, dan mereka juga tidak menganggap makruh orang yang melakukan qunut serta tidak menganggapnya sebagai bid’ah. Orang yang melakukannya tidak dianggap menyalahi sunnah.
Begitu juga, mereka tidak mengengkari orang yang orang yang mengengkari qunut ketika terjadi bencana. Mereka tidak menganggap orang yang tidak berqunut sebagai bid’ah. Juga tidak menganggap orang yang meninggalkannya sebagai menyalahi sunnah. Malahan para ulamak ini beranggapan bahawa barangsiapa yang berqunut, maka itulah yang paling baik, dan barangsiapa yang meninggalkan qunut, maka sesungguhnya itulah yang paling baik.]
Dari penjelasan ini, maka menjadi kewajipan kepada umat Islam tidak bertelingkah di dalam masalah ini dan masalah yang seumpamanya.
Di kalangan para ulamak dan mufti juga berkewajipan agar tidak menimbulkan pertelingkahan di kalangan umat Islam dengan masalah khilafiyah di dalam fatwa mengenai masalah furuk yang tidak memberi mudarat terhadap ibadah. Menjadi kewajipan mereka juga agar tidak melontarkan perkataan `bid’ah’ atas sesuatu yang diterima oleh umat Islam sebagai sunah yang diikuti.
(Buhuth Wa fatawa Islamiyah Fi Qadhaya Muashirah, Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, hal.107-108)

Subscribe to:
Posts (Atom)