May 24, 2011

Nazar dan Sumpah

Postby DoubleTrouble »

Assalamu'alaikum, Ustaz,

Masih lagi berkenaan dgn hadis nabi. Berkenaan sumpah & Nazar. Hadis Abu Hurairah r.a:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Janganlah kamu bernazar kerana nazar itu tidak dapat menolak sedikitpun takdir, ia hanyalah untuk mengeluarkan sesuatu dari orang yang bakhil."

Beberapa soalan berdasarkan hadis tersebut, minta Ustaz perjelaskan secara terperinci.

1. Apakah maksud sebenarnya hadis ini. Adakah Rasulullah melarang keras kita dari bernazar? Atau ianya sekadar menujukan pada nazar yang tidak membawa apa-apa kebaikan saja?

2. Bagaimanakah pula dengan orang yang bernazar untuk berpuasa/bersedekah atau nazar untuk melakukan perkara-perkara kebaikan sekiranya apa yang dihajati dan didoanya dimakbulkan Allah?

3. Sekiranya seseorang yang telah bernazar dan kemudian tidak dapat menunaikannya, apakah kifarahnya?

4. Bagaimana kalau kita pernah menyebut, "aku bersumpah & bernazar atas nama mu ya Allah, insyaAllah atas setiap permintaan ku yang termakbul aku akan berpuasa selama......... ". Apa yg dinazarkannya itu adalah perkara kebaikan dan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Adakah ianya dianggap satu sumpah & nazar yang berat dan dikira berdosa. Ada beberapa pendapat yang mengatakan seolah-olah kita bermain dgn nama Allah. Seolah2 kita meletakkan Allah mengharapkan balasan dari kita. Sedangkan Allah itu Maha Kaya dan tidak memerlukan apa2 dari hambanya.

Harap Ustaz dapat membantu.
Sekian terima kasih. Wassalam


*****************************
Postby thtl »

Jwb:

1. Hadis yg anda sebutkan itu adalah dari Bukhari (#6234) dan Muslim (#1639). Maksud hadis itu menurut jumhur (majoriti fuqaha') ialah Makruh hukumnya bernazar itu. Makruh ini kerana membawa si muslim beranggapan Nazar boleh menolak takdir dan ia enggan infaq atau sedeqah dalam keadaan biasa melainkan setelah Allah menunaikan hajatnya.

DR alBugho (Fiqh alManhaji) yg mewakili madzhab Syafi'iy berpendapat Sedeqah secara sukarela lebih afdhal daripada sedeqah wajib melalui Nazar.

2. Harus bernazar jika tujuannya sebagai motivasi untuk melakukan ibadah/kebaikan. Dalilnya: HR Ahmad dan Abu Daud, "Tiada nazar kecuali jika ia bermaksud utk meraih keredhaan Allah."

3. Kifarat nazar ialah kifarat sumpah. Lihat AQ Al-Maidah ayat 89:

  • "Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur".

4. Lafaz nazar begitu adalah makruh kerana ada unsur-unsur yg kita sebutkan pada nombor 1 di atas. Allahu a'alam

0 comments:

Post a Comment